Bab 3

41K 1.1K 40
                                    

Ketukan pada pintu yang bertalu buatkan tidurku yang nyenyak jadi terganggu. Sambil menguis mata yang masih mengantuk, aku pejam celikkan mataku ke arah pintu bilik. Arghh!! Tak sukalah macam ni.

Kenapalah si Farah ni? Awal pagi lagi dah mengganggu tidur aku. Dia fikir bagus sangat ke mengejutkan aku awal pagi macam ni? Hatiku mengutuk sepuas hati. Marah sangat bila ada manusia yang suka mengganggu waktu emas kita ni.

"Kejaplah! Aku nak buka lah ni." keluhku geram.

Mahu tak mahu terpaksa juga aku turunkan kaki dari katil. Dengan langkah penuh berat, aku melangkah menuju ke arah pintu. Dalam mamai itu, aku memusing tombol pintu.

Baru buka saja pintu bilik, badanku terus jatuh dalam pelukan seseorang. Tergamam aku dibuatnya. Mataku yang tadi mahu tutup terus celik bila ada sesosok tubuh memeluk ku erat.

"Akak!!! Fati datang ni.." teruja suara gadis itu masih erat mendakapku.

Aku berkerut dahi. Dengan kekuatan yang ada, aku melonggarkan pelukannya lalu wajah gadis bertudung itu aku pandang. Terus bibirku menguntum senyum. Tubuhnya aku peluk kembali.

"Ya Allah, bila Fati balik ni? Kenapa balik tak inform akak pun?" soalku bertubi.

Mana tak gembiranya bila kau jumpa adik kandung kau semula. Selepas hampir empat bulan tak berjumpa, baru hari ini aku dapat dakap Fatihah, adik kesayangan aku a.k.a adik bongsu aku. Dialah adik beradik yang aku miliki.

Makin membesar ni, makin jauh lah kami. Selesai sahaja menamatkan SPM, ibu hantar Fatihah belajar ke Australia dalam bidang kejuruteraan. Jadi, nak bergelut macam zaman budak-budak itu memang payah. Dua-dua tak ada masa.

Fatihah melonggarkan pelukannya. Tangan kananku digenggamnya lalu dibawa aku menuju ke birai katil. Aku pula sekadar menuruti langkah gadis itu.

"Fati saja tak nak inform akak. Tak suprise lah kalau Fati beritahu kan?" soalnya dengan nada manja.

Aku meleret sengih. Seperti selalu, tudung bawal yang disarungnya aku betulkan. Yurp, aku dan Fatihah memang adik beradik tapi kami lain. Aku dan dia sangat-sangat berbeza. Dari segi pemakaian, Fatihah lebih kepada menutup aurat. Dia bertudung dan tingkah lakunya agak sopan jika nak dibandingkan dengan aku.

Aku? Huh, aku masih tak bersedia lagi untuj bertudung. Nanti-nantilah aku fikirkan niat nak bertudung itu. Bagi aku, hidup hanya sekali jadi.. erm, tak salah kan kalau aku nak buat apa yang aku suka?

"Hmm.. yelah, surprise lah sangat. Ni, beritahu Adam tak yang Fati balik ni? Tak fasal-fasal merajuk tunang Fati itu kalau tak diberitahu." ujarku memandang anak mata coklatnya.

Gadis itu mengangguk kecil. Sukalah itu, kalau aku bicara fasal tunangnya itu. Hmm... untunglah ada tunang yang sayang, kan?

Untuk seketika, Fatihah mendiamkan diri. Seperti ada sesuatu saja yang mahu dia katakan tapi, dia seperti mahu tak mahu saja bualkan dengan aku.

Akhirnya, satu keluhan kecil Fatihah lepaskan. Anak mataku dipandang nya dengan rasa serba-serbi.

"Akak, ibu ada cerita fasal abang Zafriel dengan Fati. Erm.. betul ke yang abang Zafriel buat jahat dengan akak?" soal Fatihah seperti takut-takut.

Aku terdiam sejenak. Bibirku kemudiannya menguntum senyum kelat. "Adik boleh nilai sendiri. Kalau tak, dia takkan ceraikan akak dan biar akak jadi macam ni kan?" soalan berbalas soalan.

"Tapi.. Fati tengok abang Zafriel itu baik, kak. Selama Fati kenal abang Zafriel itu, dia lembut, sopan.. erm, memang tip top lah dia."sempat satu pujian Fatihah berikan kepada lelaki itu.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now