BAB 49

34.1K 965 28
                                    

Selesai sahaja membeli barang makanan di pasar besar Giant, aku tidak terus melangkah menuju pulang ke rumah malah.. aku membawa diri menuju ke tasik berdekatan.

Esok akan menjelang hari bahagia Zafriel dan Kartini. Mengenangkan perkara itu, aku hanya mampu tersenyum kelat. Semalam. Sepanjang hari, aku sibukkan diri mengemas, mencuci dan memasak semata-mata untuk lupakan kesedihan aku pada apa yang bakal jadi esok.

Kebanyakan peminat Zafriel mendoa kan kebahagiaan yang terbaik buat Zafriel dan Kartini. Melihatkan itu, aku merasakan diriku terlalu kerdil. Yurp. Dalam beribu orang yang menyokong, tanpa mereka sedar bahawa ada seseorang yang masih menjadi isteri Zafriel. Dan.. orang itu adalah aku.

Nampaknya, memang patut pun aku sembunyikan perkahwinan ni. Kalau benda itu tersebar, mungkin.. orang akan kecam aku, hina aku dan gelar aku sebagai perosak kebahagiaan Kartini dan Zafriel.

Mampu ke aku hadapi kesemua caci hina maki-hamun itu nanti? Membayangkan perkara itu pun sudah mampu buat aku rasa kecut perut.

Tempat duduk kosong yang berdekatan dengan taman permainan aku dekati. Suasana petang itu tidak begitu penuh dengan orang awam. Mungkin disebabkan hari ini hari rabu jadi kebanyakan mereka lebih memilih untuk berehat di rumah selepas penat bekerja seharian.

Sesekali, aku memandang sekumpulan kanak-kanak yang sedang asyik bermain bola sepak. Sedikit sebanyak, rasa sedihku jadi terubat bila tengok gelagat mereka bermain bola. Ketawa mereka pun kadang menyergah gegendang telingaku dan senyumku pasti melirik.

"Buat apa termenung sorang-sorang itu , cik Iesya?" tegur seseorang dari belakang.

Dahiku berkerut. Dari ton suaranya, aku rasa seperti pernah mendengar suara garau itu sebelum ini. Mungkin ke?.. 

Kepalaku aku toleh ke belakang dan aku sangat terkejut bila melihat kelibat seorang lelaki sudah tersenyum memandangku.

"Tha-Thaqif? Y-you buat apa kat sini?" soalku kaget.

Lelaki itu sekadar tersenyum sumbing. Tempat di sebelahku yang masih kosong didudukinya. Aku yang terkejut melihat tindakannya itu terus menyeret punggungku ke tepi sedikit.

"Jumpa you." spontan dia menjawab.

Aku ketap bibir. Wajahku berubah serius. "Kita dah tak ada apa-apa lagi, buat apa you nak jumpa I. Daripada you buang masa jumpa I, lebih baik you jaga Zulaikha dekat rumah." ujarku sudah mulai jengkel dengan perangai Thaqif.

Kini, wajah Thaqif berubah kelat. "Boleh tak jangan sebut nama perempuan itu bila kita sedang berdua macam ni? I tak suka."

"Apa yang you cakapkan ni, Thaqif?! Zu itu isteri you. Tergamak you cakap dia macam itu?!" gertak ku bila merasakan apa yang Thaqif katakan itu memang tidak patut disebut oleh seorang suami.

Kali ini sengihan sinis Thaqif meleret. Wajah aku dipandang dengan rasa jengkel.

"I kahwin dengan dia pun sebab mama I. I ingat you akan selamanya jadi isteri Zafriel tapi.. sangkaan I meleset. Since you tengah zero sekarang ni.. apa kata kita getback semula. Nak tak?" cadang Thaqif. Lagaknya seperti orang kurang waras.

Buntang mataku bila mendengar cadangan gila yang keluar daripada mulut Thaqif itu. "You dah gila, Thaqif! Kenapa you cakap macam itu?!"

"Sebab I still masih sayangkan you, I masih nakkan you. I nak hidup dengan you. Cuma dengan you seorang." rayu Thaqif berkali-kali.

"Thaqif, please jangan ikutkan perasaan you. Zulaikha, you tak fikir apa yang dia akan rasa? Dia lebih baik daripada I, tolonglah fikir pasal hati dan perasaan dia." ujarku cuba bawa berunding.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now