Bab 2

49.1K 1.3K 12
                                    

Puan Ainun menghampiri suaminya yang ketika itu sedang leka sibuk dengan kerja pejabatnya. Sejak pagi tadi, punggung suaminya itu langsung tak berganjak dari kerusi yang terletak di taman mini mereka. Kadang, kasihan juga melihat suaminya itu.

Encik Furhad Zamri memang seorang yang kuat bekerja. Tak kiralah siang atau malam, lelaki itu akan sentiasa dihujani dengan panggilan telefon, fail dan apa-apa saja yang berkaitan dengan kerja. Ditambah lagi dengan berita bahawa Engku Ziemah, nenda kepada Zafriel menarik bantuan kewangan daripada terlibat dengan perniagaan suami nya. Itu yang makin menambah keresahan dalam hati Puan Ainun.

"Abang, ini saya ada bawakan kopi susu untuk abang. Minumlah." jemput Puan Ainun.

Cawan yang berisi kopi susu itu dihidangkan bersebelahan komputer riba suaminya. Kemudian, wanita itu melabuhkan punggung di hadapan suaminya.

Encik Furhad memandang wajah isterinya itu untuk seketika sebelum terbit segaris senyuman di bibirnya. Senyuman itu menandakan kegembiraannya atas perhatian isterinya itu. Kaca mata yang dipakai nya sedari ditanggalkan lalu diletak kan di atas komputer ribanya. Kopi susu yang dibuat Puan Ainun dihirupnya tertib.

"Abang ni janganlah kuat sangat bekerja. Nanti, kalau sakit.. hati Ainun jadi risau tau." keluh Puan Ainun yang sudah berkerut resah. Siapalah yang tak risau kalau suami yang dikasihi sakit?

Tertawa kecil Encik Furhad bila dengar leteran kecil isterinya. Wajah isterinya itu dipandang.

"Ainun, kalau abang tak bekerja kuat, siapa yang nak tanggung kita makan? Haih, Ainun ni pun."

"Yalah tapi kerja itu pun kena berpada juga bang. Kalau dari pagi sampai ke petang abang asyik menghadap laptop aje, takut-takut rabun abang tu makin teruk jadinya." bebel Ainun. Bukannya apa, membebel dia itu pun sebab dia taknak orang yang dia sayang itu sakit.

Encik Furhad menarik nafas panjang. "Nak buat macam mana, Ainun.. semenjak Engku tarik balik bantuan dia, abang kena juga cari bantuan lain. Kalau tak, habis bisnes abang nanti." ujar Encik Furhad perlahan.

Bukan dia tak kenal Engku Ziemah. Wanita itu memang seorang yang tegas dan muktamad pada apa yang dibicaranya. Jangan harap dapat berunding kalau wanita itu sudah buat keputusan. Kalau A putusnya, A jugalah orang lain kena ikut. Mengeluh berat Encik Furhad dibuatnya.

Selepas penceraian Qaliesya dengan Zafriel, wanita itu terus menarik beberapa bantuan yang telah disumbangkannya sebelum ini. Sudahlah sebahagian besar dari projeknya itu ditambung oleh bantuan wanita itu.. mati akal juga Encik Furhad dibuatnya. Namun, nak buat macam mana.. kalau dah jodoh anak daranya itu sudah singkat, nak pertahankan pun takkan boleh.

Rasa bersalah mulai menyerbu perasaan Encik Furhad. Kadang dia rasa bersalah pada Qaliesya. Kerana perjanjiannya dengan Engku Walid, ayah Zafriel.. dia terpaksa babitkan anak perempuannya itu ke kancah perkahwinan.

"Anak kau dah besar kan sekarang, Furhad? Cepat betul masa berlalu.. aku masih ingat lagi, terasa macam semalam aku dukung dia." ujar Engku Walid. Kata-katanya diselangi dengan batukan perit.

Encik Furhad yang berada di sebelah Engku Walid sudah buat muka risau. Belakang Engku Walid ditepuknya perlahan. Berharap agar bantuan kecilnya itu dapat meredakan batuk yang sedari tadi asyik menerpa teman baiknya itu.

"Kau ni, Walid. Jangan dipaksakan sangat mulut itu bercakap. Sepatut nya kau perlu banyak berehat. Macam mana kau nak sembuh, kalau asyik bercakap dengan aku aje memanjang?!" tutur Encik Furhad kerisauan.

Mana tak risaunya. Makin hari, kesihatan teman baiknya itu makin memburuk. Langsung tak menunjuk kan tanda-tanda yang dia akan sembuh. Selepas kemalangan beberapa bulan yang lalu, isteri Engku Walid mati di tempat kejadian manakala kawannya itu pula lumpuh bahagian kaki. Sejak dari itu, Engku Walid tak pernah sembuh.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now