BAB 14

29.4K 943 16
                                    

T-Tak...!! Tak Mungkin!!!!!

Terasa bagaikan ada sesuatu yang merasuk tangkai jantungku ketika itu. Dua line yang terpapar pada alat penguji kehamilan itu betul-betul ubah aku jadi orang tak waras. Air mataku laju mengalir. Deras.

Tak semena-mena, alat penguji kehamilan itu aku lempar ke lantai. Tak guna!! Macam mana aku boleh termengandung pula sekarang ni? Kenapa baru sekarang ada janin dalam perut aku? Kenapa bila aku dah berpisah dengan Zafriel,semua benda ni jadi!

Aku terduduk atas lantai. Rambutku yang tadi aku ikat sanggul terus aku kusutkan. Kusut seperti fikiran aku yang sedang serabut ketika ini. Aku cuba untuk matikan air mataku namun tak boleh.

Perasaanku ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu. Perasaan takut, risau, seram, marah dan geram bercampur baur. Apa patut aku buat sekarang ni? Aku takut kalau anak ini lahir nanti, dia akan lahir sebagai anak tak berbapa. Aku risau dengan pandangan serong masyarakat bila dapat tahu aku mengandung. Bukannya aku tak tahu, yang mereka sudah capkan aku sebagai perempuan liar bila tengok cara dan perilakuku yang sangat bebas. Namun kenyataannya, aku dapatkan anak ni dengan cara yang halal.

Ergh!! Memang cara halal tapi cara itu cara yang boleh buat aku rasa nak bunuh diri sekarang juga. Aku geram kerana malam itu malam aku tak mampu menolak. Aku tak sangka aku boleh jadi bodoh malam itu. Arghh!!! Kalaulah aku tak terbawa nafsu yang menyetan, mungkin aku dan Zafriel takkan.. huh!!

Apa yang berlaku pada malam itu, masih segar dalam ingatan aku. Pelukannya, kucupannya malah sentuhannya yang menyinggah pada ubun tubuhku memang sangat buat aku tak boleh untuk menolak. Yurp.. dan bila benda ni sudah jadi.. Aku rasa sangat bodoh!

Patut ke kalau aku gugurkan anak ni?  Makin deras air mataku bila aku terfikirkan idea itu. Nope! Aku tak kejam. Aku tak sekejam itu sampai nak membunuh nyawa yang tak berdosa yang kini sedang menumpang teduh dalam rahimku. Tak! Aku tak boleh buat macam itu.

Habis? Apa lagi idea yang kau boleh fikirkan buat masa sekarang Qaliesya? Anak itu makin lama makin membesar.. perut kau juga makin lama akan makim buncit. Takkan kau nak berkurung dalam rumah? Nanti bila anak tu lahir, apa yang kau akan beritahu dia kalau dia mula tanya ayahnya siapa?

Takkan aku nak kata ayahnya Engku Zafriel Syeikh, lelaki yang aku langsung tak cintakan itu. Kau tak cinta tapi sekarang kau sudah terbabas dengan dia. Mana mungkin masa boleh diundurkan semula. Huh!! Patut ke aku beritahu Zafriel semua ni?

"Argh,serabutlah!!!! Bodoh!!! Qaliesya kau memang bodoh!!!!" gertakku sambil memukul-mukul kepalaku yang tidak bersalah.

Gelagatku itu ibarat orang yang tak waras. Alat penguji kehamilan yang terletak tidak jauh dariku aku capai lalu aku lontarkan ke dinding. Mahu saja aku mencarut berjuta! Yurp!! Itu mungkin dapat tenangkan aku sekarang ni..

"Sial! Kau memang sial, Qaliesya. Kalau tak disebabkan kebodohan kau, benda ni takkan jadi! Takkan, kau faham tak!!!" gertakku pada diri sendiri.

Mana mungkin, aku akan beritahu Zafriel tentang perkara ni. Apa yang aku nak tuntut daripada dia kalau dia tahu sekalipun? Nak tuntut tanggungjawab? Pfft.. kau lupa ke Qaliesya, Zafriel sekarang ada kehidupannya sekarang ni.

Dia sudah bertunang dengan si Kartini gedik itu. Dia dah bahagia dengan perempuan itu. Dan.. sekarang kau nak kacau daun pula? Dengan anak ni, kau nak minta Zafriel bertanggungjawab? Huh, jangan jadi bodohlah, Qaliesya! Jangan jadi bodoh!

"Aku nak mati sekarang juga!! Aku nak mati!!!" tengkingku melampias kan amarahku.

"Qaliesya!!!"

Farah tergamam tatkala mendengar apa yang aku hamburkan. Pintu bilikku yang terbuka mengizinkan dia memasuki bilikku. Terus, Farah mendapatkan tubuhku lalu dipeluknya erat. Aku menangis semahunya dalam dakapan Farah.

