BAB 55

39.4K 975 6
                                    

Selesai menulis surat, aku selitkannya di bawah lampu meja. Air mataku yang berbirai membasahi pipi aku seka. Mungkin inilah penamatnya. Penamat untuk aku bersama dengan Zafriel. Sekeliling ruang tamu itu aku pandang dengan rasa serba-serbi.

Banyak betul kenangan aku dengan Zafriel dalam rumah ni. Walaupun kenangan itu semuanya kenangan rasa benci aku pada lelaki itu namun.. kerana hadirnya kenangan itu, aku rasa ingin tersenyum sendiri apabila mengenangkannya.

"Ish, dia ni.. tak habis-habis dengan bola." bebelku dengan nada tak puas hati. Sengaja aku kuatkan sedikit suara ku agar pihak di situ terasa.

Mana tak geramnya? Bila pukul 5 aje, mesti dia yang tercongol depan tv. Aku nak tengok drama sendu pun tak dapat. Phuhh!!! Sudah itu, kalau aku menyemak kat ruang tamu.. tak fasal-fasal aku yang sakit hati. Dia itu memang tak senang kalau aku ada di ruang tamu, mesti ada aje benda yang dia nak gaduhkan dengan aku.

Zafriel diam saja. Kata-kataku langsung tak dibalas malah volume tv ditingkatkannya. Makin gamak rasa marahku dibuatnya.

"Encik Zafriel, awak kena sedar yang dalam rumah ni bukan awak seorang aje tau. Jadi, tolonglah jangan pentingkan diri sangat." ujarku sambil aku atur langkah merapati Zafriel.

"Lah, ada orang lain rupanya dalam rumah ni? Aik, puan Qaliesha tak keluar ke petang ni?" perlinya bersahaja.

Tergamam aku dibuatnya bila perliannya menerjah telingaku. Tak semena-mena bibirku aku ketap kejap. Tak guna!

Tempat duduk di hadapan Zafriel aku duduki. Mataku menikam wajahnya yang kelihatan tidak bersalah itu. Selamba sahaja dia mengunyah twisties lepas perli aku? Aih, mamat ni.. nak kena lempang aku gamaknya ni.

"Bagi saya remote cepat, saya nak tengok drama Park Seo Joon. Bagi cepat!!"rengekku sudah menghulur tangan meminta.

Zafriel kerling aku dengan sebelah keningnya terangkat. Setelah itu, dia alihkan perhatiannya pada kaca tv. Remote control yang ada dalam tangannya dipegang erat. Seperti tak nak bagi pun ada juga.

"Kau ni.. Boleh tak kalau satu hari tak kacau aku tengok tv? Park Seo Joon, Park Seo Joon.. benda alah apa lah kau sebut tu?" balas Zafriel tak mahu kalah.

Aku ketap bibir. "Tak cukup ke semalam, dua hari lepas awak tengok tv? Bagilah saya tengok tv pula."

"Nope." pendek saja dia balas kali ini.

Bukan Qaliesya namanya kalau tak putus asa. Jangan haraplah aku nak bagi dia menang.. no way, no more!!
Beberapa kali aku merayu dan meminta, namun Zafriel masih berkerasa tak nak bagi.

Akhirnya aku hentak kaki marah. Ish!!! Apa punya lelaki lah yang degil sangat nak mengalah dengan kaum hawa ni?! Spesies terancam..

"Fine! Tak nak bagi tak apa!" gertak ku lalu terus berlalu dari ruang tamu.

Di belakangku, Zafriel sekadar tersengih. I win!

Hahaha.. aku? Kalah? Hello, I'm Qaliesya okay. Tak semudah itu untuk aku mengalah lagi-lagi kalah dengan si Engku Zafriel Syeikh itu. Langkahku aku aturkan ke main power rumah tersebut. Bibirku sudah tersengih penuh jahat.

"Say goodbye to your bola, Encik Zafriel. Hehehe.."ucapku sendirian lalu tanganku mematikan suis utama. Kotak fius itu aku kunci lalu kuncinya aku selitkan ke dalam poket seluar.

Teringatkan kejadian itu, aku tersenyum pendek. Jahilnya aku dulu. Hahaha.. zaman-zaman tak matang lah katakan.

"Selamat tinggal, Zafriel." ucapku lalu bangun dari sofa yang aku duduki. Bagasi yang sudah aku kemas aku bawa bersamaku. Langkah kaki yang terasa berat, aku gagahkan untuk diatur.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now