BAB 54

37K 963 17
                                    

Pudin menghampiri katil tempat di mana jasad Kartini di tempatkan. Wajah pucat Kartini dipandangnya dengan wajah serba-serbi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa risau nya dia kalau kehilangan gadis itu depan matanya.

Kartini adalah perempuan yang paling lama dia cinta. Sejak pertama kali jumpa gadis itu, perasaan cinta itu hangat menyapa hatinya. Dan, sejak itulah Pudin tak pernah berputus asa mendapatkan gadis bernama Kartini itu.

"Kau pergi mana tadi?" soal Zafriel apabila melihat Pudin berjaya turun dari tembok yang memagar sekitar sekolah tahfiznya itu.

Pudin ketap bibir. Tak semena-mena bunga ros putih itu disembunyikan di belakang badan. Namun, mata tajam Adam berjaya menangkap perilaku anehnya itu.

"Kau petik bunga itu untuk siapa?" soal Adam dengan dahi berkerut.

Pelik juga dia bila tengok Pudin bawa bunga. Takkanlah lelaki tulen macam Pudin nak jadi mat bunga pula kan? Pfft.. Pudin jadi mat bunga? Tak mengaku kawan, dek non oit..

"Entah. Bunga ros putih pula itu?" sambung Zafriel pula. Dia juga turut tidak terkecuali menangkap tindakan pelik Pudin itu.

Sejak mula kelas tadi mereka berdua mencari kelibat Pudin. Nasib baiklah, diorang bertiga berkawan sehidup semati. Nak tak nak, Zafriel dan Adam terpaksa back up Pudin yang tidak hadir ke kelas Tajwid.

Sehari suntuk mereka mencari temannya yang seorang itu tapi nampaknya Pudin keluar sembunyi-sembunyi dari sekolah tanpa beritahu mereka terlebih dahulu. Kata member? Takkan nak ponteng pun tak ajak kan?!

"Korang berdua jangan nak sibuklah. Ke tepi." bentak Pudin cuba untuk menerobos laluan antara Zafriel dengan Adam.

Namun, kekuatan dua orang lelaki memang tak mampu untuk dia tandingi. Walaupun hakikatnya, tubuh Pudin lebih sado daripada tubuh Zafriel dan tubuh Adam. Tak semena-mena, Pudin tertolak ke belakang.

"Apa masalah korang berdua ni? Blah lah! Aku nak masuk bilik." jerlah Pudin tak puas hati. Bunga ros putih itu masih disembunyikan di belakang badannya.

"Apa masalah kitorang? Weiyh, Pudin. Aku yang sepatutnya tanya. Apa masalah kau ni. Ponteng taknak ajak kami sekali?" balas Adam sudah berpeluk tubuh.

"Sekali sekala, aku ponteng sorang apa salahnya kan?" soal Pudin cuba untuk membela diri.

Zafriel ketap bibir. Dia tak berapa kisah sangat fasal Pudin tak ajak ponteng sekali. Cuma.. dia asyik terfikir apa kaitan Pudin dengan bunga ros putih itu.

"Apsal kau bawa balik ros itu? Kau nak bagi siapa?" soal Zafriel mengalihkan pandangannya pada Pudin.

Pudin terus alihkan matanya pada Zafriel. Soalan cipumas Zafriel itu berjaya mengugut rasa tenang dalam dadanya.

Adam ataupun Zafriel, kedua-duanya tak tahu yang Pudin ada hati pada Kartini. Tanpa sesiapa sedar, dia keluar ke pekan seorang diri semata-mata mahu membeli bunga roa putih itu untuk Kartini. Dengar kata, Kartini minat pada bunga jenis itu.

Kalau dah cinta, semua benda Pudin akan lakukan asalkan dia dapat menarik minat gadis itu untuk mengenalinya. Walaupun pekan itu jauh, tapi Pudin tak kisah. Biarlah jauh asalkan dia dapat tengok Kartini senyum bila nampak hadiahnya yang tak seberapa itu.

"Untuk cikgu ros."spontan dia menghamburkan jawapan.

Seperti apa yang dia tebak. Kedua-dua lelaki itu sudah berkerut dahi lalu berpandangan sesama sendiri. "Untuk cikgu ros?" serentak Zafriel dan Adam bersuara.

"Bukan cikgu ros suka bunga melur ke? Lagipun, hari guru lama lagi kan?" bertubi soalan menerjah Adam. Pelik.

"Kau apa tahu. Cikgu ros memang suka bunga ros putih."bela Pudin dengan lagak tenang.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now