BAB 34

34.3K 882 6
                                    

Dahiku berkerut apabila melihat kereta seseorang terparkir di hadapan rumah banglo setingkat itu. Kereta Audi R8 berwarna merah itu elok saja tersadai di depan pagar. Pagar rumah juga terbuka.

Aku sudah mulai rasa tak sedap hati. Mana taknya, seingat aku kunci rumah kedua-duanya sudah ada dalam tangan Zafriel. Kereta ini pun.. bukan kereta Zafriel. Habis itu, siapa?

Perlahan-lahan, aku mencabut kunci kereta lalu aku keluar daei perut kereta. Dengan langkah kemas, aku aturkan merapati pintu depan banglo setingkat itu.

Seperti apa yang aku sangka. Memang ada seseorang dalam rumah banglo ni. Dari kasut hitam yang tersusun di rak kasut, aku tahu 'seseorang' itu adalah lelaki. Aku menarik nafas dalam.

Hatiku sudah mulai diterpa teka-teki tentang gerangan makhluk Allah yang sedang 'menumpang' dalam rumah tersebut. Entah keberanian siapa yang merasuk aku ketika itu, tak teragak-agak aku memulas tombol pintu rumah. Tak berkunci.

Gelagat aku itu boleh diibaratkan seperti seorang penghendaplah juga. Mana taknya, aku sudah pun menunduk-nunduk kecil mahu mengintip di sebalik celah pintu yang terbuka itu. Manalah tahu, nampak muka ke?

Hampa. Batang hidung pun tak nampak. Aku buka lebar sedikit. Kali ini, kepala aku pula aku panjangkan sambil mataku meliar-liar mahu mencari kelibat dalam rumah tersebut.

"Ergh... Hmm.." keluhan seseorang dari dalam buatkan nafasku bagai tersekat.

Dahiku berkerut bila terdengar suara itu. Suara seorang lelaki. Yurp. Aku yakin! Kenapa bunyinya seperti seseorang yang sedang kesakitan?

"huh.."sekali lagi, keluhan itu menyapa halwa telingaku.

Telingaku aku fokuskan mahu mencari punca suara itu sehinggalah akhirnya aku berjaya menjumpainya. Punca suara tersebut datang dari ruang tamu. Ya, tak silap lagi.

Aku memasuki rumah dengan langkah terjengket- jengket. Makin mendekati ruang tamu, hatiku mulai diterpa rasa berdebar. Suara erangan itu juga kedengaran jelas.

Hampir terpaku aku tatkala sepasang mataku memandang kelibat seorang lelaki sedang terbaring di sofa. Lengan kanannya menutupi kedua-dua matanya manakala lengan kirinya bersilang di belakang kepala. Rasanya, dia tak sedar kehadiranku.

Aku rapatkan langkahku dengannya. Makin dekat, wajahnya makin jelas. Bibir nipisnya yang kemerah-merahan itu cukup berikan aku jawapan tentang siapa dia sebenar nya.

"Zafriel...?"seruku perlahan.

Aku dapat lihat kerutan pada dahinya. Tak semena-mena lengan yang menutupi matanya dialihkan. Reaksi wajahnya yang terkejut aku pandang dengan senyuman pendek.

"Qaliesya?" namaku diserunya.
"Kau buat apa kat sini?"soalnya dalam nada hairan.

Aku ketap bibir. Terus pandanganku aku alihkan ke tempat lain. Untuk seketika, perasaan serba serbiku mulai timbul. Mana taknya, aku ni dah seperti perompak yang datang menghendap ke rumah ini. Tanpa salam, tanpa apa pun.. Perbuatan aku ni boleh dibawa ke meja pengadilan sebenarnya.

Baru sahaja aku berura-ura mahu pergi, Zafriel menyeru nama aku kembali. Namun, aku langsung tak pedulikan malah aku makin mempercepatkan langkahku.

"Qaliesya.."terkejut aku tatkala merasakan ada tangan yang menyambar tanganku.

Kali ini, aku terpaku. Tak semena-mena, aku memusingkan kepalaku ke belakang dan aku lihat Zafriel sudah berdiri di belakangku dengan wajah serius.

"Berapa kali lagi kau nak mengelak? Tolonglah untuk kali ini, kau jangan lari lagi. Boleh?" dia seperti merayu kepadaku. Aku pandang wajah seriusnya.

"Zaf, awak dah nak kahwin tak lama lagi. Saya taknak awak terlalu rapat dengan saya. Saya ni.. cuma isteri sementara awak sampai baby ni lahir. Saya nak awak ingat tu." mendatar saja aku menghujahkan kata-kataku.

Zafriel ketap bibir. "Aku taknak dengar kau ulang ayat tu lagi. Please.."nada suaranya sudah beeubah tegas.

"Zaf.."

