BAB 33

34.8K 908 1
                                    

Sudah hampir seminggu usia perkahwinan Adam dan Fatihah. Aku tumpang gembira melihat kegembiraan adik aku. Setiap hari, dia tersenyum gembira saja. Tak ada secalit pun beban masalah atau duka di wajahnya.

Jika nak dibandingkan aku dengan Zafriel dulu? Hmm.. lebih banyak duka daripada gembira. Bukan kerana Zafriel melayan aku kasar cuma.. keegoaan aku itu yang membunuh rasa bahagia aku bila bersama Zafriel. Sehingga, aku tak dapat merasakan nikmat perkahwinan itu.

Fatihah memeluk ibu erat sebelum kemudiannya tubuh abah pula didakapnya. Aku yang melihat sekadar menggelengkan kepala. Sebak lah juga tengok keadaan yang bagiku sangat syahdu.

Mana taknya, hari ini mereka berdua akan terbang ke Switzerland untuk berbulan madu. Bukannya dua tiga minggu tetapi dua bulan lebih. Haih.. tak dapatlah aku nak mengusik adik aku yang memang seorang itu. Tak dapat nak tengok perangai manja minta kakinya itu.

"Kamu berdua kat sana itu, baik-baik sikit. Switzerland tu bukannya macam kat Malaysia.. Hmm, Am.. jaga anak abah ni baik-baik." nasihat abah sudah buat muka tegas.

Abah memang macam itu. Kalau sayang anak, dia takkan tunjuk.. cool aje. Tapi, siapa tahu kasih seorang ayahnya terpendam dalam jiwanya. Jauh di mata, namun dekat di hati. Itulah pepatah menggambarkan kasih sayang abah pada kami berdua.

Adam sekadar menyungging sengih. Bahu Fatihah dipeluknya lembut sambil matanya mengerling ke arah isteri tercinta. Mereka kemudiannya sama-sama tersenyum bila pandangan mata mereka bertaut. Comel aje.

"Abah jangan risau. Fati ni penting dalam hidup saya, tanpa dia.. siapa lah saya ni."dia sudah hamburkan ayat cia-cia versi 2016 nya itu.

"Ha, jaga dengan sepenuh hati tau. Dia still adik aku, so.. siap kau kalau ada apa-apa jadi kat dia. Ni makan dia." penumbuk padu aku tayangkan depan muka Adam. Mengugut gitu.

Adam sudah mencebik. Fatihah pula sudah merona merah. Malulah itu..

"Uih, garangnya akak ipar. Erm.. nasib baik bini abang tak garang. Kan?"spontan dia mengerling manja pada Fatihah.

"Belum nampak lagi, Am. Nanti dah dua bulan itu..ha, baru Fati tu tunjuk belang."sampuk ibu sengaja mengusik Fatihah.

"Ibu.. jangan lah cakap macam itu!" Fatihah sudah merengek sambil menghentak kaki manja.

Rengekan Fatihah itu mengundang tawa besar kami sekeluarga. Pandangan orang sekeliling langsung kami tak pedulikan. Kalau berkumpul macam ni sekali-sekala memang seronok. Haih, dah lama pula aku tak merasa suasana macam ni. Meriah semacam..

"Ha, flight kamu berdua dah nak fly kan? Hmm.. cepatlah berkemas, nanti tak adalah tergesa-gesa sangat." celah abah.

Fatihah dan Adam sekadar menganggukkan kepala. Aku pula sudah menyungging sengih senget. Sedih tapi nak buat macam mana.. Fatihah adalah tanggungjawab Adam sekarang jadi, dia kena juga ikut Adam.

Untuk kali terakhir, Fatihah mencium kedua-dua belah pipi ibu dan abah. Setelah itu, matanya memandangku dengan perasaan serba serbi. Tanpa aku sedari, tubuhku dipeluknya erat. Tergamam aku dibuatnya. Namun, perlahan-lahan aku balas pelukannya.

"Jaga diri baik-baik tau kat sana. Fati kena ingat yang sekarang ni Fati dah besar, dah jadi isteri orang dah pun.. perangai itu jaga. Kalau Am ada luka kan Fati, jangan segan silu bagitahu kak Iesya. Biar Kak Iesya selesaikan dia untuk Fati. Okey?!"sempat lagi aku selitkan nama Adam dalam hamburan ucapan syahdu aku itu.

Adam sekadar tersengih sumbing. Namun, terpaksa dia diamkan. Tak apa. Bukan hari ni aje dia boleh balas, hari lain pun dia boleh balas. Buat masa sekarang dia beri peluang Qaliesya dengan Fatihah dulu.

Fatihah tersenyum nipis. Air mata yang berbirai jatuh membasahi pipi disekanya.

