BAB 24

33.8K 971 14
                                    

Tiba sahaja di hadapan restoran Thai's Lover, Farah terus berjalan masuk ke dalam cafe tersebut.

Ekor matanya meliar mencari kelibat lelaki yang ingin ditemuinya sehinggalah matanya menangkap kelibat Zafriel yang sedang duduk termenung di atas meja bersebelahan tingkap. Bibirnya menguntum senyum nipis lalu dia terus mengatur langkah kemas ke arah meja tersebut.

Salamnya dihulur lalu dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan lelaki itu. Satu senyuman pendek Zafriel berikan Farah. Farah balas senyumannya itu.

"Maaf sebab lambat. Jalan jame tadi." ujar Farah sambil meletakkan beg tangannya ke tempat duduk sebelah.

Zafriel sekadar menggelengkan kepala. "It's okay. Abang pun baru aje sampai."

"Erm.. abang kata tadi, abang nak bincangkan sesuatu? Apa dia, abang zaf?"soal Farah tidak mahu berlengah.

Sejak dapat panggilan daripada Zafriel itu, Farah asyik kepikiran saja. Jarang sebenarnya, dia dapat panggilan daripada Zafriel. Kalau Zafriel call itu, maknanya adalah tu benda penting yang dia nak bawa berbincang. Selalunya topik hangat yang akan dikatakan  oleh lelaki itu takkan jauh daripada nama Qaliesya, kawan keras kepalanya itu.

Air muka Zafriel berubah. Dia sudah mengetap bibir sambil pandangan nya dialihkan ke bawah. Lelaki itu seakan-akan berkira mahu mulakan bicaranya.

Akhirnya, satu keluhan Zafriel lepaskan. Ekor matanya dialihkan pada Farah semula.

"Kalau abang tanya ni, abang nak Farah jawab jujur."ujar Zafriel sudah mulai berwajah serius.

Dahi Farah sudah berkerut. "Apa dia, abang Zaf?"

"Qaliesya sedang mengandungkan sekarang ni? Abang cuma nak tanya satu, anak itu.. anak siapa?"soal Zafriel tanpa sangkut satu pun.

Tergamam Farah dibuatnya. Jelas riak wajah terkejut bermain pada wajahnya. Cepat-cepat dia cover namun Zafriel lebih pantas membaca perubahan air mukanya itu.

"Qa-Qaliesya mengandung? Er.. Fa-Farah pun baru tahu. Betul ke, bang?" tergagap Farah menyusun kata.

Dia kalau bab nak memperbodohkan orang itu memang gagal seratus peratus. Namun, dia kena juga sebab dia sudah janji pada Qaliesya untuk tidak membuka cerita kehamilan itu pada sesiap lagi-lagi pada Zafriel.

Zafriel menyengih pendek. "Jangan cuba bodohkan abang. Qaliesya rapat dengan Farah kan? Mesti.. dia ada cerita fasal hal itu."duga Zafriel.

Farah berdiam diri. Tak semena-mena Farah melarikan pandangan nya ke tempat lain. Tak berani dia menghadap wajah Zafriel yang sudah mulai menghidu pembohongannya.

Telinganya menangkap keluhan lemah dari bibir lelaki itu. Farah masih mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Perasaannya sudah diterpa rasa serba-serbi.

"Farah, untuk kali ini.. Farah tolong jujur dengan abang. Betul ke, anak itu anak abang? Betul ke anak yang ada dalam rahim Qaliesya itu anak abang?!" Zafriel masih mencuba lagi. Nadanya penuh mengharap.

Farah masih tidak membalas. Dia masih berdiam diri.

"Jadi, anak itu bukan anak abanglah? Betul kan? Huh, kalau betullah, itu bukan anak abang jadi.. Qaliesya tu sama aje macam pe.."belum sempat Zafriel menghabiskan ayatnya, Farah sudah mencelah.

"Abang jangan sesekali panggil Qaliesya macam itu. Saya kawan dia dan saya kenal siapa Qaliesya. Dia takkan berani untuk buat benda-benda bodoh yang merosakkan diri macam itu." balas Farah. Berdesing telinga Farah bila Zafriel katakan begitu.

Farah mengetap bibir. Akhirnya wajah Zafriel dipandangnya dengan wajah ragu-ragu. Satu keluhan kecil dilepaskannya.

"Anak tu.. hmm, memang anak abang Zaf. Qaliesya sendiri yang beritahu saya, abang adalah ayah kepada anak yang ada dalam rahimnya. Saya dah berkali-kali cuba untuk pujuk Qaliesya beritahu abang tentang ni tapi dia taknak."beritahu Farah tanpa secalit pun tertinggal.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now