BAB 48

35.5K 953 10
                                    

Majalah wanita ibu letakkan perlahan di atas ribaku. Aku yang ketika itu sedang leka melayan media sosial terus menjedakan tindakanku. Dahiku berkerut memandang wajah ibu.

"Kenapa ibu?" soalku hairan.

Ibu mengeluh perlahan. "Kamu baca dulu dan lepas itu baru kamu tanya ibu." ujar ibu sudah bertegas.

Aku yang masih tidak memahami maksud ibu terus mengalihkan pandanganku pada artikel yang terbuka. Untuk kali pertama, wajah Zafriel menjadi tatapan ku.

Bakal menjelang hari bahagia dua hari lagi, semua mendoakan yang terbaik buat Engku Zafriel dan bakal isterinya.

"Kamu nak biarkan Zafriel berkahwin dengan Tini? Kamu masih isteri Zafriel, takkan kamu nak biarkan aje?" soal ibu sudah menghempas punggung di sebelahku.

Satu keluhan kecil aku lepaskan. Majalah itu aku lipat lalu aku letakkan ke atas meja kopi mini di depanku. Lengan ibu aku urut perlahan.

"Zaf cuma suami sementara Iesya. Perkahwinan kami ada tempoh. Jadi, apa aje hak yang Iesya ada untuk larang apa yang Zaf nak buat?" balasku berlagak tenang.

Yurp, berlagak tenang. Why? Biarpun aku kata begitu tapi dalam hati. Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang aku rasa. Sakit namun aku pendam diam-diam. Apa hak aku untuk rasa sakit?

"Jadi, kamu nak biarkan?"

"Ma, Zaf memang dah bercadang nak kahwin dengan Tini pun. Iesya ni aje yang sibuk. Iesya jadi orang ketiga dalam perhubungan mereka,ma." ujar ku lembut.

Aku memang layak dipanggil orang ketiga. Kehadiran aku bagaikan menagih simpati dan belas daripada Zafriel. Aku ni ibarat datang seperti sampah yang tak sedar bahawa dieinya layak untuk dibuang.

Kalau lelaki lain, jangan haraplah perempuan seperti aku akan diterima nya. Perangai tak serupa bikin. Awal dahulu, kau agungkan ego kau tapi bila kau ada masalah.. kau ibarat sampah sarap yang bersepah kat tepi jalan itu minta dikutip.

"Apa susahnya kalau awak kata cerai? Saya tak minta lebih pun kan?!" gertak ku marah.

Wajah Zafriel yang tak menunjukkan sebarang emosi itu buatkan rasa geramku makin menjadi. Ke hulur ke hilir aku berjalan. Semak. Aku sudah tak tahu nak fikir jalan apa lagi untuk buat Zafriel bencikan aku. Benci yang sangat-sangat benci.

"Kau tak tahu ke dosa kalau seorang isteri menuntut cerai pada suaminya? Kau tak takut ke semua itu?" mendatar Zafriel menghamburkan ayat muqadimmah nya itu.

Bukan menyapa rasa gentar, malah aku rasakan apa yang Zafriel katakan lucu belaka. Kelakar bila tengok budak lepasan tahfiz ungkit fasal dosa pahala. Itu aje yang kau tahu cakap. Dosa dan pahala?

Aku melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan sofa yang Zafriel duduki. Aku yang hanya berseluar pendek paras peha itu sudah bersilang kaki. Terserlah kulit putih mulusku. Kalau lelaki pandang, mesti mereka tercabar. Yurp.. seksi!

"Kenapa saya nak kena takut pula? Cuba awak beritahu saya satu sebab?" aku sudah menguji Zafriel.

Dia menarik sengih pendek. Wajah aku dipandangnya dengan sinis. "Jadi, kau tak takut dosa?"

Aku tersengih. "Of courselah takut. Perangai saya masih tak serupa setan lagi. Cuma, saya confius. Berdosa ke saya tuntut cerai pada lelaki yang langsung tak bahagia kan saya?" ujarku dalam nada perli.

"Aku tak tahulah kebahagian apa lagi yang kau nakkan."Zafriel bersuara tenang.

Aku berpeluk tubuh. Wajahnya aku pandang dengan rasa jengkel. "Kebahagiaan saya adalah bila awak lepaskan saya. Itu kebahagiaan yang saya mahukan."

