Drama bersiri 'Heroku Mr. Police' yang bertayang di kaca tv langsung tak menarik minatku. Harap sahaja mataku menadah ke tv namun fikiran ku terbang ke tempat lain.
Sejak kebelakangan ni, aku lebih banyak termenung daripada bercakap. Mood nak main aplikasi sosial pun sudah berkurangan. Hmm.. betullah. Bila kita mengandung ni, mood kita mesti akan selalu turun dan naik.
Bila aku gembira, senyumku akan melebar sampai ke telinga. Benda yang tak kelakar pun aku akan gelak tapi.. Bila mood tak baik aku itu dqtang, jangan haraplah boleh nampak aku senyum. Benda kecil pun confirm aku akan marah. Pelik kan?
Fikiranku tak semena-mena terimbau kan kejadian petang tadi. Kejadian di mana aku tanpa sengaja terdengar perbualan Zafriel melalui telefon. Aku duga itu adalah perbualannya dengan Engku Ziemah, nendanya.
"Huh, Zaf penatlah nenda. Nanti-nanti lah Zaf fikir untuk semua benda itu." terdengar nada keberatan berbaur dalam patah bicaranya.
Aku yang ketika itu sedang bersembunyi di dapur hanya mendiam kan diri. Telingaku aku pasang kedua nya. Mahu mendengar apa yang anak beranak itu bicarakan.
Untuk seketika Zafriel diam. Mungkin mahu memberi laluan kepada nenda nya itu pula untuk membalas bicara. Di sebalik dinding, aku lihat kerut-kerut malasnya itu.
"Nenda janganlah macam ni. Zaf dah ikutkan apa yang nenda nak? Biarlah, lepas kahwin nanti Zaf fikirkan cara macam mana nak rapat dengan Tini.. Nenda jangan risau."
Kerana bicara Zafriel itu, buatkan aku betul-betul tak senang duduk diam. Berkali-kali kata-katanya itu menghentam fikiranku. Huh, kenapa aku boleh terlupa tentang hal itu?
Hanya tinggal 25 hari saja lagi, Zafriel akan melangsungkan perkahwinannya dengan Kartini. Yurp, masa yang singkat. Pejam celik pejam celik, lelaki itu akan menjadi suami sah kepada Kartini gedik itu.
Tanpa aku sedar, air mataku jatuh membasahi pipi. Terus aku seka. Apakah? Kenapa kau perlu menangis , Qaliesya? Bukan ke itu bagus?
Kau bukannya akan berstatus isteri kepada Zafriel dalam jangka masa panjang pun kan? Kau hanya bergelar isteri kepada Zafriel dalam hanya tempoh 4 bulan saja dan lepas itu, semuanya akan selesai. Kau kena ingat itu!
Perutku aku belai lembut. Sebak dadaku bila mengenangkan nasib bakal anak aku ni. Kasihan. Terpaksa hilang belaian seorang bapa kerana keegoan aku. Kalaulah malam itu, aku tak berdegil. Kalaulah malam itu, aku tak menguji kesabaran Zafriel.. Mungkin anak aku masih ada ayah?
Huh! Nampaknya ego aku bukan setakat susahkan diri aku sendiri malah ia juga membunuh kebahagiaan bakal anak aku nanti. Hmm.. menyesalnya aku.
Sedang leka aku termenung, gegendang telingaku menangkap bunyi pintu bilik yang ditutup. Laju sahaja kepalaku menoleh ke arah Zafriel yang baru keluar dari bilik tidur kami.
Atas bawahnya aku belek. Zafriel nampak segak mengenakan kardigan hitam dengan T-shirt kelabunya. Nampak manly dan terserlah ketampanannya. Zafriel berjalan ke hadapan. Langsung wajahku tak dipandangnya.
Aku ketap bibir. Pandanglah aku, Zafriel! Pandang aku!! Hatiku meronta. Yurp, itu apa yang aku mahukan ketika ini.
"Zafriel!"akhirnya namanya aku seru.
Langkah Zafriel terus mati. Namun, dia masih tak menoleh memandang aku. Kepalanya ditundukkan ke lantai. Gelagatnya seakan mahu mengelak daripada bertentang mata dengan aku.
Aku berlari anak mendapatkan Zafriel. Sebingkis senyuman kelat aku hadiahkan pada lelaki itu. Di hadapannya, aku berdiri. Dari hujung rambut sampai hujung kakinya aku belek..
YOU ARE READING
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)
Short StoryPerkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpi...