EPILOG

76.3K 1.6K 113
                                    

p/s》

Sebelum saya menamatkan cerita ni, saya harap anda semua dapat terima suatu kenyataan. Tak semua kisah cinta berakhir bahagia. Tak semua kisah cinta berakhir dengan rasa gembira. Kadang, kita perlu mendongak realiti yang mungkin pahit. Tidak untuk melepaskan-Mu, mungkin sama seperti cerita yang lain. Cliche..

Cerita cinta dua hati yang tak nak mengaku perasaan sendiri. Bila benih cinta tersemai,  mereka cuba untuk memiliki. Namun, siapa mereka untuk tidak mengikut ketentuan yang telah pun ditetapkan oleh Ilahi?
...
Lima tahun kemudian,

Para wartawan sudahpun mulai memenuhi ruang kosong yang terdapat dalam bilik kecil itu. Sesi penyerahan syarikat itu sangat didahagakan oleh mereka yang mahukan cerita trending dan terkini. Berita di mana Engku Ziemah akan menyerahkan Syarikat Ziemah Holdings pada Engku Zafriel Syeikh.

"Hari ini merupakan hari paling bersejarah buat Syarikat terkemuka di Malaysia yang tidak begitu asing dalam medan perniagaan pada masa kini. Nama Syarikat Ziemah Holdings yang diterajui oleh Engku Ziemah Dhia binti Engku Arfar Khur ini sangat banyak mencipta kejayaan bukan saja di dalam Malaysia malah juga di luar negara.

Tanpa kita membuang masa,  kita menjemput Engku Ziemah untuk naik ke pentas bersama-sama cucu tunggalnya,  Engku Zafriel Syeikh." tutur MC yang bertugas pada ketika itu.

Langkah kemas disusunnya memanjat pentas. Para wartawan yangberada di bawah tak putus-putus menangkap gambarnya. Sebingkis senyuman nipis Zafriel hadiahkan pada para tetamu yang hadir. Engku Ziemah yang turut jalan bergandingan dengannya juga turut menghambur kan segaris senyuman.

"Terima kasih atas kesudian anda semua untuk hadir ke majlis kami ini. Saya rasa terharu kerana anda sudi meluangkan masa bersama dalam majlis penyerahan syarikat yang sudah hampir 20 tahun saya bangunkan dengan arwah suami. Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih." ujar Engku Ziemah dengan tenang dan lancar.

Ucapan ringkasnya itu disambut dengan tepukan gemuruh para tetamu. Sebuah anggukan kecil dia berikan tanda terima kasih.

"Hari ini, saya Engku Ziemah Dhia binti Engku Arfar Khur akan menyerahkan syarikat yang telah saya terajui hampir beberapa dekad kepada cucu tunggal saya, satu-satunya cucu yang saya miliki.. Engku Zafriel Syeikh. Bagi saya, beliau layak untuk mentadbir syarikat ini berdasarkan pemerhatian yang telahpun saya buat selama ini."tambah Engku Ziemah sambil melirik memandang wajah tenang Zafriel di sebelahnya.

"Keputusan ini juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada beberapa rakan kongsi kami. Bagi kami, Zafriel sudahpun cukup matang untuk mengendalikan syarikat tersohor yang telah kami bangunkan bersama. Tanpa saya membuang masa, saya lantik Engku Zafriel Syeikh sebagai pengurus sekaligus pengarah  baru kepada Syarikat Ziemah Holdings." ujarnya lalu menghulurkan salam kepada Zafriel.

Zafriel mengangguk kecil. Huluran salam nendanya itu disambut lalu bibirnya mengucapkan terima kasih kepada nendanya dalam nada berbisik. Tidak cukup itu, tubuh wanita itu dipeluknya lembut. Engku Ziemah tergamam dengan tindakan Zafriel tersebut namun perlahan-lahan bibirnya menguntum senyum nipis.

"Thanks nenda, sebab berikan kepercayaan ni pada Zaf." ujar Zafriel dalam nada terharu.

Engku Ziemah melirik senyum bangga. Bahu Zafriel ditepuknya perlahan. "Nenda tahu kamu sudah cukup matang untuk semua perkara. Dan, nenda yakin yang kamu takkan hampakan harapan nenda."balas Engku Ziemah.

Zafriel menarik nafas dalam. Wajahnya dihadapkan ke hadapan semula. Dengan penuh yakin, senyumannya terlukis di birai bibir. Halwa telinganya sempat menangkap beberapa suara yang mengucapkan tahniah padanya.

"Tahniah Engku Zafriel kerana berjaya mengambil alih syarikat hebat yang telah berbelas tahun diterajui oleh nenda Engku Zafriel. Adakah nanti Engku Zafriel akan membuat sebarang perubahan?"soal salah seorang wartawan yang berada di barisan hadapan.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now