BAB 56

40.2K 983 17
                                    

Termasuk kali ini, sudah lima kali rasanya Puan Sri Diana memujuk Kartini untuk makan. Namun gadis itu berkali-kali menepis. Jendela yang memaparkan pemandangan langit itu dipandang oleh Kartini dengan rasa kosong. Sama kosong seperti hatinya.

"Tini, sekali aje mama minta kamu makan. Sudah dua hari kamu tak makan apa-apa. Minum air pun cuma air kosong. Macam mana kamu nak sembuh kalau macam itu?"soal Puan Sri Diana yang masih tak berputus asa memujuk Kartini.

Kartini langsung tak mempedulikan butir bicara yang dihamburkan oleh mamanya itu. Dia masih seperti tadi. Termenung. Diam. Dan..menikmati pemandangan di luar sana. Suasana riuh sakan di bawah sedikit sebanyak mengisi keheningan yang membelengu ruang rehatnya itu.

"Tini.. untuk sekali ini aje sayang. Tolong ikut cakap mama. Kalau kamu sakit nanti, macam mana?"rayu Puan Sri Diana. Sudu yang berisi bubur itu disuakan ke wajah gadis itu.

Terus Kartini gelengkan kepala. Wajah Puan Sri Diana dipandangnya sejenak. Tiada secalit pun senyuman. Wajahnya serius. Marah pun tidak, gembira jauh sekali.

"Tiada siapa yang akan kisah kalau Tini sakit sekalipun. Zafriel pun tak pedulikan Tini." ujarnya mendatar. Terselit nada sebak di dadanya.

Mana tak sebaknya? Orang yang dia harap akan datang menjenguknya di hospital langsung tiada. Siapa tak sedih, siapa yang tak terluka? Sedar-sedar sahaja daripada pengsannya, orang pertama yang dia lihat depan mata adalah wajah Pudin. Bukannya.. Zafriel.

Sudah lupakah lelaki itu padanya?

"Kamu masih bergantung harap dengan Zafriel? Selepas apa yang dia buat pada kamu, kamu masih panggil nama dia lagi?" jerkah Puan Sri Diana sedikit geram.

Kartini sudah menundukkan pandangan ke lantai. Kelihatan rasa serba-serbinya. Dia sedar apa maksud yang cuba disampaikan ibunya itu. Sampai bila dia perlu berharap pada orang yang tak mahukan dia? Tapi..

Hatinya masih sayangkan lelaki itu. Jauh di sudut jiwanya yang paling dalam, Kartini masih cintakan Zafriel. Lelaki itulah yang berjaya menambat hatinya dan mengajar dia cara untuk setia.

Air mata Kartini mengalir perlahan. Entah apa lah yang patut dia katakan? Tipulah kalau dia tak kecewa, tipu jugalah dia kalau dia tak rasa sakit hati. Tak semudah itu untuk dia merawat luka besar dalam hatinya.

Puan Sri Diana yang memerhati Kartini akhirnya mengeluh perlahan. Mangkuk yang berisi bubur ayam diletakkan di meja kecil bersebelahan  katil Kartini. Lengan gadis itu diurutnya perlahan. Sebak dadanya bila melihat anak tunggalnya itu menangis.

"Kenapa dunia tak pernah adil pada Tini, ma? Apa yang Tini nak cuma..Tini cuma nak bersama dengan orang yang Tini cinta. Salah ke benda itu, ma?"soal Kartini diselangi sedu-sedan.

"Tak ada pun yang salah dengan apa yang kamu buat. Mama tahu kamu kecewa tapi.. ini melibatkan hati dan perasaan orang lain. Kita tak boleh paksa orang lain cintakan kita." ujar Puan Sri Diana  perlahan. Bahu gadis itu diurutnya perlahan.

Kartini ketap gigi. "Tini dah buat semuanya untuk pikat Zaf tapi.. dia sendiri yang tak cuba untuk terima Tini. Sedih Tini, ma. Dia tipu Tini dan dia pilih perempuan itu... dan, bukannya Tini." keluh Kartini masih bersisa air mata.

Puan Sri Diana sekadar mengganggukkan kepala. Satu keluhan nipis dia lepaskan. Entah kenapa,  fikirannya tiba-tiba terfikirkan fasal seseorang. Pudin. Tak semena-mena, bibirnya meleret sengih pendek. Wajah Kartini ditatapnya dengan penuh makna.

"Tini taknak cuba buka hati Tini untuk orang lain ke?"soal Puan Sri Diana tersirat makna.

Dahi gadis itu berkerut. Wajah wanita itu dipandangnya. "Maksud mama?"

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora