Bab 1

53.9K 1.6K 73
                                    

Selesai sahaja aku berjabat tangan dengan peguam bela aku, aku terus mengatur langkah kemas menuju ke arah kereta Myvi ku yang terletak tidak jauh dari tempat aku berdiri. Langkah aku kali ini lebih bertenaga dengan senyuman lebar menghiasi bibir.

Semua kenangan 6 bulan perkahwinan itu rasanya aku sudah boleh kuburkan terus dari kepalaku. Aku malas untuk dihantui oleh kenangan aku selama menjadi isteri kepada Engku Zafriel Syeikh. Biarlah, hari ini menjadi permulaan hari yang baru kepada aku sebagai seorang perempuan yang sudah bebas daripada tangan seorang lelaki bergelar suami.

Auch!!

Tak semena-mena, kasut tumit tinggi yang aku pakai terpelesot menyebabkan badanku aku jadi tak seimbang. Hampir saja tubuhku mahu jatuh menyembah bumi, tak semena-mena ada yang memautku dari belakang.

Untuk seketika, lidahku jadi kelu. Rentak nafasku juga tidak teratur. Berdebar aku dibuatnya. Nasib baiklah aku sempat diselamatkan daripada jatuh yang memalukan. Phuh, kalau tidak buat malu saja. Argh!! Nasib baik.

"Ter.."belum sempat ucapan terima kasih aku hamburkan, sekali lagi mataku buntang.

Wajah lelaki yang amat aku kenali itu aku pandang dengan rasa tergamam. Serta-merta tangan Zafriel yang memegang lenganku aku tepis kasar. Erghh, kenapa dalam banyak-banyak manusia yang ada dalam mahkamah ni, lelaki yang bergelar bekas suami aku ni juga yang datang selamatkan aku?

Lelaki itu sekadar tersengih sumbing tatkala melihat aku resah semacam di hadapannya. Kedua-dua tangan nya menyeluk poket baju melayu yang dipakainya. Wajah bersih aku dipandangnya dengan pandangan serba-serbi.

"Lain kali, jalan itu pandang ke depan.. jangan selalu mendongak ke langit aje." perlinya disertai tawa kecilnya sangat menyakitkan hati aku.

Terpaku aku bila dengar perliannya. Terus mataku menikam tajam wajah lelaki itu.

"Please lah, even dah jadi my ex-husband, awak still nak jaga tepi kain saya? For your information, im your ex-wife so jangan masuk campur, okey?!" gertakku menjeling geram padanya.

Zafriel sekadar menggelengkan kepala. Penat mungkin melayan karenah aku yang mengada itu. Erm, so what? Ada ke dia perlu kisah kalau aku nak mengada pun?

"Kau ni perempuan berlagaklah. Kalau tak disebabkan aku, mungkin kau dah jatuh ibarat nangka busuk depan mahkamah ni tau? Itupun, kau tak reti nak cakap terima kasih?" perliannya makin buatkan aku jadi gatal telinga.

"So, awakak terima kasih daripada saya lah?"

"Nope."

Aku berkerut dahi. Wajah bersih Zafriel aku pandang dengan kening yang terangkat. "Then.."

Anak mata coklat Zafriel merenung wajahku lama. Aku terdiam untuk seketika bila pandangannya menjilat seluruh wajahku. Tanpa aku sedar, bibir lelaki itu menguntum senyum nipis, senyum yang sukar untuk ditafsir.

"Aku taknak apa-apa daripada kau." ujar Zafriel dalam nada perlahan.

"Pelik." perliku.

Belum sempat aku mahu melangkah meninggalkan Zafriel, namaku diserunya lembut. Terus, langkahku mati. Wajahnya aku toleh seketika.

"Kau gembira dengan perpisahan ni?" soalannya buatkan kening hitamku terangkat ala-ala Ziana Zain. Pelik betul soalannya untuk kali ini.

"Of courselah saya gembira. Lagipun ini yang saya nakkan selama ni. Jauh daripada dikongkong dan juga jauh daripada menjadi isteri kepada lelaki yang saya langsung tak cintai." sengaja aku tekankan ayat terakhir ku itu. Biar menambah rencah kepedasan buat Zafriel.

Aku fikirkan dia akan marah. Sebaliknya dia tersenyum seperti aku buat lawak free of charge depannya. Ergh.. Yurp, si Engku Zafriel ni bukannya orang yang mudah untuk marah.

