BAB 37

34.6K 973 6
                                    

Dua hari sudahpun berlalu, maka sudah hampir dua hari jugalah aku tinggal serumah dengan Zafriel. Untuk setakat ini, hubungan kami masih baik lagi. Mungkin boleh dikatakan lebih baik daripada yang lepas.

Kalau dahulu, belum sempat sehari usia perkahwinan kami.. aku sudah keluar merewang dengan kawan aku. Keluar pukul 7 pagi, balik pula kadang sampai terlajak pukul 2 pagi. Itupun, perlu disuruh balik baru lah aku akan balik. Yurp, aku masih muda waktu itu. Perangai pun masih tak matang.

Selesai sahaja mengemas rumah, aku terus berlalu ke ruang tamu. Sambil itu, telefon pintarku aku belek. Entah kenapa, mood nak membaca berita semasa aku itu tiba-tiba sahaja datang. Baru buka akhbar online itu, mata aku terpaku pada tajuk utamanya.

'PERHITUNGAN HARI BAHAGIA ENGKU ZAFRIEL SYEIKH DAN PASANGANNYA.'

Aku ketap bibir lalu satu keluhan berat aku lepaskan. Isi kandungan artikel itu aku baca dengan khusyuk. Entah kenapa, perasaan ku jadi bercampur baur. Pilu? Sedih? Yang pasti, bukannya gembira.

Apa yang kau nakkan sebenarnya Qaliesya? Tak cukup lagi Zafriel dah bertanggungjawab sepanjang kau mengabdung ni dan sekarang kau nak minta lebih lagi ke? Kau nak Zafriel jadi milik kau pula sekarang ni?

Huh?!

Masa dia ada dengan kau dulu, kau sia-siakan dia. Kau abaikan dia. Kau bencikan dia.. Dan sekarang? Bila dia dah nak jadi milik orang lain, kau terhegeh-hegeh buat drama sembilu kasih kat sini. Pfft..

Gambar online di mana Zafriel merangkul pinggang Kartini buatkan perasaanku jadi pedih. Perit. Mataku pula sudah pun berbirai air mata. Hanya mampu menghitung detik, untuk jatuh membasahi pipi.

Nope, Qaliesya! Nope!! Kau.. hanya isteri sementara Zafriel. Tak kurang dan juga tak lebih. Bila anak itu lahir, maka kau bukan lagi sesiapa buat lelaki itu. Isteri pun tidak, kawan pun tidak. Enough!

Tapi..

Lamunanku mati apabila mendapat pesanan whatsapp daripada nombor Zafriel.

'Kau kata harini kau nak buat check up kan? Erm.. aku otw nak balik rumah jemput kau.'-Zafriel.

Tergamam aku bila baca pesanan nya itu. Aik, bila masa pula aku minta dia jemput aku? Ermm.. tak ada rasanya.

'Tak payahlah. Saya dah biasa buat check up sendiri. Awak jangan risau. Awak kerjalah. Cafe awak siapa nak jaga.'-kirim.

'Kau jangan kesah fasal cafe itu. By hook or by crook, aku akan pergi temankan kau juga. Jangan nak membantah.'-Zafriel.

'Tak payah. Lagipun, saya nak pergi public clinic.. awak tak takut ke kalau orang syak apa-apa kalau kita pergi berdua?'-kirim.

Untuk seketika, mesej itu tidak dapat jawapan. Bibirku menguntum senyum nipis. Ya, aku rasakan Zafriel pasti akan mengalah. Walau apapun, public tak boleh tahu fasal perkahwinan rahsia antara aku dan Zafriel. Kalau public tahu dan berita itu sampai pada Engku Ziemah.. mungkin padah jawapannya.

Bukan setakat aku saja yang kena malah keluarga aku, business papa juga akan kena penangannya. Huh! Aku taknak macam itu.

'Haha.. itu benda senang. Aku bawa kau buat check up kat klinik swasta. Kat situ, tak ramai yang tahu. So, tak ada kata 'tidak' eiyh?'-Zafriel.

Buntang aku bila baca pesanannya itu. Ya Allah! Gigih betullah mamat yang seorang itu nak teman aku buat pemeriksaan? Dia fikir best ke pergi klinik itu? Sudahlah bau ubat.. hmm, bosan pula itu.

'Zaf, janganlah. Saya risaulah. Please.. bagi saya pergi seorang.'-kirim.

