BAB 20

34.7K 987 12
                                    

"Qa-Qaliesya?"

"Za-Zafriel?" balas Qaliesya bila wajah lelaki itu menjamah pandangan nya.

Pantas Qaliesya menarik pandangan nya daripada terus memandang lelaki itu. Entah kenapa, perasaan gentar mulai menyelubunginya bila wajah lelaki itu kini ada di depan matanya. Lelaki yang merupakan bapa kandung kepada anak yang menumpang teduh dalam rahimnya.

"So, how's your life now? Is it better?" soal Zafriel setelah lama mendiam diri.

Wajah Qaliesya yang kini bertudung dipandangnya dengan tenang. Yurp, dia sangat terkejut bila lihat Qaliesya bertudung. Nampak manis dan juga nampak sangat... cantik.

"Of courselah, better. As I said before, tanpa seorang lelaki bergelar suami yang mengongkong hidup saya.. hidup saya jadi lebih.. ermmm.. baik."ujar Qaliesya namun nadanya sangat tak teruja. Terpaksa.

Lebih baik tang mananya, Que Sarah Qaliesya? Hidup kau jadi lebih terumbang-ambing tanpa lelaki bergelar suami. Kau hidup tanpa arah tuju. Kau dilukai dan sekarang kau diduga dengan kehadiran janin. Huh? Itu yang kau kata lebih baik?!

Sedari tadi, Qaliesya lebih banyak menundukkan pandangan. Selalunya, dengan rasa bongkak dia akan menikam tajam anak mata lelaki di depannya itu tapi sekarang.. dia tak boleh. Dia malu, yurp.. dia malu.

"Baguslah kalau macam itu. Thats mean kau dah bahagialah dengan lelaki yang kau cinta itu. Congrats." balas Zafriel cuba bernada sinis walaupun sebenarnya dalam hati.. dia sakit.

Qaliesya keluh perlahan. Wajahnya didongak lalu pandangannya bersua dengan anak mata Hazel milik Zafriel. Sebingkis senyuman dia hadiahkan pada lelaki itu.

"Congrats from me to you. Nampak nya kau juga dapat perempuan yang lebih teruk perangainya daripada aku. Semoga bahagia."ucap Qaliesya menarik senget senyumnya.

Kata-kata 'tahniah' Qaliesya itu tidak buat Zafriel melenting. Malah, dia menarik sengih pendek. Sengih yang menyimpan beribu makna dalam hatinya. Sengih yang menggambar kan perasaannya yang terpendam sekarang.

Wajah bersih Qaliesya dipandangnya dalam. Huh.. anak mata hazel milik Qaliesya paling dia minati. Rindunya dia untuk menatap mata gadis itu. Walaupun dulu mereka selalu bergaduh. Itulah part yang paling Zafriel suka. Sebab apa?

Kerana hanya ketika mereka bergaduh saja, dia boleh pandang mata Qaliesya lama-lama. Pandang mata gadis itu, dia rasa ada getaran dalam jiwanya. Sungguh hangat. Sungguh mengasyikkan.

"Abang Zaf.."suara lantang itu menyapa halwa telinga Zafriel. Tanpa izin, lengan sasanya dipeluk dari arah belakang.

Kartini pada mulanya terkejut dengan kehadiran Qaliesya namun setelah itu tersemat sebingkis senyuman sinis di birai bibirnya. Pelukannya pada lengan Zafriel diperkemas sambil matanya mencerlung pada Qaliesya.

"Tak sangka kita boleh jumpa kat sini kan, Qaliesya? Bercuti ke?"soalnya dengan ayu gitu.

Qaliesya sudah mencebik. Entah kenapa gelagat gatal Kartini buatkan matanya rasa nak digaru. Wajah Zafriel yang dipandangnya terus dia alihkan pada muka gedik Kartini.

"Itulah. Erm.. yurp, aku lupa bumi yang kita pijak ni sama. Duduk kat Malaysia pula itu, memang akan ter jumpalah kan?"ujar Qaliesya.

Kata-kata Qaliesya disambut tawa sinis oleh Kartini. "Hmm.. but tak sangka yang I boleh jumpa bekas isteri bakal tunang I. So, unexpected." kali ini Qaliesya terkedu.

"So, what kalau jumpa I pun?"soal Qaliesya sudah berkerut dahi.

"Erm, nothing pun just.. boleh I minta you share macam mana nak jaga hati Zafriel. Ke, you tak ada tips langsung?"sindir Kartini. Spontan jari jemari runcingnya membelai dada bidang Zafriel.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Där berättelser lever. Upptäck nu