Mengenangkan peristiwa itu, aku rasa diriku ini tersangatlah hina. Punyalah kejam ayat yang aku hamburkan pada lelaki itu. Sangat kejam. Kalau lelaki lain, mungkin mereka sudah hilang sabar tapi.. Zafriel, dia hanya diam dan terima saja perlian aku itu.

Dia tak pernah marah dan dia juga tak pernah melenting. Haih, kenapa aku tak nampak semua itu?

"Jadi, kamu nak biarkan Zafriel kahwin dengan Tini. Kamu yakin kamu sanggup hadapi semua itu?" soal ibu sperti menduga ku.

Dahiku berkerut. Senyum palsu ku aku ukir. "Kenapa ibu cakap macam itu? Iesya bukannya sukakan Zafriel pun." ujarku berbohong.

Yakin ke kau tak ada hati pada Zafriel, Iesya oit?

"Kamu tipu perasaan kamu sendiri. Kamu sebenarnya dah mula sayangkan Zafriel kan?" duga ibu ingin tahu.

Tergamam aku dibuatnya. Tak semena-mena pandanganku aku alihkan ke tempat lain. Huh?!
...
Beg pakaian yang terakhir aku susun ke dalam bonet kereta Myvi ku. Setelah merasakan kelengkapan aku semuanya lengkap, aku terus mengatur langkah menuju ke arah abah dan ibu.

Semalam, abah baru sahaja pulang daei Brunei. Malam itu, aku luangkan masa sebaik-baiknya dengan abah dan ibu. Kami banyak bergurau senda dan bergelak tawa.

Bila aku fikirkan balik, aku tak banyak luangkan masa bersama dengan abah dan ibu. Mungkin, kerana itulah mereka rasa kesunyian. Mungkin.. aku tak dapat jaga diorang sentiasa tapi aku harap kasih sayangku akan selalu terpahat untuk mereka berdua.

"Iesya pergi dulu, abah." ucapku sambil mencium tangan abah lembut. Belakang kepalaku abah sapu perlahan . Aku sekadar membiarkan.

Wajah ibu yang sedari tadi menunjukkan riak risau menyapa pandanganku. Bibirku mengukir senyum nipis. Bahunya aku urut perlahan.

"Kenapa ni, bu?" soalku.

Kedua-dua belah tanganku ibu gapai lalu digenggamnya erat. "Kamu yakin taknak ibu temankan kamu? Boleh ke kamu duduk seorang dalam rumah itu?"

Aku menganggukkan kepala. "Ibu janganlah risau. Anak ibu ni dah besar. Bakal jadi mak orang pula itu. Tak payah nak fikir sangat." sengaja aku memujuk mereka supaya tidak terlalu resah.

"Memanglah sudah besar tapi Iesya itu perempuan. Mana taknya kami tak risau."giliran abah pula mencelah. Terus pandanganku aku alihkanpada abah. Bibirku mengukir senyum nipis.

"Haih, abah ni. Iesya ni kuat tau. Ibu lupa ke Iesya dah berapa kali masuk hutan? Okey aje? Still cantik, still gorgeous."sengaja aku selitkan lawak hambar pada butir bicaranya.

Walaupun tak ketawa, aku lihat senyuman kelat melakar di bibir mereka berdua. Setelah berjaya memujuk ibu, aku minta diri untuk pergi.

Perut kereta Myvi itu aku masuki. Enjin kereta dihidupkan. Perlahan-lahan kereta Myvi ku meninggalkan perkarangan rumah banglo abahku. Sempat kami berbalas lambaian sebelum akhirnya kereta yang aku pandu makin jauh dari kelibat mereka berdua.

Satu keluhan lelah aku lepaskan. Bunyi radio era yang bergema memenuhi kesunyian dalam kereta, aku biarkan. Baguslah ada radio era ni. Sekurang-kurangnya, adalah bunyi orang gelak-gelak bila aku sedang bersedih ni kan? Kan?

Malam semalam, aku buat keputusan untuk tinggal semula ke villa setingkat kami. Ya, tak elok aku tinggalkan rumah itu lama-lama. Sebagai seorang isteri, aku kena ada selalu kat rumah kan?

Lusa adalah hari perkahwinan Zafriel dan Kartini. Ada khabar angin mengata kan perkahwinan mereka akan diuar-uarkan secara besar-besaran. Akan ada program realiti yang menunjukkan perjalanan persepsi perkahwinan mereka itu. Semuanya atas permintaan Engku Ziemah.

Meriah bukan?
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now