BAB 58

42.8K 1K 28
                                    

Sudah seminggu berlalu namun keadaan Qaliesya masih sama. Tiada perubahan. Masih terbaring kaku di atas katil. Tak bergerak, tak bercakap.. makan jauh sekali. Zafriel di sebelah gadis itu hanya mampu mengeluh perlahan.

"Qaliesya, sudah 158 jam kau tak sedarkan diri. Tolonglah bangun cepat.." bisik Zafriel dengan nada lemah.

Tangan beku Qaliesya digenggamnya erat. Dahinya dirapatkan pada tangan gadis itu. Sungguh, dia rindukan belaian gadis itu. Dia mahu bersama dengan gadis itu semula. Dia rasa kosong bila Que Sarah Qaliesya tiada di sisinya.

"Zafriel.."

Pintu bilik dibuka dari luar dan terlihat kelibat Qaliesya memasuki bilik tidurnya. Zafriel sekadar membuka satu mata mahu melihat siapakah gerangan yang memasuki biliknya. Bila lihat Qaliesya mendekati, Zafriel pejamkan matanya semula. Tidurnya kembali disambung.

"Demam awak yang semalam dah kebah ke?"soal Qaliesya dalam nada acuh tak acuh.

Zafriel tidak menyahut soalan Qaliesya. Dibiarkan soalan gadis itu berpenghujung dengan  tanda soal sahaja. Malas nak layan. Lebih baik tidur, kebahkan sakit kepalanya.

"Zaf, demam awak dah kebah ke?"soal Qaliesya kali ini dengan nada lembutnya.

Akhirnya, Zafriel mencelikkan mata bila suara lembut gadis itu menyapa halwa telinganya. Jarang dengar si Qaliesya berlembut dengannya. Pagi ini adalah untuk kali pertama. Dan.. yurp, siapa sangka yang dia suka?!

"Kenapa tiba-tiba kau nak ambil tahu pasal aku pula ni? Buang tebiat ke?"perli Zafriel berkerut dahi.

Qaliesya sudah angkat kening. Birai katil Zafriel didudukinya lalu dia berpeluk tubuh. Muka acuh tak acuh ditayangkannya.

"Saya risau aje."

"Kenapa kau nak kena risau?"

"Semalam saya tengok berita. Naik seram saya bila dia baca simptom-simptom demam denggi, and penyakit itu berjangkit. Saya taknak duduk satu rumah dengan awak kalau awak terdedah." jujur Qaliesya menghamburkan alasannya.

Terangkat terus kening Zafriel dibuatnya. Apa punya perempuanlah yang aku jadikan bini ni? Sudahlah bakhil, jahil pula itu. Naif semacam. Nampak aje keras kepala, tapi jelas pula kebodohannya di situ.

"Tak apa. Kalau saya ada pun demam itu, kita mati sama-sama lah.. kan?"Zafriel kenakan Qaliesya.

Terus buntang mata Qaliesya dibuatnya bila Zafriel kata begitu. Matanya terus ditajamkan pada lelaki itu. Kurang asam punya, jantan! Tak guna!! Dia kenakan aku!

"Fine. Awak kenakan saya, ya? Saya habiskan coklat masakan awak dalam peti sejuk itu. Biar padan dengan muka awak!"ugut Qaliesya dan terus berlalu keluar dari bilik Zafriel.

Terpaku Zafriel dibuatnya. "Woi, itu coklat akulah!! Mahal tu aku beli!!! Woi!!"

Bila mengimbas kenangan lama, Zafriel mulai diterpa rasa rindu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa rindunya dia mahu bersama Qaliesya semula. Gadis yang mencipta senyum di bibirnya, gadis yang akan selalu ada nama dalam hatinya.

"Zafriel.."seruan seseorang daripada belakang langsung tak diendahkan oleh Zafriel. Dia masih melayan perasaan.

Engku Ziemah merapati Zafriel yang masih tak berganjak dari tempat duduknya. Sesekali matanya meliar pada sosok tubuh Qaliesya yang masih terbaring lemah di atas katil .Degup jantungnya masih sama, tiada perubahan malah tiada tanda yang dia akan sedar dalam masa terdekat.


"Zaf.."serunya perlahan. Bahu cucunya itu disentuh.

Zafriel sekadar membiarkan sentuhan nendanya itu. Dia masih meratapi di birai katil. Air mata jantannya yang bertakung di tubir mata ditahannya daripada gugur. Dia masih ada jati diri lelakinya. Tidak semudah itu untuk dia menangis tapi.. bila lihat orang yang dicintainya terbaring begitu. Emosi lelakinya tercabar.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now