"Okey. Kalau kau anggap aku ni suami sementara kau, aku.. nak  kau duduk dengan aku semula. Kita duduk sebumbung dalam rumah ni."permintaan Zafriel buat aku tergamam.

Aku ketap bibir. Mataku terus aku alihkan ke tempat lain. "Tak boleh." pendek saja jawapan aku berikan.

Keluhan panjangnya menyapa halwa telingaku. Tanganku digenggamnya erat. "Tolonglah untuk kali ini, kau jangan degil. Beri aku peluang jaga kau rawat anak kau.. beri aku peluang tu.. sampailah baby itu lahir." nadanya merayu.

Dalam diam, aku sudah mulai diterpa rasa bersalah. Rayuannya itu buatkan aku merasakan diriku seperti orang jahat yang memisah kan hubungan bapa dan anak itu. Salah ke aku? Berdosa kah aku menjauhkan anak ni daripada bapanya?

Perlahan-lahan, perutku aku urut perlahan. Aku masih dalam pertimbangan.

"Tolonglah, bagi aku rawat anak aku sendiri.." kali ini permintaannya buatkan rasa bersalahku makin menebal.

Wajahnya aku pandang. Aku tarik nafas dalam. "Baik, saya akan bagi awak peluang tu." mendatar sahaja aku membalas.

Barulah, aku dapat lihat bibir Zafriel menguntum senyum yang menampakkan lesung pipit di kedua- dua belah pipinya.

"Thanks, Qaliesya."ucapnya lembut.

Aku sekadar membalas dengan anggukan. Walaupun tiada secalit senyuman di bibirku namun dalam hati tak ada siapa yang tahu. Siapa tak gembira bila anaknya dapat merasakan kasih seorang ayah walaupun dalam masa yang singkat.
...
"Kamu nak ke mana tu?" soal ibu bila melihat aku menuruni tangga sambil membimbit beg pakaian.

Hanya sengihan lebar sahaja aku berikan. Lelah juga aku bawa beg pakaian itu turun dari tingkat dua. Phuhh.. Akhirnya, aku berjaya bawa beg pakaianku ke tingkat bawah. Peluh renek yang membasahi dahiku, aku sapu guna lengan bajuku.

"Iesya rasa Iesya nak duduk dekat rumah Farah buat sementara waktu." ujarku merapati meja makan. Ibu yang ketika itu sedang sibuk menyediakan sarapan aku pandang dengan senyuman.

Itulah rutin harian ibu setiap pagi. Entah macam manalah aku nak berubah jadi seperti ibu. Buatkan sarapan pagi, kemas rumah, memasak.. huh, penat. Aku ni.. sentuh penyapu pun sekali sebulan, memasak tu pun suam-suam kuku.. macam mana nak jadi seorang ibu yang bagus kalau macam itu?

Aku melabuhkan punggung di sebelah abah yang ketika itu sedang sibuk membelek akhbarnya. Ibu pula, selesai sahaja menyediakan nasi untuk abah dan aku.. dia terus melabuhkan punggung di hadapan abah.

"Buat apa kamu tinggal rumah Farah? Dah beritahu Farah ke?" soal ibu ingin tahu.

Aku menganggukkan kepala. "Sudah. Farah pun okey aje. Hmm.. Farah suruh teman dia." ujarku yang sudah menyuap nasi goreng kampung itu ke dalam mulutku.

"Aik, pelik. Selama ni, okey aje si Farah itu duduk seorang. Kenapa tiba-tiba minta kamu temankan dia pula?"soal abah mencelah.

Aku mengalihkan pandanganku kepada abah. "Kasihan Farah, abah. Dalam banyak-banyak kawan yang Iesya ada, dialah yang single. Abah tak kesian ke?" senda ku.

Kata-kataku membuatkan ibu dan abah ketawa mengekek. Haha.. maaf kan aku Farah. Tak fasal-fasal nama kau terkait sekali dalam bohong sunat aku ni.

Aku sudah ambil keputusan untuk duduk bersama Zafriel semula. Yurp, untuk kali ini.. ego aku itu aku buang. Kalau dia kata mahukan peluang untuk merawat anaknya, aku akan bagi. Lagipun, tempohnya tak lama. Hanya 5 bulan sahaja lagi.

"Ada-ada ajelah kamu ni. Hmm.. sudah. Cepat makan." arah ibu.

Aku menganggukkan kepala. Kembali nasi goreng itu aku suakan ke mulutku semula. Lapar.
...
p/s》

Hmm.. sorrylah kalau baca story ni, tak dapat rasa feel nya itu. Sejak kebelakangan ni, saya tak ada feel nak buat story. Idea ada aje tapi.. nak susun ayat cantik itu tak dak. Sorrylah kalau hambar.

Jap, bagi saya cari feel dulu.. Phuh!!😤

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now