BAB 27

32.9K 947 24
                                    

Tanpa sebarang ketukan yang diberikan, Adam terus menerobos masuk ke dalam bilik pejabat Zafriel. Wajahnya sangat menunjukkan riak bengang. Zafriel yang ketika itu sedang sibuk mengerjakan kerjanya, langsung tidak berkutik.

Dia masih meneruskan kerjanya menyiapkan proposal untuk resepi terbarunya. Lagipun, bukan Zafriel tak kenal siapa Adam. Kawannya itu memng panas baran kalau kehendak nya tak dituruti.

"Aku nak cakap dengan kau." mendatar Adam menyusun kata-katanya. Wajahnya masih berkerut tak puas hati.

Zafriel mengerling wajah Adam tanpa rasa gentar. Dia menutup komputer ribanya. Dengan tenang, Zafriel bangun lalu berjalan ke hadapan Adam.

"What?" sepatah saja soalan yang dia tanya.

"Kenapa dengan kau sebenarnya ni? Fati cuba tolong kau tapi kau buat dia macam itu pula? Kau tahu tak betapa sedihnya dia semalam? Aku.. tak boleh tengok air mata dia jatuh gara-gara kau even kau kawan baik aku."gertak Adam dalam nada geram.

Zafriel mengacip gigi. "Sekarang kau nak salahkan aku? Apa yang korang berdua nakkan daripada aku sebenarnya?"

"Kau tanya kitorang apa yang kitorang nak? Soalan itu kau patut tanya pada diri kau, apa yang kau nak sebenarnya daripada diri kau itu? Fati dah niat baik dah nak tolong kau tapi.. kau buat don't know aje. Tolonglah, kalau taknak pun sekurang-kurangnya hargailah." hambur Adam dalam nada sedikit merayu namun dalam tegas.

"Habis itu, kau nak aku ikut apa yang Fati itu minta? Cukuplah, aku ikut telunjuk nenda.. aku taknak ikut telunjuk Fati pula." tegas Zafriel dalam nada berkeras.

"Niat Fati itu nak tolong kau! Bukan nak arahkan kaulah, bodoh!" panas hati Adam apabila Zafriel katakan begitu.

Tak semena-mena sebuah tumbukan dihadiahkan ke pipi kanan Zafriel membuatkan Zafriel terus jatuh menyembam lantai. Tergamam Zafriel dibuatnya. Terus mata Zafriel menikam tajam ke arah Adam yang masih menyinga di hadapannya.

"Ada aku minta pertolongan korang? Ada ke, hah!!"gertak Zafriel sudah berura-ura mahu bangun.

Pudin terus memasuki pejabat Zafriel apabila dengar bunyi bising dari bilik itu. Hampir terkejut dia apabila lihat Zafriel sudahpun terbaring di atas lantai dengan pipi bengkak. Serta-merta dia dapatkan Zafriel lalu membantu lelaki itu untuk bangun.

"Apa ni, Adam? Kenapa kau pukul, Zaf?!"soal Pudin dalam nada pelik. Dia memimpin bahu Zafriel untuk berdiri namun pantas Zafriel menepis.

"Kau tanyalah kawan kau itu? Kau tanya dia kenapa dia bodohkan perasaan sendiri?"sinis sahaja soalan yang Adam hamburkan. Lelaki itu sudah berpeluk tubuh.

Pudin berkerut dahi. Wajah Zafriel pula ditatapnya. "Perasaan kau? Apa maksud Adam itu, bro?"soal Pudin masih blur dengan situasi yang terjadi.

"A-aku.."

"Kau kecut. Kau takut dan kau taknak lari dari telunjuk nenda kau. That's it."spontan Adam mencelah. Tenang sahaja wajahnya.

Zafriel sudah mengacip gigi. Tercabar jiwa lelakinya bila dikatakan begitu. Kata-kata Adam itu sedikit sebanyak membuka kelemahannya yang langsung dia tidak sedari.

"Woi, b*doh! Habis itu, kau nak aku buat apa? Kau nak aku merayu pada Qaliesya?! Kau tak rasa apa yang aku rasa. Dia.. tak cintakan aku jadi buat apa aku terkejar-kejarkan orang yang taknak aku?"jelas Zafriel dalam nada mendatar. Di hujung ayat, nadanya kedengaran sangat pasrah.

"Qaliesya? Adam, kau nak Zafriel getback dengan Qaliesya semula ke? Habis itu, Tini? Kau tak fikirkan dia?!" celah Pudin apabila dia sudah dapat mencerna apa yang terjadi antara Zafriel dengan Adam.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now