BAB 17

30.5K 903 2
                                    

Pagi-pagi lagi aku sudah berkemas untuk ke Pulau Pangkor. Yurp, buat masa sekarang.. aku perlukan masa untuk diri sendiri. Masa untuk kenal siapa diri aku malah mungkin masa untuk aku terima dugaan sebagai seorang gadis yang sedang hamil pada usia muda.

"Kak Iesya!"seru Fatihah sambil berlari meluru ke arahku yang sedang memasukkan beg pakaian ke dalam bonet keretaku.

Bibirku menguntum senyum tatkala melihat adik aku seorang itu. Dia manja tapi manja itu comel aje. Sejuk mata memandanglah kiranya. Hmm.. patutlah Adam nakkan si Fatihah ni. Penyejuk hati, penyejuk mata.

"Kenapa, Fati?"soalku sambil menutup bonet kereta Myviku.

Untuk seketika, Fatihah diam. Gayanya seperti sedang berkira mahu menyatakana hasratnya pada aku. Aku dihadapannya masih setia menunggu.

"Kak, kalau Fati nak ikut akak bercuti, boleh tak? Fati pun tak buat apa sebenarnya sekarang ni." hasratnya dinyatakan.

Kali ini, dahiku sudah berkerut. Terus aku alihkan mataku ke tempat lain. Bukan tak bagi tapi masalahnya sekarang ni aku perlukan masa sendiri. Hanya bersendirian.

"Tak. Tak boleh."ringkas saja jawapanku.

Namun, ia mengundang rasa tak puas hati bagi Fatihah. Gadis itu sudah berpeluk tubuh sambil muncung sedepa.

"Kenapa tak boleh pula? Fati tak pernah lagi keluar dengan akak kan?" Fatihah sudah berdegil.

"Untuk kali ini, akak tak boleh ikut apa yang Fati nak. Akak perlukan masa sendiri sebab itu akak bercuti.." ujarku mengerling ke arahnya dengan perasaan serba-serbi.

Fatihah masih berkerut tak puas. Berkerut comel gitu. Tudung bawal maroon yang dipakainya pagi itu pula menaikkan lagi kecomelannya. Untunglah, comel.

"Bila kamu nak bergerak, Iesya? Semalam kata nak keluar awal pagi, ni tak gerak lagi ni?" soalan abah mencelah perbualan kami adik beradik.

Mata aku dan Fatihah sama-sama mengerling ke arah ibu bapa kami yang jalan bergandingan mendekati kami berdua. Abah sudah siap dengan sut kerjanya manakala ibu pula dengan kebaya nyonyanya. Al-maklumlah, tengah hari nanti dia ada perjumpaan jadi bersiap untuk majlis itulah.

"Tadi, Iesya terlajak tidur. Bangun-bangun aje dah pukul 8 pagi." balasku meleret sengih. Silap sendiri sebab lupa nak set jam.

Ibu sudah menggelengkan kepala. Haha, maafkan anak ibu yang comel ni, bu..

"Nasib baik Fati ada untuk bangunkan kak Iesya kalau tak sampai ke petang agaknya dia akan tidur."celah Fatihah menyindir aku.

Terus aku mencerlung pada Fatihah yang buat muka tak bersalah kerana menyindir aku. Kata-katanya disambut tawa oleh kedua orang tua kami.

"Ni, kamu yakin nak pergi sendiri? Taknak minta Fatihah temankan ke?" soal ibu. Soalan ibu itu buatkan senyuman Fatihah meleret sampai ke telinga.

"Iesya ingat nak.."belum sempat aku habiskan ayatku, pantas suara lunak Fatihah memintas.

"Fati pun dah cakap dengan kak Iesya tadi. Hmm.. tapi dia tak bagi Fati pergi. Ibu pujuklah anak sulung ibu ni." Fatihah sudah mengada.

Aku mengeluh perlahan. "Iesya perlukan masa sendiri untuk lepaskan stress."

"Owh, so.. akak nak kata kalau pergi dengan Fati ni tambah stresslah? Hmm.. sampai hati akak kan?!" argh, sudah!

Aku mencebik. Wajah Fatihah yang pura-pura merajuk itu aku pandang sebal. Nasib baiklah dia aje satu-satunya adik yang aku ada, kalau tak.. mau naik tangan aku ni tarik tudung dia itu.

"Alah, sekali sekala kamu keluar dengan Fati, Iesya. Sejak kebelakangan ni, kamu pun jarang luang kan masa dengan adik kamu kan?"ibu sudah berdiri di pihak Fatihah.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now