BAB 18

30.4K 1K 17
                                    

Pakaian serba ringkas aku kenakan pada malam itu. T-shirt putih, cardigan labuh berwarna kelabu dan juga jeans biru. Nampak simple tapi aku suka. Al-maklumlah, simple but beauty bak katanya.

Untuk tacapan kali terakhir, aku tempekkan bedak jenama Bobby Brown pada kulit mulusku. Sambil itu, mataku membelek diriku melalui pantulan cermin. Satu keluhan aku lepaskan.

Kenapa aku baru nampak siapa aku sekarang? Ya, aku memang indah pada wajah tapi bukannya pada hati. Satu persatu kejadian yang terjadi dalam hidup aku sampailah sekarang silih berganti bermain dalam fikiranku. Perangai degil, keras kepala, suka melawan.. tak suka menghormati orang lain itu. Huh!!

Fikiranku tak semena-mena teringat kan pada seseorang. Seseorang yang membawa aku kepada tempoh 6 bulan hidup bersamanya. Seseorang yang aku rasakan orang paling sabar menjaga dan melayan karenah aku sepanjang tempoh itu.

Seseorang yang bergelar suami aku dulu, Engku Zafriel Syeikh..

Bibirku ketap. Perlahan, tanganku jatuh membelai perutku yang sedikit buncit. Setiap layanan kasar yang aku berikan pada Zafriel bagaikan flashback dalam kepalaku. Jahat, biadab, derhaka.. yurp. Itu patut dilabelkan pada aku selama aku menjadi isteri lelaki itu. Nusyuz.

Memang patut pun, hidup aku jadi terumbang-ambing begini. Dikecewakan oleh lelaki dicintai dan sekarang, aku diduga dengan kehadiran seorang insan tanpa suami di sisi. Aku bukannya orang yang tabah, malah aku lemah..

Silap langkah, aku mungkin tersungkur di atas jalan kehidupan aku sendiri..

'Yurp, inilah apa yang aku nakkan. Hidup bebas tanpa seorang lelaki bergelar suami. Jauh dari tanggungjawab menjadi seorang isteri kepada.. Engku Zafriel Syeikh.'

Bongkaknya aku. Boleh hidup tanpa seorang suami konon. Namun, baru sekarang kau nak sedar yang kau perlu seorang lelaki membimbing kau, menjaga kau.. Pfft, basilah Qaliesya. Basi. Kekesalan kau sia-sia.

Zafriel bukan lagi milik kau, dia juga bukan lagi tanggungjawab kau. Selepas tamat saja tempoh idah, kau bukan lagi sesiapa untuk dia. Hanya orang asing..

Lagu 'Tergantung Sepi' nyanyian Haqiem Rusli menyapa halwa telingaku. Terus mati lamunanku. Kepalaku aku pusingkan ke arah beranda bilikku yang terbuka luas. Lagu itu, datang dari luar. Dari bilik sebelah.

Aku pejam mata. Jarang aku nikmati lagu melayu tangkap leleh ni. Malam ini, untuk pertama kalinya aku melayan.  Hahah.. bawakan budak kot.

Tuk! Tuk! Tuk!
"Kak Iesya yang disayangi. Lama lagi ke nak bersiapnya itu?"suara Fatihah yang lantang dari luar mematikan seleraku.

Huh!!! Semaklah si Fatihah ni. Baru nak tangkap feeling, suaranya potong mood terus.

"Wait. Akak nak siap lagi sikit aje." ujarku meluru ke pintu.

Pintu aku buka dan kelibat Fatihah terjongol di muka pintu. Dia sudah tersenyum. Langkah kakinya diatur memasuki bilik. Katil aku ditujunya lalu dia duduk di birai katil.

"Ih, lamanya orang lawa ni nak siap? Kita yang buruk ni pun tak adalah lama sangat."seloroh Fatihah menyakatku.

Aku mencebik. Rambutku aku sisir sebelum aku ikat sanggul. Yurp, nice.

"Orang lawalah yang kena siap lebih. Kalau buruk macam adik, tempek bedak berkilo pun belum tentu lawa." ha, nak gurau kan. Penangan ayat pedas aku bagi.

Fatihah sudah cemberut. Tahupun marah dipanggil buruk. Haih, manalah ada yang buruk di muka bumi Allah ni. Semua cantik belaka. Tak ada cacat celanya.

"Sampai hati, akak panggil Fati buruk. Erm.. fine. Malam ni Fati moody, taknak bercakap dengan akak."rajuknya sudah berpeluk tubuh.

"Ha, bagus juga macam itu. Akak pun taknak pergilah kalau Fati diam aje. Lebih baik akak berkubang dalam bilik kalau macan itu."ugutku sudah menyengih.

