BAB 19

30.6K 1K 22
                                    

Telefon pintarnya yang bergetar dalam kocek seluarnya terus diraba lalu dibelek. Satu keluhan berat Zafriel lepaskan apabila nama Kartini terpampang pada muka skrin telefon pintarnya.

Entah kenapa, Zafriel mulai rasa rimas dengan tingkah Kartini yang baginya sangat menyesakkan. Kalau satu hari tak call memang tak sah. Kalau call itu cakap benda penting, tak apalah juga. Ini call cakap I miss you, abang dah makan ke belum and whatever yang merepek itu.

Kalau Zafriel tak angkat, si Kartini itu akan mengadu pada nendanya. Dan bila cerita itu dah sampai pada nenda, terpaksalah Zafriel tahan telinga dengar bebelan panjang nendanya.

Kalau bebelan itu tak menyakitkan hati, tak apalah juga. Ini tidak.. bebelannya pasti kaitkan sekali nama Qaliesya. Apa-apa pasti Qaliesya.. Kasihan juga Zafriel bila dengar nama Qaliesya terkait sama.

Nak dibandingkan Qaliesya dengan Kartini, Zafriel lebih memilih Qaliesya. Sekurang-kurangnya gadis itu 'tak sudi' nak mengacau hari-harinya. Jadi, banyak masa untuk Zafriel bersendiri.

Qaliesya pun tak mengada macam si Kartini. Haha.. bila fikir balik, adalah juga mengadanya itu. Tapi mengada pun, di mata Zafriel.. ianya nampak sangat comel. Haih..

Semuanya dah tak sama. Qaliesya bukan lagi miliknya. Gadis itu juga sudah ada kehidupannya sendiri. Dirinya pun.. sudah ada Kartini. Dalam rela paksa, dia terpaksa terima Kartini. Yurp.. terpaksa bahagia.

"Kenapa call abang ni, Tini?"soal Zafriel seusai menjawab salam yang dihulur Kartini.

"Abang, kenapa abang tarik saya daripada menghadap bekas isteri abang tu? Abang tak sanggup ke nak dengar isteri abang tu kena hina?" soalan berbalas soalan. Zafriel mengeluh perlahan.

Nampaknya, topik kejadian makan malam tadi masih mahu dipanjang kan oleh Kartini. Kejadian di mana mereka berdua berjumpa Qaliesya. Yurp, pertemuan tak sengaja tu.

"Abang malas nak bincangkan hal itu. Mula situ, habis situ."spontan Zafriel membalas.

"Abang, abang ada perasaan pada Qaliesya ke? Perempuan gedik itu? Abang ada hati dengan dia ke?" Kartini masih berdegil mahu membahaskan topik itu.

Zafriel menarik nafas dalam. Ya, memang aku ada hati dengan dia tapi semuanya dah tak ada maknanya sekarang. Dia tak suka aku, sampai bila-bila aku tak ada tempat dalam hati dia. Mahu saja Zafriel berterus terang soal hatinya.  Namun, dia masih ada akal untuk fikirkan baik buruknya.

"Tak."sepatah dia menjawab.

Kartini di hujung talian sudah bersuara sebak. "Abang, abang tahukan yang Tini dah lama ada hati dengan abang? Abang tahukan yang Tini dah lama cintakan abang? Tolong ajar hati abang untuk terima Tini. Hanya itu yang Tini nakkan. Tak lebih dari itu.."luahan Kartini makin menambahkan sesak dalam hati Zafriel.

Setiap apa yang diluahkan gadis itu, dia hanya mampu iakan. Bagaimana dia mahu ajar hatinya mahu terima Kartini kalau memang tak berkutik pun cinta pun buat gadis itu? Dia anggap Kartini sebagai seorang kawan, tak lebih dan tak kurang daripada itu.

Akhirnya Zafriel tiba di muka pintu bilik. Leteran Kartini di corong speaker masih lagi menyapa halwa telinganya.  Panjang. Ketika Zafriel mahu menyeluk kunci hotel dalam saku seluar jeans nya, matanya tak semena-mena terpandangkan tombol pintu bilik hotelnya sedang berpusing-pusing. Seperti mahu dibuka dari dalam.

Entah kenapa, terdetik hatinya untuk menunggu sehingga kelibat orang di sebelah bilik hotelnya membuka pintu. Akhirnya, pintu dibuka dan kelibat seseorang melangkah keluar dari bilik tersebut dengan mata terpejam.

Hampir terpana Zafriel dibuatnya. Kemungkinan apakah ini? Tadi, dia sudah jumpa gadis itu di restoran dan sekarang dia berjiran pula dengan gadis itu? Huh?!

