BAB 46

34.5K 995 21
                                    

Kereta Myvi ku, aku parkingkan sedikit jauh dari cafe yang aku mahu jejaki nanti. Di dalam kereta, mask yang menutupi separuh wajahku aku pakai. Selendang yang membaluti kepalaku juga aku betulkan. Selepas itu, aku sarungkan hoodie menutupi kepalaku.

Yurp, semata-mata mahu menikmati kek yang dimasak oleh Zafriel, aku sanggup buat benda bodoh macam ni. Sejak dua menjak ni, aku asyik mengidam nak makan kek aje. Ibu pun layan lah karenah aku.

Nampaknya, apa yang aku duga tak sama dengan apa yang berlaku sekarang. Aku fikir ibu takkan terima kehadiran anak aku ni tapi nampaknya aku silap. Semenjak ibu tahu aku mengandung, kasih sayangnya berlipat kali ganda.

Ibu tak pernah lelah melayan karenah aku. Abah pun, dia juga terima baik kehadiran bakal anak aku ni. Betullah apa Farah kata. Kalaulah aku jujur dari awal, mungkin beban yang aku tanggung pada bahuku takkan berat. Selama ini, fikiran negatif aku yang menghadkan aku untuk menceritakan segalanya.

Aku takut orang sekeliling akan hina aku, perli aku dan caci aku tapi sebenar nya benda itu tak jadi pun. Buktinya, mama masih terima aku.. malah makin melebih kasih sayang yang dia curah kan pada aku.

Perutku yang sudah mulai berbunyi buatkan aku gigit bibir. Hmm.. lapar!

Untuk tacapan kali terakhir, aku belek wajahku dari pantulan cermin. Nice. Nampaknya, gaya aku ni langsung tak dapat dikenali. Orang takkan tahu aku ni adalah Que Sarah Qaliesya. Heheh..

Enjin kereta aku matikan. Jalan aku lintas lalu cafe Zafriel aku dekati. Masuk sahaja ke dalam cafe, aku sedikit terkejut. Bukan main penuh lagi cafe Zafriel ini dengan pelanggan. Aku berdiri kaku di depan pintu.

Mataku meliar mencari tempat kosong. Dalam keadaan sesak begitu, sukar untuk aku mencari tempat kosong untuk aku menikmati juadah ku nanti.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu, cik?" sapa mesra lelaki yang tiba-tiba saja mendekatiku.

Aku terus mengalihkan pandanganku pada lelaki itu. Wajahnya aku pandang. Nametag nya aku pandang. Nama 'Pudin' tertera pada bajunya, sekilas aku pandang wajahnya semula. Dialah pengurus yang tahu nama aku hari itu.

"Erm.. ada meja kosong tak? Saya nak makan sini." ujarku.

Lelaki itu mengukir senyum nipis. " Ada cik. Mari ikut saya." sopan lelaki itu menuturkan kata.

Setelah itu, dia bawa aku menuju ke tempat kosong yang berdekatan dapur dan tak jauh daripada pintu masuk. Tempat duduk itu juga bersebelahan dengan tingkap. Aku puas hati. Punggungku aku labuhkan. Lelaki itu masih setia menanti aku.

Buku menu dia hidangkan pada aku. Dengan lembut, aku menyambutnya. Satu persatu menu yang tertera berjaya membuatkan aku kecur liur. Sesekali aku menoleh ke arah kabinet kaca yang menghidangkan pelbagai jenis manisan yang memikat selera.

Argh!! Susah betullah macam ni. Bila sudah lapar, semua benda aku rasa nak makan. Akhirnya, satu keluhan aku lepaskan. Wajahnya aku pandang.

"Apa saja kek coklat yang terbaik dalam cafe ni?"aku meminta cadangan.

"Kalau coklat putih, saya cadangkan cik memesan Petit Chocolour White. Ianya baru dalam menu kami dan mendapat sambutan. Kalau coklat susu, saya cadangkan cik memesan Lavour De' Chocolair. Ianya kek yang disaluti coklat susu dan di dalamnya ada buah beri bersalut caramel. Menjadi menu utama pilihan pelanggan setia kami." jelasnya memberi penerangan.

Dengar nama pun, aku sudah telan liur. Setelah lama, aku berkira-kira.. akhirnya aku buat keputusan. Lapar pun makin lama makin mencengkam.

"Saya nak pesan Lavour De' Chocolair. Air pula bagi chocolate shake topping chipsmore, okay?!" pesanku sambil menyerahkan buku menu itu kepada lelaki itu.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now