BAB 57

41.5K 986 33
                                    

Kereta jenama Audi yang dipandu oleh Zafriel akhirnya berhenti di bahu jalan. Bangunan Empayar Ziemah Holdings yang megah itu aku pandang dengan perasaan yang penuh gentar. Bibirku aku ketap kejap. Entah kenapa, menghadap Engku Ziemah adalah satu-satunya perkara yang buatkan perasaan aku jadi haru-biru begini.

Tak semena-mena, aku rasakan ada tangan yang menyentuh belakang tanganku. Serentak itu aku menoleh ke arah Zafriel yang sudah erat menggenggam tangan yang terletak elok di atas pehaku. Bibirnya menguntum senyum pendek.

"Qaliesya jangan risau. Abang akan ada di sisi Qaliesya. Kita selesaikan semuanya hari ini juga. Kita terangkan semuanya secara baik dengan nenda."ujar Zafriel cuba meredakan rasa  resah di hatiku.

"Saya takut nenda takkan dengar apa yang kita cakapkan nanti." balasku masih diserbu rasa risau.

Zafriel sekadar meleret senyum pendek. Pipiku dibelainya lembut sebelum tangannya jatuh membelai perutku yang sudah lihat buncitnya. Aku sekadar biarkan dia buat begitu.

"Jangan takut. Kalau Qaliesya takut, Qaliesya fikir fasal anak kita. Qaliesya nak ke anak kita membesar tanpa salah satu daripada kita?" duga Zafriek cuba mengajak aku untuk berfikir lebih jauh lagi.

Sebuah gelengan aku berikan. Memang taklah aku nak tengok anak aku membesar tanpa belaian seorang ayah. Malah, aku juga perlukan Zafriel untuk membesarkan anak ini. Dan.. aku juga sudah mula cintakan dia dan aku tak mahu kehilangan lelaki itu dalam hidup aku.

"Jadi, mari kita jumpa nenda. Kita selesaikan semuanya hari ini juga." ujar Zafriel dengan penuh semangat.

Aku sekadar melirik senyum nipis. Lucu pula lihat semangat Zafriel yang tiba-tiba sahaja membara pagi itu. Ekor mataku memerhati saja tindak-tanduknya yang berura-ura mahu membuka kan pintu untuk aku.

Keluar sahaja dari perut kereta, Zafriel bantu aku untuk bangun. Dia pimpin tangan aku. Al-maklumlah, badan makin berat, pinggang pun makin lama makin sakit pula. Namun, memandangkan aku ni masih muda jadi tak rasa sangatlah benda itu. Boleh tahan lagi ni.

Aku dan Zafriel jalan bergandingan menuju ke gedung syarikat tersebut. Tipulah kalau aku tak gemuruh? Dalam hati, sudah berapa banyak kali agaknya aku beristighfar. Bertemu dan bersemuka dengan Engku Ziemah memang perkara paling aku takuti. Dia tegas dan dia juga tak sukakan aku.

Semasa perkahwinan kali pertama aku dengan Zafriel dulu itu pun, Engku Ziemah tak pernah baik dengan aku. Depan ibu dan abah saja dia layan aku mesra tapi bila di belakang, wanita itu langsung tak ramah malah nak ajak bersembang sakan pun seperti tak lalu.

"Nenda." seru Zafriel apabila melihat kelibat Engku Ziemah yang ketika itu sedang mahu melintas jalan menuju ke kereta Mercedez nya.

Pelik juga aku. Selalunya wanita itu, datang berjemput, pulang di hantar tetapi hari ini.. rajin pula dia memandu. Tukar mood, maybe.

Wanita itu yang ketika itu berura-ura mahu melintas terus menjedakan perbuatannya. Matanya terus beralih ke arah kami berdua yang sudah menyusun langkah laju merapatinya. Apabila melihat kelibat aku di sisi Zafriel, serentak itu bibirnya menguntum sengih sinis.

"Wou, unexpected. Kau still bersama dengan Zafriel?" perlinya apabila kami mendekati.

Aku hanya mendiamkan diri di sebelah Zafriel. Terus kecut perutku bila perliannya menyapa halwa telingaku. Pandanganku aku tundukkan memandang lantai tar.

"Nenda, kenapa nenda buat Qaliesya macam ni? Apa salah yang dia buat pada nenda sampai nenda hukum dia macam ni?" Zafriel bersuara membela aku.

Tersengih sinis wanita itu bila dengar ungkapan Zafriel. "Salah? Zaf, perempuan ni memang dah banyak buat salah pada keluarga kita. Tak cukup-cukup bawa sial pada keluarga kita!" nada suaranya sudah meninggi.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now