BAB 25

34K 970 8
                                    

Satu persatu paket makanan aku belek. Kalau makanan itu kena di hati, aku ambil. Kalau tak kena, terpaksalah letak semula ke tempat asal. Hmm.. macam mana aku boleh tersesat kat AEON ni? hmm.. macam ni ceritanya.

Disebabkan mood rajin aku sedang bercambah sekarang ni jadi aku pun pakat nak kemas rumah Farah ni. Jarang aku jadi rajin. Kalau dah datang mood mengemas aku ni, bersinar dan berkilau rumah Farah ni aku kerjakan tapi kalau mood malas dah datang, hmm.. macam selalulah kalau tak terbongkang kat bilik, mesti terbongkang kat ruang tamu.

Selesai mencuci dan mengemas, aku menuju ke dapur pula. Buka sahaja pintu peti sejuk, aku sudah geleng kepala. Apa jenis perempuan lah si Farah ni. Tahulah dia itu busy woman tapi janganlah sampai biarkan peti sejuk berhabuk. Satu benda pun tak ada. Haih lah..

Paket milo 3 in 1 itu aku belek sejenak. Nasib baiklah, mood nak belanja itu datang. Sebenarnya peti sejuk itu  berhabuk pun sebab aku juga. Aku lah suspek yang melantak semua jenis makanan yang ada dalam itu. Hehehe.. Kerana itulah kot, Farah dah malas nak penuhkan stok dalam peti sejuk.

Setelah memasukkan paket milo ke dalam troli, aku bergegas ke bahagian lain pula. Setiap rak aku belek sehinggalah langkahku tiba di bahagian kanak-kanak. Tergamam aku untuk seketika.

Di situ, aku lihat kebanyakan pelanggan yang membawa anak-anak mereka berbelanja baju. Melihatkan itu, bibirku menguntum senyum. Tak semena-mena perutku aku belai.

Hmm.. tiba-tiba pula aku rasa tak sabar nak tunggu anak ni keluar. Kalau boleh aku nak dukung dia tiap hari selepas itu cium dia. Ala buchuk, buchuk.. hmm, macam itu pun aku nak buat.

Aku mendekati bahagian pakaian baby. Baju-baju kecil yang tergantung itu benar-benar buatkan aku tercuit hati. Aku capai gaun warna biru dan juga gaun kecil warna merah lalu aku belek satu persatu.

"Anak mama ni, baby boy ke baby girl?" bisikku sambil mengurut perut ku perlahan.

"Baby girl, mama.."jawabku bagi pihak anakku.

Tersengih pula bila lihat gelagat kebudak-budakan aku itu. Memang itu pun harapan aku. Aku nak baby aku perempuan. Nanti, bolehlah aku dandankan dia tiap hari. Mesti dia cantik macam aku kan? Ahahakss!

"Baby girl mama ni, nak warna merah ke biru?"soalku dalam nada berbisik. Haih, susah betullah nak beli baju baby ni.

Semuanya comel belaka. Aku rasa macam nak borong semua aje. Biar banyak sikit stok pakaian anak aku nanti. Tiap hari boleh aku dandan dia bak supermodel gitu.

"Cik Qaliesha..?" teguran seorang perempuan dari arah belakang membuatkan aku terus berhenti membelek baju budak-budak itu. Segera aku alihkan perhatianku ke belakang.

Perempuan bertudung labuh itu aku pandang dengan dahi berkerut. Wajahnya aku tatap. Pakaian bayi itu aku gantung semula ke tempatnya. Perlahan-lahan aku pusingkan badanku menghadapnya.

"Ya, awak ni siapa?"soalku masih tak berkalih memandangnya. Rasanya, aku pernah jumpa gadis itu.

Dia memberikan senyuman kepadaku. Tangannya dihulur. "Saya Zulaikha, isteri abang Thaqif." ucap nya dengan nada suara lembut.

Buntang mata aku bila terdengar salam perkenalannya itu. Perasaan marahku tak semena-mena muncul. Aku sudah berpeluk tubuh memandangnya sambil dahiku sudah berkerut geram.

"Owh, kaulah perampas abang Thaqif aku tu kan? Kau buat apa datang sini? Kau nak rampas apa lagi daripada aku?!"gertakku kasar. Peduli apa aku pada pandangan serong orang pada kami berdua.

Zulaikha ketap bibir. "Sa-saya nak minta maaf tentang itu. Saya harap Qaliesya boleh maafkan saya." ujar gadis itu dengan nada lembut.

Aku ketap bibir. Bodoh ke apa perempuan ni? Mana mungkin aku akan maafkan dia?! Perempuan macam dia tak layak dapat maaf daripada aku!

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now