"Akak ni...susah betullah nak dapat feeling-feeling sedih tau bila dengan akak. Orang baru nak nangis tapi akak potong line. Baru nak feel." seloroh Fatihah. Kata-katanya mengundang tawa kecilku begitu juga dengan yang lain.

Aku meleraikan pelukan lalu kedua-dua belahnya aku pegang. Wajahnya aku pandang. Tak semena-mena jari jemariku menyeka air matanya.

"Orang nak pergi honeymoon mana boleh sedih-sedih. Honeymoon tu best tau.. lagi-lagi bila bersama dengan orang yang kita cinta."ujarku sempat kerling mengusik pada Adam.

"Ha, betul itu.. sayang."Adam turut menyokong pendapatku.

Terus jelingan tajam Fatihah berikan pada Adam. Adam terus mengalih kan pandangan ke tempat lain.

"Ibu, betullah. Fati dah tunjuk belang kat Am lah, bu."sakat Adam.

Terus  Fatihah mencubit lengan Adam geram. Isy, mengadu pula mamat ni. Kan dah kena?! Gelagat laki bini itu sekali lagi mencetus gelak tawa kami bertiga.

"Hmm.. haih, kalau melayan karenah kamu berdua ni. Sampai ke lusa, kita kat sini. Hmm.. cepatlah. Flight kamu itu pun dah nak gerak itu." celah abah sambil membelek papan tinjau pelepasan.

Selesai sahaja kami berpelukan, Adam menarik lembut tangan Fatihah. Sebelum menjauh, sempat Fatihah memberikan lambaian selamat tinggal kepada kami. Terus, kami balas lambaiannya itu sehingga lah mereka berdua hilang daripada pandangan.

Abah tak semena-mena memeluk bahu ibu lalu menarik ibu merapati nya. Aku sekadar meleret senyum melihat kemanisan perhubungan mereka berdua.

"Ainun tak sangka yang anak bongsu kita itu dah besar. Hmm.. terasa seperti baru semalam Ainun tukar kan lampinnya."luah ibu dalam nada sebak.

Aku yang mendengar luahannya itu mengetap bibir. Wajah bersihnya aku pandang dengan rasa sebak. Mesti ibu rasa kesunyian sekarang..

"Haha.. kita ni yang makin tua sampai tak sedar semua itu. Nampaknya, lepas ni kita terpaksa lah hidup berdua kan?" balas abah. Jawapan abah makin memancing sebak di dada.

"Isy, abah ni. Janganlah cakap macam itu. Walaupun Fati tak ada tapi.. Iesya kan ada? Iesya akan jaga ibu dan abah. Okey?"sampukku. Tak sukalah dengar ayat sedih ni.

"Hmm.. entah sampai bila lagi kamu akan bersama kami Iesya. Kamu tu pun, pasti akan berkahwin. Kamu pun akan ikut suami kamu juga nanti." ajuk abah.

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Nope. Selagi Iesya mampu, Iesya takkan biarkan ibu dan abah keseorangan."ujarku tersenyum nipis.
...
Kereta Myvi yang aku pandu berhenti di persimpangan jalan. Sambil membelek lampu isyarat yang masih merah, mataku tak semena-mena terpandangkan papan tanda yang bertulis 'Mahkota Hills' yang berada di simpang sebelah kiri. Kawasan perumahan di mana rumah aku dan Zafriel yang dulu terletak.

Aku ketap bibir. Sudah lama rasanya aku tak mengunjungi rumah itu. Kali terakhir aku disana ialah sewaktu aku sedar daripada pengsan. Yurp, pengsan selepas saja aku dapat tahu Thaqif sudahpun berkahwin.

'Zafriel yang bawa kau ke sini. Dia yang jaga kau, rawat kau sepanjang kau tak sedarkan diri.'

Kata-kaya Farah itu tak semena-mena bermain dalam fikiranku. Bibirku tanpa sedar mengulit senyum tipis. Zafriel yang selamat kan aku?

Kenapa dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni, kenapa perlu dia? Adakah Tuhan mahu berikan petunjuk? Yurp, petunjuk bahawa jodoh aku dan Zafriel masih panjang?

Erk, ya ke?

Ponnnn!!Ponn!!

Terus aku tersedar dari lamunan bila kereta belakang sudah bunyikan hon. Serta-merta mataku aku kalih kan ke lampu isyarat. Terkejut beruk aku dibuatnya.

Pfft.. patutlah hon! Lampu isyarat sudah menunjukkan warna hijau. Segera aku menekan pedal minyak.

Stereng kereta aku pusing ke kiri. Gila? Yurp. Memang kerja gila?! Kenapa aku boleh terfikir nak datang melawat rumah itu?

Rumah aku dan Zafriel yang dulu itu?
...


Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now