BAB 30

41.8K 1K 12
                                    

"Aku terima nikahnya Nurul Fatihah binti Furhad Azmi dengan mas kahwin bernilai RM940 dan seperangkat alat solat dibayar tunai."
Lafaz akad nikah yang meluncur keluar dari mulut Adam itu berjaya mengundang rasa sebak dalam dadaku.

Sedari tadi, aku langsung tak melepaskan tangan Fatihah daripada genggaman tanganku. Terasa semuanya ibarat mimpi. Huh.. aku rasakan Fatihah masih kecil lagi tapi kenyataannya dia bukan lagi si kecil manja yang aku suka usik tetapi dia kini sudahpun bergelar isteri kepada lelaki bernama Adam Aiman.

Air mataku mengalir saat pipiku dikucup oleh Fatihah. Terus sahaja tubuhnya aku peluk erat. Hmm.. aku masih rasa tak percaya yang adik aku sudahpun ada kehidupannya sendiri. Fatihah membalas pelukan ku.

"Tak sangka yang adik akak dah besar. Hmm.. sayang dia.." ucapku bersisa sendu sedih.

Ibu di sebelahku sudah mengurut belakangku. Berkali-kali wanita itu meminta aku untuk aku tidak menangis. Tak boleh. Yurp, memang tak boleh. Rasa terharu aku pun masih belum habis lagi.

"Akak, sekurang-kurangnya kita dapat luangkan masa bersama kan? Pergi PD itu semua. Betul kan?"ujar Fatihah cuba memujukku. Belakang ku diurutnya perlahan.

"Hmm.. mesti lepas ni kita susah nak spent time sama-sama kan? Tak boleh nak mengusik adik akak lagi. Huh.."keluhku. Pelukan erat tadi aku lepaskan.

Fatihah menganggukkan kepala. Tangan kanannya tak semena-mena diangkat lalu menyeka air mataku yang berbekas di pipi. Sebak. Sedih. Semuanya bagaikan bergumpal dalam hati aku.

Ekor mataku terpandangkan kelibat Adam yang sudah datang mendekati Fatihah untuk upacara pembatalan air sembahyang. Aku ingat Adam Aiman ni biasa-biasa sahaja tapi rupanya boleh tahan jugalah. High taste juga adik aku ni rupanya. Hahah..

"Hmm.. tengok tu. Suami Fati datang tu. Haha.. malu pula dia. Cubit kang." usikku. Pipi Fatihah yang sudah merona merah itu buatkan aku geli hati. Comel betullah adik aku itu.

Senyumanku lebar sahaja bila lihat kemesraan yang terjalin antara Adam dengan Fatihah. Semasa upacara sarungkan cincin pun, gelagat mereka nampak comel. Hmm.. aku pula yang rasa jealous tengok nya.

Ekor mataku mengalih memandang ke arah kelibat seorang lelaki yang duduk bersila tidak jauh dariku. Wajahnya yang turut sama gembira melihat gelagat mesra Adam dan Fatihah itu aku pandang sejenak. Manis. Kenapa aku baru sedar senyuman manis milik Zafriel?

Lelaki itu segak menggayakan baju melayu berwarna unggu. Sangat padan digayakan pada tubuhnya. Tak semena-mena bibirku mengukir senyum tipis.

Suasana mulai riuh rendah bila nyanyian lagu jiwang rabak mata didendangkan oleh beberapa penyanyi tanah air yang hadir. Yurp, Adam merupakan pengusaha dan dia juga kenal dengan beberapa artis jadi kebanyakan artis yang datang adalah kawan rapatnya.

"Hye, auntie Sophia.."sapaku merapati wanita lingkungan 40-an yang ketika itu sedang asyik bersembang sakan dengan ibu dan Fatihah.

Wanita itu tersenyum memandang ku. "My anak buah. Ermm.. lama tak jumpa. How you now, is it okay?!" soalnya selesai sahaja berpelukan gedik denganku.

Aku membalas dengan anggukan. Lengannya aku peluk. Memang, sejak kecil lagi aku memang manja dengan Auntie Sophia. Dia tersenarai wanita yang aku idolakan. Yurp. Kenapa? Kerana dia.. boleh berjaya tanpa seorang lelaki di sisi.

Dalam usia yang masih, dia berjaya membangunkan sebuah empayar perniagaan kosmetik yang terkenal sampai ke negara Eropah. Kerana dialah, aku pernah bercita-cita untuk menjadi andartu terlajak namun itu hanya perancangan Tuhan.

Selepas aku berkenalan dengan Thaqif, cita-cita aku mahu menjadi Andartu Terlajak itu tak menjadi kenyataan. Huh.. kita hanya manusia yang mampu menyusun kemahuan namun kehendak Tuhan itu mengubah segalanya.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu