"Kau nak pergi mana pula kali ni?!" soal Zafriel bila melihat aku sudah mulai menancapkan foundation pada kulit wajah mulusku.
Aku yang duduk di hadapan meja solek hanya pandang susuk tubuh lelaki itu melalui panrulan cermin. Huh, aku malas nak melayan soalannya. Tiap-tiap hari dia tanya soalan yang sama sampai cuping telinga aku ni bosan dengar leteran nya itu. Itu pun salah, ini pun salah. Senang cerita, apa yang aku buat semuanya salah!
Rambutku yang masih basah, aku keringkan guna pengering rambut. Tanpa aku sedari, ada sepasang mata menilik batang tubuhku dari belakang. Entah kenapa, malam itu dia jadi lain macam sedikit.
"Aku tanya itu, jawablah.." mendatar saja paksaannya itu kali ini.
Terus aku memusingkan tubuhku menghadap Zafriel yang sedang bersandar di bahu katil. Dahiku berkerut geram. Yurp! Aku geram tengok ada lelaki kacau hidup aku.
Walaupun dia suami aku tak bermakna semua luar dalam hidup aku nak kena cerita. Huh! Aku penatlah nak bertekak dengan dia tiap-tiap hari.
Okey, fine! Dalam kes bertekak itu, aku yang selalu mulakan. Sebab, aku tak suka kalau ada orang masuk campur hal peribadi aku. Dia pun problem juga sebenarnya. Kalau aku dah kata A, dia nak juga tegakkan yang B. Degil!
"Awam perlu tahu ke saya nak pergi mana? For this time, jangan sibuk hal saya. Jangan nak mengada call saya suruh balik awal! Saya takkan layan. Understood?"soalku geram. Aku terus pusingkan tubuhku menghadap cermin semula.
Sambil aku sikat rambut, sempat mataku mengerling pada Zafriel. Sedari tadi, aku lihat lelaki itu tersengih sambil menilik telefon pintar. Aku tergamam seketika. Mataku aku picingkan untuk lihat lebih jelas telefon pintar yang Zafriel pegang. Bila masa pula dia ada iPhone warna pink ni and ada bubble hello kitty?!
Terus mataku jatuh meliar ke meja solekku. Mana telefon aku?! Sekilas, aku dengar tawa Zafriel bergema. Berdesing telinga aku dibuatnya.
"Dah besar pun, masih layan pou. So unmatured.."perlinya dengan mata masih tak berkalih dari membelek skrin telefon pintarku.
Sh**!!!!
Dengan langkah geram, aku merapati Zafriel. Bengangnya hati hanya Tuhan saja yang tahu. Aku audah bercekak pinggang di sebelah katil. Mataku mencerlung tajam memandang Zafriel yang masih leka bermain pau di telefon pintarku. Lelaki itu langsung tak pandang aku.
"Bagi balik telefon pintar saya, Zafriel! Bagi sekarang!!! I remind you, Zafriel. Give my phone, back!!" gertakku berkali-kali cuba untuk merampas telefon pintarku dari tangan lelaki itu.
Makin aku cuba untuk rampas telefon itu dari tangan lelaki itu, makin itu Zafriel berjaya mengelak. Aku memanjat katil dan berusaha merampas telefonku. Zafriel di hadapan sudah mengekek ketawa kerana berjaya mengenakan.
"Nope, I don't" Zafriel masih mengajak 'bermain'.
"Give my phone back or you will.." belum sempat aku menghabiskan ayatku, terus aku rebah ke hadapan tatkala lututku memijak bathrobe yang aku pakai.
Aku rebah ke hadapan sekaligus tubuhku menindih badan sasa milik Zafriel. Tergamam aku untuk seketika. Wajah lelaki itu juga turut terpana tatkala wajah aku dan dia sangat dekat dan rapat..
"Za-Zafriel..??"untuk kali pertama sepanjang perkahwinan kami, aku terketar-ketar mahu menyebut nama lelaki itu.
Zafriel yang tadinya terdiam. Meleret senyum penuh makna. Dadaku berkobar tatkala melihat senyum senget yang menyinggah di bibir lelaki itu. Apakah? Kenapa aku rasa merah muka bila tengok dia senyum macam itu?.
Argh!! Nope, Iesya. Don't you!
Aku rasakan tangan Zafriel menjalar memeluk pinggangku rapat sekaligus menekan tubuhku menindih tubuhnya. Lidahku terasa kelu. Haruman tubuh Zafriel pada malam itu berjaya pukaukan aku. Dan, patut ke aku beritahu yang malam itu aku terasa tergoda dengan lirikan mata dan senyuman nya?
YOU ARE READING
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)
Short StoryPerkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpi...