BAB 42

33.2K 865 10
                                    

Sudah tiga hari berlalu, dan.. sampai saat ini, Zafriel masih belum pulang ke rumah. Hanya tinggal 22 hari sahaja lagi perkahwinan lelaki itu dan Kartini akan menjelang. Hmm.. nampaknya, tak lama lagi Zafriel akan bahagia dengan pilihan nenda.

Aku pula? Masih terkebil-kebil begini. Tiada hala tuju. Yang pasti, aku ada cita-cita baruku. Keinginan aku untuk membesarkan anak aku, mendidik nya menjadi lebih baik.

Suasana taman pada petang itu nampak begitu menenangkan. Sengaja aku pilih Taman Tasik Titiwangsa sebagai lokasi untuk aku meluangkan masa. Aku mahu tenangkan fikiran, hati dan juga perasaan.

Bila berada di rumah, aku rasa sesak. Sesak dengan segala kenangan indah aku bila bersama Zafriel. Makin aku ingat kenangan itu, makin itu juga aku sebak.

Tanpa aku sedar selama ni, Zafriel cuba untuk bahagiakan aku. Dia layanan karenah aku, dia layan perangai mengada aku dan dia juga tak pernah mengeluh dengar bebelan aku. Mengenangkan itu, bibirku menguntum senyum senget.

Thanks lah, Zafriel.. sebab sudi tabahkan hati melayan perangai aku yang super duper kerek ni.

Sedang leka aku termenung menghadap tasik, telefon pintar yang berada dalam kocek seluarku bergetar. Cepat-cepat aku angkat. Fikirku, ianya adalah panggilan daripada Zafriel.

"Zaf.." belum sempat aku menghabis kan namanya, kata-kataku terus mati bila suara ibu memberi salam. Kelu terus lidahku.

"Kamu sebut nama siapa tadi?" duga ibu dalam nada musykil.

Tergamam aku dibuatnya. Nampak nya, telinga ibu sangat tajam. Aku rasa nama Zafriel aku sebut tak ada lah kuat sangat. Sedang-sedang saja tapi telinga ibu itu peka aje.

"Tak ada sesiapa. Ibu salah dengar kot?" tempelak ku cuba menenang kan nada suaraku.

"Kamu jangan nak kelentong ibu. Tadi, ibu ada dengar kamu sebut nama seseorang. Kamu sebut nama Zafriel?"tebakan ibu buatkan aku telan liur.

Ah, sudah! Ini masalah besar ni! Kalau ibu dapat tahu fasal perkahwinan semula aku dan Zafriel, mungkin itu adalah masalah besar. Kalau ibu tahu, maknanya papa juga akan tahu dan mungkin juga ia akan tersebar pada semua orang. Fikirku.

Aku diam di hujung talian. Memikir kan cara untuk menghilangkan kemusykilan ibu. Yurp, susah nak menipu orang cerdik akal seperti ibu ni. Ibu aku itu pun bukannya calang-calang. Dia adalah bekas peguam sebelum berkahwim dengan abah. Hmm..

"Kenapa ibu mesti sebut nama lelaki itu? Ibu, Iesya taknak dengar nama dia, bu." serentak itu nadaku berubah kesal. Acah-acah sendu kejap.

"Ie-Iesya.. ibu tak bermaksud nak buat kamu sedih. Erm.. okey. Mungkin ibu salah dengar tadi. Maaf kan ibu." akhirnya ibu mengalah bila dengar lakonan suara aku yang mantap itu.

Phuh!! The big problem has been settle by Que Sarah Qaliesya yang gorgeous!

"Tak apalah ibu. Iesya faham. Ermm.. kenapa ibu call Iesya ni?" soalku masih dengan lakonan sebak sendu ku.

"Erm.. ibu nak kamu teman ibu kat rumah. Dua hari lepas, abah kamu fly pergi Brunei jadi ibu seorang aje sekarang dalam rumah. Kamu teman ibu, ya nak?" pinta ibu dalam nada mengharap.

Aku ketap bibir. Memandangkan aku pun sekarang sedang berseorangan di rumah. Baiklah kiranya kalau aku teman ibu. Hmm, terubat sikit rindu dan luka di hati ni.

"Baiklah ibu. Pagi esok, Iesya berangkat." balasku.

"Baguslah kalau macam itu. Hmm, ibu nak kemas rumah kejap. Bye. Assalamualaikum." ucap ibu.

Selesai sahaj menamatkan panggilan, aku simpan telefon pintarku ke dalam kocek seluarku semula. Satu keluhan aku lepaskan.

Daripada aku terus termenung tak tentu fasal, lebih baik aku balik. Lagipun, langit pun sudah berubah kuning menandakan waktu senja akan berganti.

Aku bangun dari dudukku. Dengan langkah kemas, aku aturkan menuju ke tempat parking kereta ku. Belum sempat aku mendekat, tubuhku terus dilanggar dari arah hadapan membuatkan aku hampir saja terjatuh namun pantas ada tangan yang merangkul pinggangku.

Tergamam aku dibuatnya. Wajah orang yang langgar aku itu, aku pandang.

"Hye babe, dah lama kita tak jumpa kan? Rindu I tak?" sapanya masih memeluk pinggangku.

Aku terpaku. Kedua-dua belah mata nya aku pandang. Serentak itu, aku menolak kasar tubuhnya menjauhi aku.

"Tha-Thaqif? Y-you buat apa kat sini?" soalku terketar-ketar. Entah kenapa jantung aku berdebar bila bersua muka dengannya semula.

Sudah lama rasanya, aku tak jumpa Thaqif semenjak kejadian malam itu. Dia kelihatan berjambang sedikit namun masih terserlah ketampanan nya di situ.

"I jogginglah. Tak sangka, I boleh jumpa you kat sini. Nampaknya, ikatan jodoh kita ni masih kuat lagi." ujar Thaqif dengan sengihannya itu.

Aku kacip gigi. Wajahnya aku pandang dengan dahi berkerut. "Jangan nak merepeklah, Thaqif. You dah ada Zulaikha. Antara kita dah tak ada namanya jodoh." tegas ku mahu berura-ura pergi darinya.

Namun, pantas Thaqif menahan lenganku. Serentak itu, aku menoleh memandangnya.

"Kenapa you cakap macam itu? You dah tak sayangkan I ke, Iesya? You dah tak cintakan I ke?" Thaqif sudah mulai menagih.

Aku tolak kasar tangannya. Panas pula hati aku tengok Thaqif merayu seperti orang kurang siuman begitu. Orang sekeliling sudah pandang lain macam pada aku.

"Diam! I taknak you merapu lagi. For me, kita dah tak ada apa-apa. So, please.. lepas ni, buat macam kita tak pernah kenal langsung!" tegasku lalu mengatur langkah laju meninggalkan Thaqif.

Serious! Thaqif memang sudah hilang kewarasannya!
...
"Babe!"

Seruan Kartini disambut mahu tak mahu saja oleh Zafriel. Gadis itu sudah terlompat-lompat merapati nya. Sebuah senyuman yang Kartini beri padanya disambut dengan sengihan tak ikhlas.

"Cantikkan dress kahwin I ni?" soal Kartini mahu minta pendapat.

Di hadapan Zafriel, dia berpusing dengan lembut. Gaun putih yang kembang di bahagian bawahnya itu benar-benar buat Kartini rasa bahagia. Nampaknya, makin menebal rasa tak sabarnya untuk hari perkahwinan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

"Zaf, cantikkan dress ni?"ulang Kartini bila soalannya langsung tak disahut.

Zafriel mengangguk perlahan. Macam mahu tak mahu saja. Setelah itu, dia kembali membelek telefon pintarnya. Melayan 'Mobile Legends' lagi bagus.

Kartini mendengus kecil. Isy! Jatuh kan mood betullah Zafriel ni. Aku tanya baik-baik, dia buat donno aje? Aku aje ke yang terlebih excited nak jadi bini dia ni?

"Zaf, you dah try sut itu? I nak tengok." Kartini cuba memujuk hati. Sehabis baik dia lembutkan nada suaranya.

Pesana Engku Ziemah untuk mendapatkan hati Zafriel digunakan nya ketika ini. Segala tips yang diberi kan wanita itu dia pakai. Yurp, demi dapatkan cinta.. Kartini sanggup buat kerja gila. Asalkan, Zafriel menoleh memandangnya.

"Abang dah cuba." serangkap ayat sebagai jawapan.

"Erm.. I nak tengok. Boleh tak you pakai lagi sekali?" pinta Kartini dalam nada memujuk.

Zafriel mengerling Kartini sekilas kemudian jam tangannya di belek. Satu keluhan dia lepaskan. Wajah gadis itu dipandangnya tanpa perasaan.

"Tini kata kita dalam butik ni dua jam aje kan? Pukul 3 nanti, abang ada appointment penting. Please, jangan buang masa abang." mendatar saja nada suaranya.

Kartini kacip gigi. Mahu tak mahu terpaksa juga dia menuruti perintah Zafriel. Huh!!

Kenapa susah sangat aku nak dapat kan hati kau, Zafriel?! Kau nak aku guna bomoh ke untuk dapatkan cinta kau? Huh, kalau boleh.. dah lama aku buat tapi..

Aku nak cinta kau yang tulus dan bukannya gunaan. Tolonglah fahamkan itu, Zafriel.
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now