Telefon pintarku aku tepuk perlahan pada tapak tanganku. Aku menanti jawapan daripada Zafriel. Lama aku tunggu dia balas whatsapp aku. Hanya bluetick saja sekarang ni. Huh!

Tak semena-mena telefonku berbunyi menandalan ada pesanan yang masuk. Bingkas, aku buka pesanan tersebut.

'You're late. Aku dah ada kat depan rumah dah pun.'-Zafriel.

Tergamam aku sejenak. Serta-merta, aku berlari ke pintu rumah. Perlahan-lahan pintu rumah aku buka dan kelibat Zafriel sedang berdiri di muka pintu dengan muka jengkelnya, aku pandang.

"So, cepatlah siap sekarang." selamba dia menghamburkan bicara nya.

Aku ketap bibir. "No. Saya taknak kita berdua dalam masalah nanti. Awak kena tahu yang awak itu model, public figure."ujarku dalam nada risau.

Zafriel sekadar menyungging sengih. Wajahku dipandangnya redup. "Aku tak kisah pun asalkan aku.. dapat teman anak aku buat check up. It's okay."

Terpaku aku bila dengar ayatnya itu. Sungguh, ianya menusuk hati aku. Syahdu. Dan.. aku bangga. Yurp, bangga kerana dalam perut aku ada anaknya.

Mesti anak aku bangga dapat dia sebagai ayah.. kan?
...
Selesai sahaja aku buat check up, aku terus menuruti doktor tersebut ke mejanya. Di situ, kelibat Zafriel yang berhoodie dan menutup separuh wajahnya dengan mask aku pandang sepintas lalu.

Yurp, rimas? Tapi.. ini semua untuk kebaikan aku, dia dan juga anak ni. Kalau Zafriel teman aku macam itu aje, habislah aku dan dia.. yang paling buruk, habislah keluarga aku nanti.

"Macam mana keadaan anak saya, doktor?"soalku sudah memfokuskan seluruh pancaindera ku pada doktor wanita itu.

Sebuah senyuman dia berikan pada aku lalu matanya dialihkan pada Zafriel pula. Zafriel sedari tadi asyik menundukkan pandangan saja.

"Anak puan okey saja. Mungkin dalam masa beberapa minggu ni, puan akan dapat rasakan pergerakan anak puan. Alhamdullilah, anak puan sihat saja." jelas doktor tersebut masih tak luntur dengan senyuman.

Terus aku mengucap syukur. Reaksi Zafriel di sebelahku, aku langsung tak sedar. Gembira punya fasal. Hmm... tak sabar rasanya nak menanti pergerakan anak aku itu. Erm.. tendang tumbuk bagai. Haih, nak merasalah juga.

Keluar sahaja dari bilik rawatan itu, aku dan Zafriel bergegas ke cafe klinik tersebut. Tiba-tiba pula aku rasa lapar lepas buat check up. Erm.. ke baby yanh lapar ni? Ahaha..

Kami mengambil tempat yang agak tersorok sedikit.. Aku dan Zafriel duduk berhadapan maka situasi itu tersangatlah awkward.

"Panas. Tak sangka, teman buat check up boleh seksa macam ni."rengek Zafriel sambil membuka mask yang menutupi mulutnya.

Aku tersengih perli bila dengar keluhannya itu. Haha.. itulah, siapa suruh nak sangat teman aku pergi klinik, kan dah mengeluh?

"Saya dah beri amaran awal-awal kan tadi? Awak yang berdegil nak teman saya. Awak tanggunglah."perlianku sengaja aku pedaskan.

Sekejap saja wajahnya memuncung dan tak lama lepas itu, bibirnya menarik sengih panjang.
"Tapi, sekurang-kurangnya.. aku dapat dengar anak aku okey kan? Itu dah cukup memadai untuk bayar semua yang aku rasa ni." ujar Zafriel dengan nada yang sukar untuk aku tafsir.

Kelu lidah aku bila dengar dia kata kan begitu. Ketika aku memandang lama wajahnya, ketika itu jugalah Zafriel turut mengalihkan ekor matanya memandang aku. Cepat-cepat, aku larikan ekor mataku.

Dadaku yang tiba-tiba sahaja berdebar kencang, aku pegang. Kuat dan cepat.

Kenapa aku boleh jadi macam ni?
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now