Tiba sahaja di rumah banglo setingkat aku dan Zafriel, suasana hening saja. Langsung tak menunjuk kan tanda-tanda yang Zafriel sedang berada di dalam rumah tersebut. Sepi.
Rumah banglo setingkat itu sebenarnya adalah hadiah perkahwinan aku daripada arwah ayah Zafriel. Dia mewasiatkan sebuah rumah banglo kepada Zafriel dan 'bakal' keluarga baru untuk menetap dalam rumah tersebut. Yurp, Engku Walid memang baik hati.
Walaupun, lelaki tua itu meninggal dunia ketika umurku baru menginjak 7 tahun namun kenangan bersama dia masih tersemat dalam ingatan. Mana taknya, tak pernah tak bagi duit raya kurang daripada RM100. Hehehe.. Selalu juga, lelaki itu dan isterinya membelikan baju untuk aku dan Fatihah.
Memandangkan abah adalah kawan baiknya jadi dia langsung tak berkira dengan abah. Mungkin sebab itu jugalah dia langsung tak berkira fasal jodoh Zafriel dengan anak abah a.k.a. aku yang terpaksa terpalit menjadi isteri lelaki itu.
Tapi..
Aku tarik nafas dalam lalu aku gelengkan kepala perlahan. Huh, aku tak perlu lagi ungkit kisah lama. Ya, sepatutnya kisah lama aku itu sudah patut diarkibkan dan disimpan kemas dalam memori ku. Yurp, kerana sikap aku yang suka mengimbas buruk orang daripada baik sampai aku tak sedar yang aku sebenarnya pun tak sempurna.
Nampaknya, kehadiran baby ini dalam perutku sedikit sebanyak mengajar aku bahawa aku hidup tak boleh mendongak ke langit saja tapi pada masa yang sama turut menunduk memandang lantai tanah yang aku pijak. Huh!! Kerana terlampau mendongak ke langit, aku jadi ego dan akhirnya aku kecundang.
"Assalamualaikum.."hulurku sambil mengetuk pintu rumah berkali namun tiada siapa yang menyahut dari dalam.
Perlahan-lahan tombol pintu aku capai lalu aku pusing. Pintu tak berkunci. Untuk seketika dahiku berkerut pelik. Tak kunci?
"Zafriel??"seruku perlahan. Langkahku aku susun kemas masuk ke dalam rumah.
Sementara berjalan menarik beg bagasiku, aku sempat memanjangkan leher memandang setiap sudut ruang. Namun hampa. Langsung tidak kelihatan kelibat Zafriel dalam rumah tersebut.
Akhirnya aku terduduk di ruang tamu. Bagasiku aku tolak tepi sambil telefon pintarku aku belek.
Hmm.. dia kata dia datang awal daripada aku.. tapi, kenapa macam aku yang terlebih awal daripada dia ni? Tiba-tiba pula mamat itu jadi orang yang tak punctual pula. Serupa dengan orang yang jenis janji melayu.
'Mana awak, Zaf?'-kirim.
Aku ketap bibir. Entah kenapa, aku pula jadi risau tentang Zafriel. Mana taknya, dulu.. dia datang akan tepat waktu. Kalau lambat pun, seminit dua aje tapi ni.. berjam-jam.
'Saya kat luar sekarang ni.'-Zafriel.
'Kenapa awak keluar tak inform kat saya dulu. Awak pergi mana..'
Untuk seketika, pesanan itu aku belek berkali. Pelik pula kalau aku kirim benda macam ni. Erm.. nampak macam aku yang terhegeh-hegeh kat dia. Pfft.. nope, Qaliesya bukannya perempuan jenis yang terhegeh-hegeh dengan lelaki even lelaki itu laki sendiri.
Delete.
'Owh.'-kirim.
Itu sahaja jawapan selamat yang mampu aku beritahu. Aku taknak Zafriel perasan atau tahu fasal aku yang tiba-tiba sahaja ambil berat fasal dia. Hmm.. memalukan.
'Kau dah sampai ke rumah kita ke?'- Zafriel.
'Dah. Kenapa?'-kirim.
'Aku ada simpankan kau cake perisa coklat gelap dalam peti sejuk. Itu favourite kau. Rasalah.' -Zafriel.
YOU ARE READING
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)
Short StoryPerkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpi...