Bab 39

33K 901 14
                                    

Suasana hening membelengu kami berdua. Hanya riuh suara pelanggan restoran sahaja yang menyapa halwa telinga aku. Aku masih diam sama seperti tadi sambil sesekali aku mengerling pada Zulaikha yang mengukir senyum nipis pada aku.

"Qaliesya nak pesan apa-apa tak? Saya belanja."pelawanya masih tak lekang dengan senyuman.

Aku menarik muka menyampah. Malas nak tengok muka perampas yang acah-acah baik depan aku. Dia fikir aku ni apa, orang yang senang terpujuk ke?

Sorrylah sis.. Sekali buat salah, jangan harap aku akan bagi kemaafan semudah itu. Kau senyumlah selebar manapun, aku takkan mudah terpujuk. No way.

"Nope. Aku taknak."mendatar sahaja aku membalas. Tak marah cuma nadanya tegas saja.

Senyuman Zulaikha terus luntur apabila mendengar jawapan tak sudi daripada aku itu. Satu keluhan kecil dia lepaskan lalu pandangannya ditundukkan ke bawah.

"Mesti awak marah sangat pada saya kan, Qaliesya?" duganya dalam nada kesal. Wajahku langsung tak ditatapnya.

Aku berpeluk tubuh. Wajah menyampah aku tayangkan. Huh! Harap sahaja bertudung labuh tapi hati kotor. Suka hidup atas kesusahan orang lain. Pfft.. buruk betul perangai.

"Baguslah kalau kau dah tahu. Tak payahlah, susah payah aku nak terangkan perasaan aku itu pada kau kan?"perliku dalam nada sinis.

Apa aku kisah? Aku takkan sesekali terdetik nak jaga hati musuh sendiri. Sekali orang dah buat tahi, jangan harap aku akan balas bunga. Kau nak bunga, perangai itu biar cantik sikit.

Zulaikha ketap bibir. Mungkin dia terguris dengan perlianku kali ini. Redup sahaja matanya. Entah kenapa, aku dapat baca rasa bersalah dalam hatinya. Hmm.. nope! Jangan senang tertipu Qaliesya.

Perlahan Zulaikha mengangkat wajahnya. Aku fikir dia akan buat muka marah atau apa.. namun, sangkaan aku meleset. Dia berikan senyuman nipis padaku. Senyuman yang terpendam seribu satu perasaan.

"Saya tak kisah kalau awak nak benci saya pun. Saya sendiri rasa diri saya patut dibenci oleh awak. Kalau saya jadi awak pun, saya takkan maafkan perampas yang dah rampas orang yang saya cinta."ujarnya dengan tenang.

"Kalau dah tahu, kenapa buat? Jangan buat muka tak bersalah, kalau kau sebenarnya bersalah dalam hal ni." gertakku sedikit kasar.

Gadis itu menarik nafas dalam lalu menghembuskannya perlahan. Wajah aku ditatapnya dengan pandangan redup. Senyumannya berubah sedikit kelat.

"Saya terpaksa kahwin dengan Thaqif. Sebelum saya kahwin dengan abang Thaqif, saya adalah guru tuisyen kepada adik abang Thaqif. Selepas beberapa bulan bekerja, saya dapat berita yang keluarga abang Thaqif lamar saya sebagai isteri dia. Waktu itu, saya betul-betul terkejut. Saya dengan abang Thaqif pun tak rapat mana malah kami berdua langsung tak bertegur sapa. Abang Thaqif sebenar nya langsung tak ada perasaan pada saya, Qaliesya. Dia masih ada hati pada awak."jelas Zulaikha panjang lebar. Bersungguh betul dia menjelaskan segalanya.

Tak semena-mena dahiku berkerut. Wajah Zulaikha aku pandang semacam tak percaya.

"Apa maksud kau? Kau nak cakap Thaqif masih sayangkan aku?"

Terus Zulaikha menganggukkan kepala. Air mukanya berubah kelat namun masih terlukis senyuman di bibirnya.

"Saya tahu selama abang Thaqif ada dengan saya, dia langsung tak cintakan saya. Dia kahwin dengan saya pun sebab terpaksa. Dia terpaksa cintakan saya, terpaksa terima saya sebagai isteri. Hmm.. semuanya sebab dia nak jaga hati mama dia." ujar Zulaikha dalam nada perlahan.

Tergamam aku bila dengar penjelasan daripada Zulaikha. Pelik. Kenapa tiba-tiba pula Zulaikha nak terangkan semuanya pada aku? Pfft..

Wajahnya yang sedikit sebak aku tatap. Dari riak wajahnya itu, aku dapat rasa dia sedang terbeban dalam masalah. Namun, aku cuba untuk buat tidak nampak. Peduli apa aku?

"Pelik. Kenapa kau nak kena jelaskan semuanya pada aku? Hmm.. fine. Thanks sebab kau jelaskan semua nya pada aku, jadi aku tahulah semuanya cuma salah faham. Tapi.. kenapa kau kena ceritakannya pada aku?"soalku pelik.

Zulaikha ketap bibir. Tak semena-mena, aku lihat air matanya jatuh. Terdengar sedu-sedan darinya membuatkan aku kelu lidah.

"Sejak abang Thaqif jumpa awak masa majlis itu, dia terus layan saya dingin. Semenjak itu, dia langsung tak bertegur sapa dengan saya, bercakap, makan minum.. hmm.. saya sedih. Dia buat saya macam tak wujud. Sedangkan, saya ni isteri dia." luah Zulaikha dalam nada syahdu.

Aku ketap bibir. Luahannya itu menjentik rasa kasihan dalam hati aku. Sekejam-kejam aku pun, aku faham apa yang Zulaikha rasa. Yurp, tak dipedulikan oleh suami sendiri memang sakit. Ditambah lagi, bila sudah timbul rasa sayang dalam hati.

Tak semena-mena, tanganku aku angkat lalu mengurut tangannya yang terletak di atas meja. Tergamam Zulaikha dibuatnya. Wajahku dipandangnya dengan air mata yang masih berbekas di pipi.

"Awak tak marah ke, Qaliesya?"

Aku sekadar menggelengkan kepala. "Tak. Saya tak marahkan awak pun. Dulu, memang Thaqif saya punya tapi.. sekarang dia milik awak. Saya tak ada hak nak marah awak. Hmm.. janganlah nangis."pujukku sambil mengusap bahunya lembut.

Pandangan Zulaikha makin kabur dengan air mata. Lebat air mata jernihnya mengalir membasahi pipi. Mungkin dia terharu dengan perangaiku yang tiba-tiba berubah murni ni.

"Terima kasih, Qaliesya sebab awak sudi maafkan saya."ucapnya sebak.

Aku sekadar mengukir senyum nipis. "Hmm.. sama-sama."ucapku masih ralit memujuknya.
...
Salam yang dihulur dari luar langsung tak bersambut. Dengan langkah perlahan, Zulaikha memasuki rumah banglo dua tingkat mereka. Suasana rumah sunyi seperti hari-hari lain. Kelam. Tak ceria. Tak sama seperti suasana semasa hari pertama dia menjadi isteri Thaqif.

Membayangkan hari itu, bibir Zulaikha mengukir senyum tipis. Yurp. Dia berharap agar hari itu dapat berulang semula. Hari di mana dia dapat lihat Thaqif senyum dan bergurau senda dengannya. Hari di mana Thaqif cuba untuk belajar mencintainya. Zulaikha mahukan semua itu semula.

Namun, siapalah dia untuk mengubah jalan cerita yang telah Tuhan tetapkan untuknya. Sekarang, keadaan jauh berbeza. Layanan dingin Thaqif buatkan hatinya terluka. Sakit. Namun, Zulaikha hanya mampu memendam rasa. Selagi, dia boleh bersabar.. dia akan bersabar.

"Kau pergi mana tadi?"dingin suara itu menyapa kedatangannya.

Serta-merta Zulaikha menoleh ke ruang tamu. Dia lihat kelibat Thaqif yang sudah duduk bersilang kaki menghadap jendela. Langsung wajah Zulaikha tak dipandangnya.

Zulaikha ketap bibir. Yurp, dia tak ada jalan untuk menipu. Lagipun, dia tahu yang Thaqif tahu semuanya. Zulaikha bukannya bodoh. Dengan mata kepalanya, dia nampak Thaqif bersembunyi di sebalik topeng Hello Kitty itu dan berikan Qaliesya belon berbentuk hati itu. Yurp, Zulaikha nampak semuanya.

"Abang sudah makan?"sengaja Zulaikha mengubah topik. Dia tidak mahu memperpanjangkan masalah.

Thaqif kacip gigi. "Kau jumpa dengan Iesya kan? Kau buat apa jumpa dia? Kutuk aku?Cerita buruk fasal aku?! Ha?! Jawablah perempuan!"jerkah Thaqif dengan nada kasar.

Langsung tiada sekelumit pun, rasa kasihan bersarang dalam hatinya. Bila benci bermaharajalela dalam hati, takkan mungkin dia akan jatuh belas pada gadis itu.

Air mata Zulaikha berbirai jatuh. Langkahnya mendekati Thaqif yang sudah berdiri menghadapnya. "Kenapa abang selalu tuduh saya? Sumpah! Saya tak pernah kutuk abang. Saya tak pernah cerita buruk fasal abang."ujarnya jujur diselangi sendu-sendan..

"Huh! Kau sapu air mata kau itu! Aku taknak tengoklah! Buat sakit mata aku aje." gertak Thaqif lalu tanpa rasa bersalah mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Zulaikha hanya mampu menyimpan sebak. Tangannya cuba menyentuh lengan Thaqif namun lelaki itu menepis kasar.

"Abang, saya.. masih isteri abang. Tolong jangan layan saya macam ni." pujuk Zulaikha.

Thaqif tersengih perli. Wajah Zulaikha dipandangnya sinis. Tak semena-mena pipi gadis itu ditamparnya perlahan.

"Huh, kau memang isteri aku tapi cuma atas kertas saja. Pfft.. tiba-tiba aku rasa menyesal ambil kau sebagai isteri aku."luah Thaqif dan terus berlalu meninggalkan Zulaikha di belakang.

Terpempam. Zulaikha akhirnya terduduk di atas lantai. Kata-kata Thaqif berjaya torehkan luka besar dalam hatinya. Sanggup lelaki itu kata begitu.

Hina sangat ke aku ni di mata dia? Salah ke aku jadi isteri dia?
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now