BAB 43

32.9K 868 21
                                    

Sudah dua hari aku tinggal di rumah ibu. Sedikit sebanyak, kesunyian aku terubat sedikit. Untuk seketika, aku terlupa akan kesedihan aku pada Zafriel.

Perutku yang sedari tadi asyik berkompang dan bergendang membawa aku untuk turun ke tingkat bawah. Mujur, kelibat ibu menyapa pandanganku.

Wanita itu sedang duduk santai di ruang makan sambil sebuah majalah dibeleknya khusyuk. Serta-merta, langkah kakiku kemas ku aturkan merapatinya.

Gruuu!!

Tak payah seru pun, ibu sudah mengalihkan pandangannya pada aku. Pfft.. kacau betullah bunyi perut aku yang kelaparan ni! Tak dapat nak suprise ibu. Hehehe..

"Aih, kuat betul bunyi nya itu." seloroh ibu sempat menyakat aku.

Aku sekadar tersengih kerang. Perutku yang masih kelaparan aku peluk erat. Lapar. Erm.. mesti baby dalam perut aku yang nak makan.  Tempat duduk di hadapan ibu aku duduki.

"Ibu, ibu masak apa?" soalku sambil mendagu memandang ibu.

Seketika, ekor mata ibu mengerling padaku sebelum pandangannya dialihkan ke majalah semula. "Ibu ada masakkan ayam gulai lemak kat dapur itu. Makanlah." ujar ibu.

Cepat-cepat aku gelengkan kepala. "Tak nak. Iesya nak makan benda lain." rungutku dalam nada manja. Menyampah jugalah dengarnya.

Ibu angkat kening. Majalah yang tadi dibeleknya ditutup lalu wajahku dipandangnya. "Kamu nak makan apa?"

"Kek coklat leleh."serangkap ayatku itu berjaya buatkan dahi ibu berkerut.

"Kamu biar betul nak makan kek coklat? Bukan kamu.. tak makan kek ke, Iesya? Dah hilang ke kamu punya diet tu?"sempat ibu memerli ku.

Pelik juga dia tengok selera makan Qaliesya. Baru dua jam lepas, makan nasi.. sekarang, minta makan kek pula. Jarang-jarang Qaliesya kuat makan begini. Dia pun pelik tengok selera Qaliesya yang makin menjadi-jadi.

Malam semalam pun dia pelik. Qaliesya tiba-tiba minta Puan Ainun masakkan mee goreng mamak telur mata. Malam tahu tak? Selama dia membesarkan Qaliesya, dia tak pernah nampak Qaliesya makan malam. Semalam adalah kali pertama untuk seumur hidupnya.

Que Sarah Qaliesya yang dia kenal bukannya jenis kuat makan. Sentuh nasi pun, anaknya itu masih berkira. Al-maklumlah, anak daranya yang seorang itu jenis jaga badan. Naik saja 1 kilogram, Qaliesya sudah mulai resah. Sehabis baik dia akan turunkan 1 kilogram itu.

Tapi..
Sekarang, Qaliesya berbeza sangat. Tubuh badan Qaliesya juga dia lihat sedikit berisi. Risau juga Puan Ainun dibuatnya. Takkanlah stress kot? Huh?! Apa benda yang si Qaliesya itu bak stresskan sampai makan banyak macam ni?

"Betullah ibu. Erm.. please, masak kan! Iesya nak angat-angat." manja suaraku meminta.

Pada awalnya, ibu sedikit keberatan. Namun, akhirnya satu keluhan kecil ibu lepaskan. Wajahku dipandang nya.

"Kamu tunggu sekejap. Nanti, ibu masakkan." ujar ibu lalu terus menghilang ke dapur.

Aku sudah mengukir sengih. Seronok tak terkata bila ibu perkenan kan hajat aku yang minta kaki itu. Mana tak minta kakinya, orang sedang berehat pun still nak kacau? Pfft.. makan kaki nak ke?

Setelah sejam lebih menunggu ibu berhempas pulas membuat kek, akhirnya bibirku menguntum senyum. Kek leleh coklat, ibu hidang kan depan mataku. Bau haruman kek coklatnya berjaya mencabar selera ku.

Ibu potongkan kek tersebut lalu dia hidangkan ke atas pingganku. Setelah itu, ibu duduk di hadapan aku. Mahu melihat reaksi aku menikmati kek coklatnya.

"Ibu taknak makan sekali?"soalku sudah memegang sudu dan garfu di kedua-dua belah tanganku.

Ibu sekadar menggelengkan kepala. "Kamu makanlah. Ibu dah kenyang." balas ibu dengan senyum nipis.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now