"Kenapa ni, Qal? Kenapa kau menangis ni?!"soal Farah bertubi-tubi. Bila tengok keadaan aku yang menyayat hati itu, dia juga turut sebak.

Aku hanya diam. Buat masa sekarang, aku malas nak bahaskan hal ini. Kalau boleh, aku nak simpan daripada sesiapa!

Mata Farah tak semena-mena terpandangkan sesuatu yang berada tidak jauh dari tempat kami berdua. Perlahan dia meninggalkan aku. Kaku aku tatkala melihat Farah menghampiri alat penguji kehamilan yang aku lempar ke dinding tadi. Aku nak menghalang namun sudah tidak sempat.

Alat itu sudah ada dalam tangan gadis itu. Untuk seketika, Farah membelek alat itu sebelum aku lihat reaksi terkejut yang cukup jelas daripadanya. Dia pandang aku dengan perasaan bercampur baur.

"Sebab benda ni ke kau jadi macam ni?"soal Farah.

Aku masih diam. Kepalaku aku tundukkan ke bawah. Argh!! Tak guna aku rahsiakan pun, Farah sudah tahu.
...
Sejak bangun tadi, selera makannya berkurangan. Apa yang dihidangkan di hadapan matanya. Semuanya tak kena. Tak boleh bau tomyamlah, tak boleh bau samballah, tak boleh bau ikanlah. Banyak betul songehnya hari ni..

"Zaf, kenapa dengan kamu ni? Macam tak sihat aje nenda tengok. Kamu sakit ke?" soal Engku Ziemah merapati Zafriel di meja makan.

Zafriel yang ketika itu sedang leka mengurut kepala hanya memandang nendanya sepintas lalu. Disebabkan hari ni dia tidak berapa nak sihat, maka, dia ambil keputusan untuk  cuti sakit hari ni.

Sekarang dia tidak risau sangat bila tak datang kafe sebab sekarang dia sudah ada orang kanan. Ipul jalankan tugas memang tiptop. Bukan calang-calang rupanya kawannya itu.

"Entahlah nenda. Sejak dari tadi, badan Zaf ni rasa tak sedap aje. Hmm.." rungut Zafriel sambil belakang kepalanya diurut perlahan.

Engku Ziemah sudah tersenyum simpul. "Biasalah itu. Memang kalau nak dekat kahwin, memang macam itu.. Kamu risau ke, Zaf?" duga wanita itu mengusik.

Zafriel sekadar menyungging senyum tipis. Risau? Sepanjang menunggu masa nak dinikahkan ni pun, Zafriel tak rasa apa. Kosong. Teruja pun tidak? Seronok pun tidak. Biasa-biasa sahaja. Nendanya saja yang terlebih seronok.

"Mungkinlah, nenda. Huh.."di hujung ayat, Zafriel mengeluh kecil. Ayat itu dihamburkan semata-mata mahu menjaga hati Engku Ziemah.

Kad jemputan yang sedari tadi dipegangnya terus ditunjukkan pada Zafriel. Itulah tujuan utamanya nak datang jumpa Zafriel tadi. Dia mahu beritahu lelaki itu bahawa kad jemputan yang ditempah sudah siap. Kad jemputan berwarna unggu dan putih itu sangat cantik pada pandangan Engku Ziemah.

Kad undangan itu bertukar tangan. Sekilas, Zafriel membelek sebelum dia letakkan kada itu semula ke atas meja. Sakit kepalanya benar-benar buatkan seleranya jatuh.

"Cantik tak kad itu, Zaf? Itu Tini yang reka sendiri tau?! Teruja nenda tengok hasilnya." puji Engku Ziemah dengan senyuman melebar.

Zafriel sekadar anggukkan kepala. "Cantik, nenda. Ermm.. Zaf, rasa Zaf nak rehat kejap. Mungkin kalau dah tidur, sakit kepala Zaf ni akan sembuh kot." pinta Zafriel lalu bangun meninggalkan Engku Ziemah.

Yurp, kalau boleh dia memang nak mengelak dari bincang fasal perkahwinan itu. Bila dengar saja topik itu dibualkan, Zafriel rasa tak ada mood. Dia malas nak ambil tahu. Selama ni pun, preparation awal perkahwinan hanya Engku Ziemah dan keluarga Kartini sahaja yang buat. Zafriel tak masuk campur.

Dia tak sedia.. Itulah kenyataannya. Mana mungkin dia dapat terima Kartini sebagai isteri bila hatinya masih teringatkan Qaliesya. Huh, bekas isterinya yang sudah mulai dia sayang.
...

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now