BAB 36

35.9K 1K 6
                                    

"Assalamualaikum."ucap Zafriel dari luar.

Namun, salamnya langsung tak disahut dari dalam. Sekali lagi, Zafriel menoleh ke belakang. Kereta Qaliesya yang tersadai elok di depan rumah banglo setingkat itu dipandangnya.

Zafriel kacip gigi. Untuk kesekian kalinya, dia mengetuk pintu sambil ucapan salam dihulurnya namun masih seperti tadi. Tiada langsung sebarang jawapan dari dalam. Akhirnya, Zafriel mengalah.

Kunci pendua dikeluarkan dari kocek seluarnya lalu tombol pintu yang terkunci dibukanya. Perlahan-lahan pintu rumah dikuaknya lalu langkahnya kemas menuju ke ruang tamu.

Sambil itu, matanya ligat mencari kelibat Qaliesya. Tiba sahaja di ruang tamu, Zafriel mematikan langkahnya. Kelibat gadis yang sedang asyik mengulit mimpi dipandangnya dengan senyuman sinis.

Beza betul ruang tamu sebelum dia pergi dan sekarang. Bersepah. Kusyen sofa berselerak. Pinggan dan cawan juga masih tersadai di atas meja kopi. Qaliesya pula tidur membongkang sambil memeluk kusyen sofa.

'Haih, perangai kau dari dulu sampai sekarang masih tak berubah. Masih sama..' keluh Zafriel dalam hati.

Untuk seketika wajah Qaliesya yang sedikit comot dengan sisa coklat dipandangnya. Yurp, kau masih sama Qaliesya. Masih sama macam dulu. Perangai kau dan juga tidur kau..

Perlahan-lahan Zafriel menyusun kusyen ke tempatnya semula. Meja kopi di ruang tamu dibersihkannya. Sehabis baik, Zafriel melakukan semua itu tanpa mahu mengejutkan Qaliesya langsung.

Selesai sahaja mencuci pinggan, Zafriel ke ruang tamu semula. Sofa di hadapan Qaliesya didudukinya sambil keluhan penat dilepaskannya. Ingatkan bila balik rumah, bolehlah dia rehat tapi.. mengemas pula.

"Erm, nak lagi.."rengek Qaliesya perlahan.

Zafriel yang mendengar rengekan manja Qaliesya itu tergamam. Namun, selepas itu bibirnya mengukir senyum pendek. Wajah gadis itu dipandangnya lama. Anak mata hazelnya mati ke arah sisa coklat yang masih melekat di sekitar bibir gadis itu.

Bingkas, Zafriel merapati tubuh yang masih kaku membuai mimpi itu. Dia duduk bersila di atas lantai menghadap Qaliesya yang masih diam. Perlahan-lahan, ibu jarinya menyapu tubir bibir milik gadis itu lembut.

Sempat Qaliesya merengek pendek sebelum dengkur halusnya berganti. Zafriel terus menarik nafas lega. Nasib baiklah, gadis itu tak terjaga. Phuh..

Untuk seketika, Zafriel membelek wajah Qaliesya. Tak semena-mena bibirnya meleret senyum nipis. Sudah lama rasanya dia tak merenung wajah itu. Wajah yang buatkan hatinya rasa berdebar bila ada di depan mata, wajah yang sering kali menghantui mimpi lena nya. Yurp, dia rindukan wajah itu.

Namun sayangnya, nikmat itu hanya mampu dirasakan untuk sementara. Selepas Qaliesya melahirkan anak mereka, gadis itu akan pergi tinggalkannya semula. Hmm.. kalau boleh Zafriel tak mahu itu terjadi.

Tapi.. Bagaimana dia mahu menghalang? Bagaimana caranya untuk beritahu gadis itu bahawa perasaan cintanya hanyalah pada gadis itu? Kalau Zafriel berani luahkan, mungkin perpisahan takkan berlaku. Mungkin?

Zafriel mengalihkan ekor matanya ke perut Qaliesya yang sudah menunjukkan babybump nya. Comel aje. Zafriel tersengih pendek.

Dia juga tak sangka yang Qaliesya akan mengandungkan anaknya. Bila dapat tahu itu, hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dia ketika itu. Sempat juga Zafriel buat testing untuk iqamah kan baby nya nanti. Haha.. excited punya pasal.

Nampaknya, Tuhan masih beri dia peluang untuk bersama Qaliesya walaupun tempohnya itu hanyalah untuk sementara. 

Perlahan-lahan Zafriel mengangkat tangannya mahu menyentuh babybump gadis itu. Baru sahaja mahu sentuh, telefon pintarnya berbunyi. Terkejut Zafriel dibuatnya.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now