BAB 44

33K 984 6
                                    

"Puan, tengok tu.."

Arahan doktor wanita yang berusia lebih tua daripada aku itu aku turuti. Skrin yang memaparkan imej rahim ku itu aku pandang. Tak semena-mena, bibirku mengukir senyum nipis.

Terharu. Aku lihat imej anak aku yang bergerak-gerak kecil. Degup jantungnya yang masih halus itu menambahkan lagi kesyahduan dalam hati aku. Sebak. Terharu. Gembira. Itu semuanya aku rasa.

"Nampaknya, kandungan puan sangat sihat. Anak puan pun sudah mulai bergerak-gerak. Mungkin lepas ni, puan kena tahan sikitlah sebab dalam usia enam tujuh bulan.. baby mula menendang-nendang. Sakit sakit manjalah puan nanti." sempat doktor itu memberikan nasihat kepadaku.

Aku tersenyum. "Saya sudah boleh dapat tahu jantina anak saya ke, doktor?" soalku tiba-tiba teringat kan perkara itu.

Serentak doktor itu tertawa kecil. Aku dihadapannya sekadar tersengih sumbing. Ada yang lawak ke pada soalan aku itu?

"Hmm.. setakat ini, saya masih tak dapat nak periksa kelaminnya. Mungkin dalam dua tiga minggu lagi, akan dapat periksa. Puan kenalah rajin selalu buat check up." ujar doktor itu ramah.

"Berapa peratus agaknya kemungki nan anak saya itu perempuan, doktor ?"makin spesifik pertanyaanku.

"Puan nak anak perempuan ke?"

Laju sahaja aku menganggukkan kepala. Itulah yang aku mahukan. Seorang anak perempuan yang cantik dan gorgeous macam aku. Sekurang-kurangnya, anak aku mewarisi kan?

"Hmm.. selalunya anak sulung ni jantinanya perempuan. Wallahualam. Saya cuma mampu mengandai saja, yang di-Atas menentukan segalanya.  " ujar doktor itu lembut.

Aku sekadar menganggukkan kepala. Alpha nya aku sampai aku terlupa pada Sang Pencipta yang menentu kan segala Qada' dan Qadar manusia. Huh!! Yurp, aku masih jahil dalam ilmu Allah ni namun aku cuba untuk mempelajarinya.

Dahulu, solat aku entah ke mana. Masuk sahaja waktu azan, aku bukannya solat malah aku lali dengan telefon, lepak dan juga tidur. Kadang, kalau nafsu setan aku datang.. aku akan pergi karaoke dan berpesta sampai larut malam. Membayangkan kisah silam ku yang dinoda perhiasan dunia, buatkan aku mahu tutup sejarah hitam itu.

Sekarang, solat pun aku cuba penuhkan. Tak cukup solat fardhu, aku kerjakan juga solat sunat. Bila ada kelapangan, aku baca Al-Quran. Walaupun masih belum begitu fasih namun sekurang-kurangnya aku dapat membacanya.

Betullah apa yang Fatihah kata. Sejahil-jahil manusia, kalau terbuku dalam hatinya untuk berubah. Insya Allah dia akan berubah. Semua manusia diberi peluang yang sama. Sama ada berubah atau kekal seperti sedia ada. Aku pilih untuk berubah dan aku ikhlas untuk melakukannya.

Alhamdullilah, semenjak aku pilih jalan untuk berubah ni.. apa yang aku buat semuanya rasa tenang dan diredhai. Fikiran aku pun tak kusut seperti dahulu. Walaupun terbeban dengan masalah, aku masih rasa tenang.

Itulah mungkin apa yang orang selalu sebutkan itu. Hidup yang diberkati oleh Tuhan yang satu.

Selesai sahaja membuat pemeriksaan, aku bergegas ke kaunter farmasi untuk mengambil vitamin yang perlu. Langkahku menjadi perlahan bila kelibat seorang gadis menjadi tatapanku.

Dahiku tak semena berkerut. Rasa nya aku kenal gadis itu. Ketika itu, dia sedang berada di kaunter farmasi. Ambil ubat juga barangkali?

"Zulaikha?" seruku bila menghampiri nya.

Gadis itu terus mengalihkan pandangannya pada aku. Jelas riak wajah terkejut bermain di wajahnya sebelum sebingkis senyuman nipis dia hadiahkan pada aku.

"Qaliesya." teruja dia memanggil nama aku.

Selesai sahaja mengambil ubat, aku dan Zulaikha bergandingan menuju ke cafe hospital. Tak banyak benda sangat nak dibualkan memandang kan Zulaikha lebih banyak mendiam kan diri.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now