BAB 51

40.4K 995 36
                                    

Hujan renyai-renyai di luar aku pandang dengan hati yang kosong. Yurp, kosong. Entah kenapa, aku rasakan tubuhku masih hidup namun jiwaku sudah mati. Mengenangkan hari ini adalah hari perkahwinan Zafriel dan Kartini buat kan aku rasa ingin pergi dari dunia ni?

Bila mana mata aku memandang Zafriel yang melangkah ke arah pentas pernikahan, hati aku rasa berdarah. Entah apalah yang jadi kalau aku ikut ibu ke majlis itu bersama. Bila tengok dalam tv pun, hati aku sudah tak kuat.

Entah kenapa, aku rasakan aku ni ibarat perempuan simpanan. Perempuan yang terseksa zahirnya, emosinya dan perasaannya. Tapi.. hmm, memang layak aku terima semua ini. Memang patut aku hadapi kenyataan perit ini.

Bila Zafriel masih bersama dengan aku, aku layan dia seperti acuh tak acuh. Pandang dia pun rasa tak mahu, bila bercakap mengherdik, memaki.. apalagi bila diajak berbincang. Hanya kepala aku saja aku ikutkan.

Namun sekarang, semuanya terasa berbeza. Bila Zafriel tidak bersama aku, hati aku rasa kosong. Bila dia ada, aku rasa bahagia. Bila bercakap dengan dia, aku rasa nak tersenyum lebar. Hanya kerana Zafriel, aku rasa kan dunia ni ibarat syurga yang Tuhan titipkan pada aku.

Tak semena-mena, air mataku yang bertakung mulai bah membasahi pipi. Keperitan dan kekosongan yang silih ganti mengisi jiwa buatkan rasa sakit menerpa. Tak.. memang aku tak kuat untuk terima kenyataan yang Zafriel sudah berkahwin dengan Kartini.

Rancangan resepsi pernikahan Zafriel dan Kartini, aku hanya tonton separuh. Aku hanya mampu melihat Zafriel duduk di meja akad dan setelah itu, aku terus matikan televisyen. Aku tak kuat untuk lihat apa yang jadi seterusnya.

Perempuan mana yang kuat bila tengok lelaki yang dia cinta berkahwin dengan perempuan lain? Yurp, lelaki yang dicintai. Sekarang, aku mengaku Zafriel adalah orang yang aku cintakan sekarang. Kenapa? Ada yang salah ke bila hati ini mencintai suami sendiri?

"Selamat berbahagia, Engku Zafriel Syeikh."luluh bibirku mengucapkan ucapan selamat itu.

Air mata yang mengalir aku kesat lembut. Walaupun hati aku masih tak dapat untuk menerima kenyataan Zafriel dengan Kartini tapi.. aku kena belajar juga untuk terima.

Lagipun, siapalah aku. Hanya isteri sementara. Kartini itu pula adalah gadis yang akan kekal di sisi Zafriel untuk selamanya. Hmm..

Perutku aku belai lembut. Aku dapat rasakan pergerakan dalam perutku. Bibirku yang tadinya tegang mengukir senyum nipis. Sedikit sebanyak hati aku jadi terubat.

"Baby sejuk eiyh?"soalku masih membelai perutku.

Sekali lagi, aku dapat rasakan pergerakannya. Mengikut naluri keibuan aku ni, anak aku kata dia sedang kesejukan. Haha.. ececeh gitu. Aku dengan anak aku memang dah bonding dah pun.

Terus aku menutup pintu beranda. Samar-samar bunyi hujan masih lagi kedengaran dan kini guruh pula sudah mulai sambar-menyambar. Pendengaranku jadi terbatas.

Selesai sahaja menutup pintu, aku terus mengatur langkah ke arah katil. Tubuhku aku baringkan dengan penuh berhati-hati. Memandangkan sakit tulang belakang itu sudah mulai menyerang aku jadi aku kena lebih berhati-hatilah lepas ni. Takut terkehel kat mana-mana pula.

Selimut aku tarik menutupi paras pinggang. Sambil itu, tanganku lembut membelai perut. Sebagai seorang bakal ibu, anak mesti didahulukan. Kalau nak tidur pun, bagi anak tidur dulu baru diri sendiri. Tips daripada majalah Pa& Ma ni. Hehe..

"Sayang, bila kamu dah lahir nanti.. mama harap kamu takkan bencikan papa. Dia buat semua itu sebab mama yang minta." tuturku perlahan. Kepalaku ligat memikirkan setiap detik aku bersama Zafriel.

"Mama tahu dari sudut hati papa kamu yang paling dalam, dia sayang kan kamu. Jangan bencikan papa walaupun dia tinggalkan kamu." tambahku masih leka membelai perutku. Pandangan kosong aku halakan ke jendela yang langsirnya terbuka.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now