Bekas suami aku itu tak pernah marahkan aku namun di malam terakhir aku menjadi isterinya, itulah kali pertama aku melihat dia marah. Dan,mungkin itu juga untuk kali yang terakhir.

Engku Zafriel Syeikh, lelaki itu baik paras rupanya. Tanyalah pada mana-mana gadis tentang siapakah dia Engku Zafriel Syeikh, pasti ramai yang aka. mengenalinya. Lelaki itu berdarah campuran Itali dan juga Malaysia, ibunya dari Itali namun telah lama meninggal. Ayahnya juga sudah tiada dan sekarang dia tinggal dengan nendanya.

Beberapa kali lelaki itu dipilih menjadi model untuk beberapa jenama tempatan. Bukan setakat itu saja, Zafriel juga mengendalikan bisnes kecilnya iaitu membuka cafe RED VELVET. Dengar cerita, cafe itu dibuka menggunakan duit tabungan nya sendiri tanpa menyentuh sesen pun harta nendanya. Apa yang menarik tentang lelaki ini adalah, dia juga murid lepasan tahfiz jadi kerana itu dia sedikit alim. Cair? Siapa saja yang tak cair bila kenal lelaki seperti Zafriel tapi itu tidak bagi aku, Que Sarah Qaliesha.

Kalau aku dah tak suka, tatahkanlah emas berlian pada tubuh lelaki itu pun aku tak hingin. Lepasan tahfiz ke model ke.. yang pasti lelaki itu bukan nya lelaki pilihanku. Itu bagi aku. Hak aku untuk suka siapa dan bencikan siapa.

Apa punca perkahwinan aku dan Zafriel terjadi? Semuanya gara-gara permintaan ayah Zafriel yang nak sangat berbesan dengan abah. Yurp! Permintaan yang sangat tak logik. Ayah Zafriel dan abah aku adalah teman sejak kecil lagi, jadi mereka sangat akrab. Perniagaan yang ayah bangunkan sekarang pun, ada juga dibantu oleh ayah Zafriel tapi.. tak bermakna itu jadi punca aku dijual kepada Engku Zafriel Syeikh kan?

"Haih, ada ke lelaki yang nakkan perempuan macam kau ni? Sudah lah keras kepala, degil, tak dengar kata, manja..menyakitkan hati." terkesima aku bila dengar Zafriel mengejek aku sebegitu sekali.

Aku sudah kembungkan pipi kerana geram. Kurang asam punya jantan. Sedap hati dia aje mengejek aku yang busuk-busuk!

"Heiyh! Awak fikir awak itu bagus sangat ke? Saya haraplah tak ada siapa yang berkenan nak jadikan awak suami. Awak ni dahlah tak kacak, berlagak, mengada, asyik nak compain aje, queen control, suka mengarah dan gedik!"hambek kau!! Segala apa yang buruk aku hambur kan pada lelaki itu.

Puas! Yurp, aku puas sebab dapat bertikam lidah dengan Zafriel. Jangan harap aku akan bagi piala kemenangan kali ini untuknya. Selama ini, aku sudah selalu kalah bila bertikam lidah dengan lelaki itu, tapi kali ini.. No way, man!

Sekali lagi, senyuman nipis Aqhif berikan pada aku. Aku pula yang menyirap tengok senyumannya itu. Argh!! Marahlah. Kenapa tak marah? Herdik lah aku? Cakaplah apa pun asalkan kau marah!, getusku geram.

"Dah puas?"soalnya tenang.

Aku pula yang rasa berapi bila dengar soalannya itu. Tiba-tiba pula aku rasa tak puas hati. Haih, selagi tak nampak dia marah, itu bukannya satu markah untuk aku.

Untuk seketika, mata lelaki itu membelek wajahku sebelum dia larikan pandangannya ke tempat lain. Bibirnya menguntum senyum tersirat.

"Aku harap lepas ni ada lelaki yang tahan jaga aku. Lelaki yang lebih baik jaga kau daripada aku.." ujarnya dalam nada yang aku sendiri sukar untuk tafsir.

Tak melengahkan masa, dia meninggalkan aku sendiri. Aku mengeluh kecil. Yurp, of course. Memang akan ada lelaki lebih baik akan jaga aku, Zafriel.

You look and see..
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now