"Kak Iesya.."suara manja milik Fatihah menyapa halwa telingaku.
Aku yang ketika itu baru sahaja selesai membasuh pisau dan juga papan pemotong terus meletakkan nya ke sisi singki. Tubuhku aku pusingkan ke belakang menghadap Fatihah yang sudahpun duduk di atas kerusi di ruang dapur.
"Kenapa ni? Dah kahwin pun still nak bermanja dengan akak.." perliku dalam nada bergurau.
Gelas yang berisi jus campuran buah-buahan yang baru aku kisar tadi, aku capai lalu dihirup perlahan. Yurp.. demi menjaga kesihatan baby yang sedang membesar dalam perut aku ni, aku nakkan anakku itu tumbuh sihat dan cergas.
Sejak kebelakangan ni, aku sangat rajin membeli buku-buku yang berkaitan anak dan tips kehamilan. Kadang, aku seronok juga baca pengalaman ibu mengandung ni. Ada yang gembira, ada yang teruja dan tak kurang juga ada yang bersedih.
Kenapa mereka bersedih? Hmm.. nasib tak menyebelahi mereka. Ditinggalkan semasa sedang mengandung itu sangat menyakit kan. Namun, takdir Tuhan itu pasti ada hikmahnya.
Sekurang-kurangnya nasib aku tak sesyahdu kisah ibu mengandung yang bernasib tidak baik itu. Zafriel datang dan berjanji akan menjaga aku sampai aku melahirkan anak. Yurp.. jadi, perhubungan aku dan Zafriel ini lebih singkat daripada yang pertama.
Hanya tinggal lagi 6 bulan, aku akan melahirkan anak sulung aku itu. Hmm.. sekurang-kurangnya kelahirannya nanti akan ditemani oleh Zafriel dan dia juga akan diazan kan oleh lelaki itu. Membayangkan itu, bibirku melirik senyum nipis.
Bukankah sweet begitu? Melihat seorang ayah mengazankan anak kecilnya?
"Kak, Fati nak minta maaf fasal kek kahwin itu. Maafkan Fati sebab tak beritahu akak fasal.. abang Zaf." suara Fatihah sudah bertukar nada. Sendua saja bunyinya.
Aku diam untuk seketikam Wajahnya aku pandang dalam. Yurp, pada awal nya memang aku marah tapi.. perasaan marah aku itu berubah biasa.
Entah patut, aku ucapkan terima kasih ataupun tak pada Fatihah sebenarnya..?
Kerana rancangan gila dia yang nak mempertemukan aku dengan Zafriel itu, akhirnya ia membawa kepada ikatan perkahwinan kali kedua antara aku dan Zafriel. Jadi, erm.. nampak tak apa masalahnya kat situ?
Wajahku masih serius. Tiada secalit senyuman aku berikan kepada Fatihah. Gadis itu sudah menikus risau.
"Hmm.. kenapa Fati buat akak sampai macam itu sekali?" nada ku mendatar. Bukannya marah tetapi cuma nak bertanya saja.
Fati mendongakkan wajahnya sedikit. Tanganku tak semena-mena dicapai lalu digenggamnya erat.
"Akak.. apa yang Fati nak adalah akak dapat lelaki yang terbaik dalam hidup akak. Bagi Fati, abang Zaf itu lah satu-satunya lelaki yang sesuai untuk akak. Akak tak nampak ke semua itu?"soalnya cuba menerang kan sesuatu.
Dahiku sudah berkerut. "Jadi, Fati nak akak.. bersama semula dengan Zafriel? Macam itu ke?"
Fatihah ketap bibir sambil ekor matanya takut-takut memandang wajahku. Sebuah anggukan kecil dia berikan kepada aku.
Yurp, Fatihah ataupun sesiapa langsung tidak mengetahui Zafriel sudah merujukku semula sebagai isterinya. Itu atas permintaan aku sendiri. Aku mahu merahsiakan semua ini daripada orang-orang sekelilingku.
Kalau benda ni sampai pada mereka, aku yakin tak akan ada siapa yang akan terima. Mana mungkin mereka akan terima. Zafriel pun tak lama lagi akan berkahwin dengan Kartini, sanggup ke gadis gedik itu mahu bermadu denganku? Dan.. perkahwinan kali kedua ni pun, ada hadnya juga.
Aku dan dia hanya menjadi suami isteri sementara selama tempoh 6 bulan dan.. lepas sahaja baby ini lahir, Zafriel akan ceraikan aku. Singkat. Hmm.. mungkin inilah agaknya perjalanan jodoh aku.
YOU ARE READING
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)
Short StoryPerkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpi...