BAB 12

30.2K 914 22
                                    

Kepalaku yang sedikit berpinar, aku sentuh. Auch!! Buka sahaja mata, aku picingkan mataku bila sinar mentari mengganggu pandanganku. Pandangan yang sedikit kabur, sudah mulai jelas. Untuk seketika, aku diam. Suasana ruang tamu itu aku tilik dengan perasaan bingung.

Ruang tamu ni.. Ini bukannya ruang tamu rumah Farah tapi, ini.. ini ruang tamu rumah aku dengan Zafriel dulu! Aku terpaku. Segera, aku bangkit dari baringku lalu sekeliling ruang tamu itu aku pandang. Beberapa kali, aku tampar pipi aku.

Yurp! Aku tak mimpi. Aku sekarang betul-betul berada di ruang tamu rumah banglo aku dengan Zafriel. Rumah banglo yang dihadiahkan oleh Engku Ziemah untuk Zafriel dan aku. Si-Siapa yang bawa aku ke sini?

"Qal!!! Omaigod, akhirnya kau sedar juga dari koma 4 hari kau. Risau aku kalau kau still tak sedar diri.." suara sumbing Farah yang teruja menyapa halwa telingaku.

Gadis itu terus memelukku erat. Sesak nafas aku dibuatnya bila pelukan kental Farah itu sangat ketat. Berusaha aku lepaskan diri lalu tubuh Farah aku tolak kasar. Dahiku masih berkerut.

"4 hari?" soalku masih tak percaya. Lama betul aku jadi sleeping princess acah-acah.

Farah menganggukkan kepala. Ubun rambutku dibelainya lembut. "Nadi kau lemah. Waktu itu, aku terfikir nak bawa kau jumpa doktor tapi.. aku tangguh. Since sepanjang kau koma itu, aku dengar kau merepek meraban. Kurang sikit risau aku.." ujarnya.

Aku ketap bibir. Mataku meliar menjilat sekeliling ruang tamu rumah. Perhiasan, susun aturnya masih tak berubah. Sama seperti dulu. Sama seperti sebelum aku tinggalkan rumah.

Bibir Farah menguntum senyum apabila melihat aku kebingungan. Tangannya menggenggam tanganku erat. "Kau mesti pelikkan kenapa kau ada kat sini?" soal Farah.

"Yurp. Aku pelik. Kenapa aku boleh ada kat sini? Kau ke yang bawa aku ke sini?"soalku masih hairan.

Walaupun rumah ni dekat dengan kawasan universiti aku itu tapi.. kenapa kat sini juga yang Farah bawa. Dan, dari mana pula kawan aku itu dapat kunci? Seingat aku, kunci rumah ni cuma ada pada aku dengan Zafriel saja. Kunci rumah yang ada pada aku pun, aku dah serahkan pada Engku Ziemah. Wanita itu bertegas untuk aku kembalikannya.

Sebuah gelengan Farah berikan. Kali ini senyumannya sedikit longgar. Mata Farah berubah serba-serbi. Terlihat jelas riak bersalah bermain pada wajah bersih gadis itu.

"Habis kalau bukan kau, si-siapa? Siapa yang tolong aku?" aku sudah memaksa. Bahu Farah aku goyangkan berkali.

Kejadian yang berlaku pada malam itu bermain dalam kepalaku. Sebelum aku tidak sedarkan diri, aku dengar ada suara yang menyapa halwa telingaku. Suara garau milik seorang lelaki..

Suara yang selalu aku dengar.. Suara yang selalu buat aku sakit hati.. Suara yang tak pernah nak kalah bila bertikam lidah dengan aku..

"Za-Zafriel?"tergagap aku menyebut nama lelaki itu..

Kali ini, tiada sebarang reaksi Farah berikan. Tiada anggukan, tiada gelengan. Aku sudah ketap bibir..

"Jawab aku, Farah. Zafriel ke yang tolong aku malam itu? Selamatkan aku dan bawa aku ke sini? Dia, Zafriel kan Farah?!" ulangku. Lengan Farah aku goncang kuat.

Setelah diam, akhirnya Farah menghela nafas panjang. Matanya diberanikan memandang ke arahku. Sebuah anggukan dia berikan.

"Yurp, malam itu Zafriel yang tolong kau, yang bawa kau dan juga rawat kau sepanjang kau ada kat sini." kata- kata Farah buatkan tekanan darahku terasa rendah.

Tak-tak mungkinlah?
...
Apa yang dilakukannya jadi serba tak kena. Fail-fail dan juga majalah yang berselerakan di atas meja, hanya dipandang kosong. Entah kenapa, fikirannya asyik terimbaukan tentang malam itu. Malam dimana dia bantu gadis yang sudah sebulan menjadi bekas isterinya..

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now