Terus Fatihah buat muka sebal. Urgh! Nampaknya Fatihah terugut. Haha.. I'm win, she lose..

Sedang Fatihah menunggu aku untuk berkemas. Matanya terpandangkan selendang kelabu yang aku gantung di kepala katil.

"Siapa bagi ni, kak?" soal Fatihah mencapai selendang itu. Dia beleknya seketika.

Aku yang memandangnya dari pantulan cermin sudah menyemat senyum. "Kak Farah. Akak ingat nak pakainya jadi mafella."

"Akak tak terfikir ke untuk bertudung?"

Kali ini, kata-kata Fatihah buatkan aku terpaku. Aku pusingkan kepala kepadanya. Wajahnya yang nampak mengharap, aku pandang.

Huh.. nak tapi layak ke?
...
Tak banyak tempat yang kami adik beradik boleh pergi malam itu. Selepas dua tiga round di kompleks beli-belah, kami terus bergegas ke restoran tepi pantai yang katanya mendapat sambutan hangat.

Aku ikut saja ke mana Fatihah mahu bawa aku. Yurp, malam ini.. aku nak nikmati masa kami sebagai adik beradik. Tadi aku malas nak ikut tapi sekarang, aku pula yang terlebih excited nak keluar dengan adik aku yang seorang tu.

Selesai membuat pesanan, kami berbual panjang. Banyak juga topik yang Fatihah bahaskan pada aku. Kebanyakannya topik hidup selepaa kahwin.

"Kak, Fati nak pergi toilet kejap."pinta nya sudah menekan perut.

Aku sekadar menggelengkan kepala. Haih, budak ni. Setelah pamitan, Fatihah tinggalkan aku sendiri. Sesekali aku pandang gelagat pelanggan yang bermacam. Macam karenah nya, macam jugalah tingkahnya.

Memang betul, apa yang Fatihah katakan tadi. Restoran itu memang mendapat sambutan. Baru pukul 10 malam, ramai pelanggan sudah berasak. Ada juga yang sanggup beratur kerana menunggu giliran untuk dilayan. Hmm.. not bad.

Telefon pintar aku capai lalu dari pantulan skrin, aku lihat wajahku kini. Yurp, kelakar. Sebab apa? Kerana aku nampak wajah aku yang munafik berselindung di sebalik tudung.

"Nope! Taknaklah pakai. Macam tak layak aje."pintasku bila lihat selendang kelabu itu melilit kepalaku.

Fatihah sudah mencengkam kedua bahuku supaya tak bergerak. Wajahku dia pandang dengan senyuman.

"Cantiklah kak Iesya pakai tudung. Cun. Haih, orang lawa ni pakai apa pun lawa."puji Fatihah membetulkan pin tudungku.

"Puji ke perli? Akak ni dahlah tak layak nak pakai semua ni. Nampak macam ustazah munafik pula." balasku menghina diri sendiri.

Yurp, memang tak layak. Perangai aku ni dahlah macam apa, bila bertudung.. aku rasa tersangatlah palsunya. Tak layak. Aku memang tak layak untuj bertudung. Tak sesuai dan tak kena..

Fatihah menarik nafas dalam. Kedua-dua belah pipiku dipegang nya. "Kak, semua orang layak berubah cuma terserah pada kita saja nak pilih untuk berubah ataupun tak. Kita bertudung bukan kerana hati kita buruk, kita bertudung untuk ubah kita jadi lebih baik. Kan?" kata-kata Fatihah sungguh sentapkan hati.

Apa yang dia hamburkan itu benar belaka. Aku tak layak untuk kata aku tak berhak berubah. Semua ada peluang masing-masing.

Sedang aku leka termenung, terus aku dikejutkan dengan kehadiran pelayan yang menghantar makanan kami. Terkejut aku itu sampai sudu yang terletak di sebelahku terjatuh  ke lantai. Pfft.. mengelamun lagi Qaliesya!.

Baru sahaja aku berura mahu mengambil sudu tersebut, ada tangan yang sudah terlebih dulu mencapainya. Sudu itu kemudiannya diberikan pada aku.

"This yours, miss." ujarnya lembut.

Aku mengambil sudu tersebut tanpa memandang ke arahnya. Bibirku menguntum senyum terima kasih. Angkat saja wajah, aku tergamam. Kata terima kasih yang aku mahu luahkan bagai terasa tersekat pada kerongkong ku.

Lelaki itu juga turut sama terpana. "Qa-Qaliesya?"

"Za-Zafriel?" tergagap aku menyebut namanya.
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now