Bab 8

29.9K 916 12
                                    

"Farah,Farah!!!!"

Farah yang ketika itu sedang sibuk menyiapkan kerjanya di meja makan terus mengeluh berat. Arghh!!! Stress betullah kalau tiap-tiap hari menghadap perangai kebudak-budakan Qaliesya ni. Itu sahaja yang mampu Farah lakukan, menggerutu dalam hati.

Wajahnya diraup. Dari belakang, dia dapat dengar derapan kaki bersepah dari si empunya nama. Si Qaliesya!

"Apa lagi, nok?!!!" malas-malas Farah membalas.

Matanya pandang malas ke arahku yang sudah menyeret kerusi di sebelahnya sebelum aku duduki. Riak wajah malas nak layan aku itu aku abaikan. Apa? Memang tiap hari pun aku kena menghadap muka malas nak layan Farah itu. Hmm.. dia itu yang terlampau matang sangat. Chill-chill sudahlah..

"Aku ada berita gembira untuk kau dan of course, berita paling menggembirakan untuk aku! Cuba teka apa?!" aku cuba bermain teka dan jawab dengan Farah.

Farah sudah buat muka sebal. "Beritahu ajelah. Aku banyak lagi kerja nak kena buat ni dari melayan kau. Haih!"rengusan Farah buatkan senyumanku yang tadinya melebar terus melorot. Apakah? Aku yang tadinya nak buat mood suprise, terus rasa hambar. Kacaulah!

Tak semena-mena aku keluarkan dua sampul surat dan salah satunya telah aku buka. Satu surat lagi itu untuk Farah dan satu surat itu untuk aku.

"Apa ni?"soal Farah sudah berkerut dahi. Terus tangannya mencapai sampul surat yang masih belum dibuka itu.

Soalannya tidak aku balas. Aku sudah menunggu dengan senyuman lebar. Tak sabar nak tengok reaksi Farah bila dapat kad undangan daripada universiti itu.

Untuk seketika, kad undangan itu dibelek oleh Farah. Sekilas, ekor matanya menjeling ke arah aku. Yurp, aku rasa Farah dah dapat baca mainpoint kad undangan itu. Tapi.. wait for a while. Aku nak tengok reaksi Farah bila baca kad itu!.

"Oh... maigod!!!"yes, thats true! Aku pun dah dapat agak itu yang Farah akan berikan. Terus aku terlompat menggedik dan teruja gembira.

Siapa yang tak gembira bila dapat kad undangan daripada universiti a.k.a dari junior kau? Terharu. Perjumpaan semula alumni itu buatkan Farah sudah tergedik-gedik menepuk-nepuk meja.

Mana tak gembiranya. Setelah hampir beberapa bulan tamatkan zaman universiti, akhirnya kami akan buat perjumpaan semula. Tak sabar nak jumpa kesemua bekas kawan-kawan gedik aku dan juga junior-junior manja aku. Erm.. yindu...!!

"Aku tak sangka, diorang akan ingat kita berdua! Ahai, aku terharu betul lah dengan diorang."ujar Farah yang masih tak puas membelek kad undangan itu.

Aku memeluk lengan Farah. Bibirku menguntum senyum lebar. "Yang penting, nanti aku dapat jumpa Thaqif.. my beloved boyfriend." ujarku mengada!

Dahi Farah berkerut. Terus senyum lebarnya luntur bila nama Thaqif meluncur keluar dari bibirku.

"Wait, dia bukan badge kita pun kan? Why dia nak datang pula? Apa kena-mengena dia?" bertubi-tubi soalan dimuntahkan Farah padaku.

Terus aku meleret sengih. "Kau lupa ke yang dia memang tetamu tetap untuk majlis alumni course kita? Dia tetamu VVIP okey?! Mesti kau lupakan? Haha, now you know." ujarku cuba menjelaskan perkara itu pada Farah.

Farah sekadar mencebik. Apa kisah aku kalau mamat itu nak datang ke tak? Bukan berkait hidup aku pun kan? Nak datang ke nak melantak ke yang penting Farah tahu yang dia kena cantik-cantik malam itu. Yurp..

Kena cantik-cantik sebab bak kata orang 'menyelam sambil minum air'. Sambil datang jumpa kawan lama itu, bolehlah dia searching cari jodoh.

"Whateverlah. Hmm.. jom petang ni kita keluar. Cari baju dan mekap! Handbag pun!!" bukan main gamak lagi semangat Farah petang ni.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now