BAB 26

33.9K 946 22
                                    

Satu persatu majalah RASA dibuka nya. Inilah kerja yang hampir seharian Zafriel akan lakukan bila berada di rumah.

Dia takkan pernah cukup untuk bandingkan satu resepi dengan resepi yang lain. Selepas selesai  membandingkan kesemua resepi, dia akan cipta satu resepi yang ada ciri-ciri pada setiap kelebihan resipi yang dia bandingkan tadi. Dan.. kebanyakan resepi yang dia cipta mencapai selera yang diinginkan pelanggan.

Engku Ziemah yang baru sahaja keluar dari bilik istirehatnya terus merapati Zafriel di ruang tamu. Sebuah gelengan kecil dia berikan bila lihat majalah bersepah di atas meja. 

"Resepi apa pula kali ni, Zafriel?" soal Engku Ziemah lalu melabuhkan punggung bersebelahan Zafriel. Salah satu majalah yang terhidang di depan mata dicapainya lalu dibelek untuk seketika.

Zafriel menguntum senyum nipis sambil melirik mata ke arah Engku Ziemah. Selepas itu, dia kembali menyambung kerjanya semula.

"Zafriel terfikir nak gabungkan perisa berry dengan mocha. Berry is something sour but mocha a little bit bitter so why not kita compile kan sebagai satu perisa. So, thats why Zafriel nak cuba buat resepi cupcake dengan perisa itu." jelas Zafriel. Terselit rasa terujanya bila memperkenalkan idea barunya itu.

Engku Ziemah mengangguk faham. Kemahiran memasak Zafriel memang tak boleh dia nafikan. Walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat Zafriel yang ingin menyambung bidang kulineri namun sekarang lelaki itu membuktikan bahawa impiannya itu boleh menjadi kenyataan.

Buktinya, cafe yang Zafriel usaha kan itu membuahkan hasil yang lumayan. Cafe yang Zafriel bangunkan hasil simpanannya itu memang sangat mendapat sambutan yang hangat oleh para pelanggan.

"Nenda doakan apa yang kamu buat ni berhasil. Nenda yakin yang cucu nenda dapat hasilkan benda yang berbeza. I know you can do it." ucap Engku Ziemah sambil mengurut lengan Zafriel perlahan.

Zafriel membalas Aamiin. Dia juga turut berdoa agar apa yang dibuatnya ini mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa.

"Nanti, kamu buatlah perisa itu sempena kek hari perkahwinan kamu. Mesti Tini rasa gembira kalau dapat makan kek yang kamu buat itu."cadang Engku Ziemah dengan senyuman lebar.

Senyuman yang tadi panjang terus berubah kelat. "Nanti Zafriel fikirkan." mendatar sahaja Zafriel membalas. Kenapa setiap kali sebut nama Kartini, dia rasa hilang selera pula?

Huh?! Kalau dah sebut nama pun, buatkan Zafriel hilang selera, inikan lagi kalau mereka sudah bergelar suami isteri.. macam manalah Zafriel mahu menghadap muka Kartini setiap hari?

"Nenda perasankan sesuatu. Kenapa setiap kali nenda cakap fasal perkahwinan kamu, kamu nampak tak gembira. Kenapa Zafriel? Beritahu nenda." soal Engku Ziemah tanpa berselindung.

Zafriel terdiam bila dengar soalan yang dihamburkan wanita itu. Wajah wanita itu dipandangnya dengan rasa serba-serbi. Dia mahu jujur tentang perasaannya. Dia mahu jujur tentang siapa Kartini dan juga Qaliesya dalam hidupnya. Tapi.. mungkin ke Engku Ziemah akan terima jawapannya nanti?

"Nenda yakin nak Zaf teruskan perkahwinan ni?"soalan berbalas soalan. Seperti apa yang Zafriel tebak, jawapannya itu mendapat reaksi hairan daripada nendanya itu.

"Jadi, kamu taknak teruskan?"

Zafriel ketap bibir. Ya. Memang Zafriel taknak teruskan perkahwinan ni nenda sebab Zafriel taknak kahwin dengan perempuan yang Zafriel tak cinta untuk kali kedua. Cukuplah Qaliesya, Zafriel taknak kahwin dengan Kartini pula.

Mahu sahaja dia hamburkan itu namun.. Zafriel masih tiada keberanian.

Apa yang dihamburkan tadi hanya mampu dipendam dalam hati. Ya. Dia kerdil dan nendanya pula ibarat singa gagah.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now