"Qaliesya?"sebutnya bila lihat gadis itu berjalan dalam tidur.

"Abang Zaf sebut nama siapa tadi? Qaliesya?! Abang, abang sebut nama Qaliesya kan tadi??!" gertak Kartini bila dengar lelaki itu sebut nama yang dibencinya. Punyalah panjang dia meluahkan perasaan, Zafriel boleh pula sebut nama Qaliesya? Huhh!! Tak guna.

"Tak. Erm.. abang nak tidur dulu. Bye.."ucap Zafriel lalu menamatkan talian.

Dia terus menuruti langkah Qaliesya yang sudahpun menjauh darinya. Dalam tak sedar, gadis itu sudah menuju ke arah lif. Segera Zafriel merapati Qaliesya lalu menarik tangan gadis itu ke belakang.

Hampir sahaja tubuh Qaliesya jatuh ke belakang, pantas Zafriel menyambutnya. Tak semena-mena Qaliesya jatuh dalam pelukan lelaki itu.

"Ikut jomm...jom?"igau gadis itu masih dengan mata terpejam.

Zafriel menarik nafas dalam. "Qaliesya, bangun.." kejut Zafriel perlahan masih menggoncang lembut tubuh gadis dalam pelukannya itu.

Namun, Qaliesya tak sedarkan diri. Beberapa kali Zafriel berusaha untuk kejutkan namun sia-sia.  Gadis itu masih melayan mimpinya yang entah apa-apa itu.

Akhirnya Zafriel mengalah. Kedua-dua belah bahu Qaliesya dipegangnya lalu dipimpin gadis itu kembali ke bilik hotelnya semula. Nasib baik, Qaliesya tidak banyak bergerak sangat. Dia turutkan saja Zafriel membawanya.

Bilik hotel Qaliesya dimasukinya. Masuk saja ke bilik gadis itu, Zafriel terus kunci pintu untuk menjaga privasi Qaliesya.Tubuh Qaliesya dibawanya ke katil dan dengan berhati-hati, dia baringkan tubuh gadis itu.

Satu keluhan penat dilepaskan bila dia selesai selimutkan tubuh gadis itu. Haih, nasib baiklah gadis itu tak terjaga kalau tidak naya si Zafriel kena penangannya.

Untuk seketika, bibir Zafriel mengukir senyum nipis. Wajah bersih milik gadis itu dipandangnya lama. Huh, entah kenapa dia rindukan muka Qaliesya bila sedang tidur. Nampak.. ermm.. nampak comel.

"Jom?"sekali lagi Qaliesya bersuara tanpa sedar. Zafriel tersengih bila dengar igauan gadis itu.

"Pergi mana?" dia sudah mulai menyakat.

"Sana.."jawab Qaliesya. Jawapan gadis itu mengundang tawa Zafriel.

Dia faham sangat dengan tabiat tidur Qaliesya ni. Bila gadis itu ada sesuatu yang ganggu fikirannya, dia pasti akan mengigau di malam hari. Sudah banyak kali, Zafriel terkena. Nasib baiklah, dia sempat selamatkan kalau tidak mau jenuh dia mencari Qaliesya ke merata tempat.

"Jangan pergi mana-mana lagi tau." Zafriel sudah beri peringatan kecil pada gadis itu yang jelas tidur.

Qaliesya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Dia genggam selimutnya erat lalu dia kembali menyambung dengkuran halusnya. Zafriel tersengih.

Zafriel menarik nafas dalam lalu dihembuskannya perlahan. Nampak nya Allah berinya masa yang singkat untuk lepaskan rindu pada gadis itu. Salam terakhir sebelum dia hidup bersama Kartini selepas ni.

"Aku harap kau akan bahagia dengan orang yang kau cinta itu. Mungkin dia jaga kau lebih baik daripada aku. Thanks sebab buatkan aku rasa bertuah kerana pernah memiliki kau.." ujar Zafriel dengan nada bercampur baur.

Ketika dia mahu memusingkan badannya, matanya tak semena-mena terpandangkan beberapa majalah berkaitan baby yang berselerakan di meja mini. Zafriel kerut dahi. Terus, dia merapati meja mini yang terletak tidak jauh dari katil Qaliesya.

Satu persatu majalah dibeleknya. Pelik? Yurp.. selalunya Qaliesya cuma layan majalah remaja aje. Tapi.. sekarang?

"Hurmm.. jangan pergi..."rungut Qaliesya di atas katil.

Zafriel ketap bibir. Ada sesuatu yang tak kena..
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now