BAB 59

52.2K 1K 70
                                    

Ketukan pintu yang bertalu dari luar bilik langsung tak diendahkan oleh Thaqif. Dia masih leka termenung kosong memandang tingkap yang terbuka luas. Suasana petang yang mendamaikan itu langsung tak menyentuh rasa teruja di hatinya.

"Thaqif.. mama ada bawakan makanan untuk kamu. Makan ye, Thaqif." pujuk mamanya dari luar bilik.

Seperti tadi, seruan mamanya itu langsung tak disahut. Makan? Mana mungkin dia boleh menikmati makanan apabila hatinya baru saja dilanda kehilangan.

Sudah tiga hari berlalu semenjak pemergian Zulaikha dari hidupnya. Ya, sekarang dia kenal erti kehilangan yang sebenar. Nampak nya, kehilangan Zulaikha lebih perit dari hilangnya Qaliesya di sisi. Kerana gadia bernama Zulaikha, dia jadi begini.

Dilanda rasa rindu, dicengkam rasa bersalah, dikuburkan dengan rasa kesal. Thaqif rasakan kesemua perasaan itu. Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang dia rasakan ketika ini.

"Kenapa kau pergi dari aku, Zu?" soal Thaqif sendirian. Matanya bengkak dan kering itu masih merenung jendela.

"Jawab aku, Zu. Kenapa kau tinggal kan aku?.."sekali lagi dia menyuara kan soalannya.

Namun, tiada siapa di situ yang mahu menyahut soalannya. Tiada Zulaikha di situ malah sekarang gadis itu mungkin sedang berbahagia di atas sana.

Air mata jantan Thaqif mengalir untuk kesekian kalinya. Dia kesal kerana selama ini dia layan gadis itu teruk sangat. Tak ada rasa kasih malah tak ada rasa cinta yang dia ucapkan pada gadis itu.

Apa yang Zulaikha rasa semuanya kesedihan. Dia masih ingat lagi apabila Zulaikha menangis sebak depan matanya dan tangisan itu berjaya buatkan hati syaitannya teruja.

"Maafkan aku sebab buat kau menangis. Aku ego, aku terlalu ikut kan perasaan sampai aku tak sedar yang aku dah lukakan perasan, emosi dan juga mental kau. Maafkan aku, Zu. Tolonglah kembali pada aku semula.."ucap Thaqif dengan penuh rasa kesal.

Tak semena-mena matanya terpandangkan surat yang sudah banyak kali dia belek. Surat yang di berikan Zulaikha padanya melalui mama. Terus tangan Thaqif menyambar surat yang masih terlipat kemas itu. Dengan penuh berhati-hati, dia buka surat itu kembali.

'Abang Thaqif, saya harap suatu hari nanti abang akan baca surat ini. Walau pun saya tak tahu bila 'suatu hari' yang saya maksudkan itu. Hmm.. abang, dalam surat ini saya nak luahkan segala apa yang saya pendam dalam hati saya..

Saya tahu memang dari awal abang tak cintakan saya. Abang pun pernah beritahu saya yang abang akan cuba cintakan saya. Dan.. ketika itu juga saya ajar diri saya untuk mencintai abang. Selepas perkahwinan kita, saya rasa sangat gembira. Layanan abang pada saya sangat buatkan saya rasa teruja jadi isteri abang.

Ketika itu, saya cuma fikir satu perkara saja. Jika abang benar jodoh saya, saya berdoa agar kebahagiaan itu akan selalu bersama kita. Hmm.. dan, kerana usaha abang, saya mula sayangkan abang.

Tapi.. siapa saya untuk meneka masa depan. Abang berubah bila Qaliesya datang semula dalam hidup abang. Saya sedih bila abang abaikan perasaan saya, saya sedih bila abang terus menerus lukakan saya. Tak layak ke saya untuk bahagia bersama abang. Apa salah saya sampai abang sanggup buat saya macam itu?

Saya perampas? Hmm.. saya mengaku saya rampas abang dari Qaliesya. Mungkin sebab itu Tuhan duga saya macam ni, dan.. saya izinkan abang untuk lepaskan saya dan kahwin dengan Qaliesya. Tapi.. abang taknak. Abang nak terus simpan saya dan luka kan hati saya.

Kadang saya terfikir apa yang abang mahukan sebenarnya? Kenapa abang taknak lepaskan saya? Kenapa abang nak simpan saya? Ke.. mungkin sebab abang suka tengok saya menangis macam ni?

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now