Bab 10

32.6K 938 22
                                    

Keluar sahaja dari perut kereta jenama Myvi yang aku pandu, terus mataku terpaku pada apa yang aku lihat. Bibirku menguntum senyum lebar apabila melihat dewan besar sudah ramai dengan para alumni yang satu badge dengan aku.

Farah dan aku saling bergandingan masuk ke dalam dewan besar. Makin senget senyumanku tatkala aku lihat ada beberapa mata menyinggah melihat sosok tubuhku. Pfft.. aku lupa nak ceritakan siapa aku sewaktu di universiti itu. Aku dahulu merupakan bekas ketua pasukan sorak universiti yang paling ramai diminati oleh lelaki.

Jadi, kerana itulah aku sering bertukar-tukar pasanganhampir setiap bulan. Bila bayangkan zaman kegemilangan masa itu, aku rasa bangga. Hmm.. tapi nampaknya kecantikan dahulu ku itu aku masih kekalkan sampai ke hari ini. Buktinya, masih ramai lagi mata memandang aku yang malam itu mengenakan dress merah kelabu paras lutut. Cantik? Of course!!

Makin memasuki dewan, lagu rancak yang membingitkan telinga makin menyapa halwa telingaku. Ya, itu yang aku mahukan. Rasanya sudah lama aku tak dengar lagu-lagu begitu selepas berlakunya penceraian antara aku dengan Zafriel.  Nak berehat daripada dunia setan untuk seketika.

Masuk sahaja ke dalam dewan, makin meleret senyumku. Aku lihat beberapa tetamu sedang menari sakan di tengah dewan. Ramai dan kebanyakannya aku sangat kenal. Beberapa gadis gediks yang lain menyapa aku dan kami sempat berborak gitu-gitu sebelum..

"Hye, babe.."sapaan suara dalam itu buatkan mataku beralih pada sesosok tubuh sasa seorang lelaki.

Farah yang berada di sebelahku sudah menjeling bila lihat wajah lelaki itu. Semak. Itu apa yang Farah rasakan ketika ini.

"Hmm, hye Eric." bila ada yang tegur, aku pun menggatal nak tegur. Aku takkan lupa siapa Eric sepanjang aku menjadi pelajar di universiti ini. Lelaki yang tak putus-putus mahu memikatku dan lelaki yang tak pernah berjaya tercalon sebagai ex-boyfriend aku.

"Can we talk for a while. I saja nak chill-chill with you. Lepaskan rindu." ayat pemanis itu Eric tuturkan. Huh, sama macam dulu. Masih nak memikat..

Aku berpandangan dengan Farah buat seketika. Jelas kelihatan riak wajah menyampah bermain pada wajah Farah bila Eric ada depan mata. Yurp, Farah memang anti dengan Eric kerana sikap playboy minta kakinya itu...

"Hmm.. aku nak pergi jumpa dengan Nadia and the gang. Nanti I will go to you." ujar Farah sebelum pergi. Sempat jelingan membunuh dia hadiahkan pada Eric namun lelaki itu balas dengan sengihan perli. So sexy..

Aku jalan bergandingan dengan Eric menuju ke salah sebuah meja tamu berbentuk bulat yang disediakan. Di atas meja sudah tersedia dua goblet yang terisi jus orange. Bibirku melirik sengih melihatkan itu. Aku tahu itu pasti kerja Eric.

"So, you memang dah prepare awal-awal semua ni untuk I ke, Eric? How sweet, you.."pujiku dalam perli sambil melabuhkan punggung di atas kerusi. Eric duduk mengambil tempat kosong di sebelahku.

"Of course, I know you akan datang. You kan suka tempat-tempat macam ni? Betul kan, babe?"

Aku hanya menyungging sengih. Walaupun Eric ni boleh tahan juga orangnya namun hatiku langsung tak terdetik untuk jadikan dia sebagai kekasih. Lelaki itu digilai ramai namun masih mengharap aku membalas cintanya.. Pfft..

"I dengar you dah bercerai dengan husband you so...erm, bolehlah lepas ni I kacau daun nak meminang you sebagai isteri I kan?"ujar Eric sambil menghidangkan goblet itu ke hadapanku. Sebingkis senyuman penuh makna Eric berikan.

Aku berlagak tenang. Ya, aku tahu kebanyakan di sini sudahpun dengar fasal penceraian aku dengan Zafriel itu. Di akhbar dan majalah juga, tajuk penceraian kami menjadi tajuk utama. Zafriel itu figura umum dan dia juga merupakan cucu kepada Engku Ziemah, ahli perniagaan paling tersohor di Malaysia jadi memang berita peribadi lelaki itu akan dijual akhbar kepada pembaca.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now