BAB 23

34.3K 1K 11
                                    

Apa yang dilakukannya jadi serba tak kena. Fikirannya asyik terimbau peristiwa beberapa hari lepas. Peristiwa di mana semuanya terbongkar. Zafriel mengeluh perlahan. Dokumen yang berada dalam tangannya ditutup lalu ditolak tepi.

Dia mendagu di atas meja sambil matanya merenung kosong ke tempat lain.

'Maksud doktor dengan kandungan? Qaliesya hamil ke,doktor?'

' Ya, puan Qaliesya sekarang sedang mengandung. Usia kandungannya baru mencapai tiga bulan jadi masih baru..'

Zafriel yakin anak yang ada dalam rahim Qaliesya adalah anaknya. Seliar-liar perangai Qaliesya, dia yakin yang gadis itu takkan berani meniduri mana-mana lelaki. Tapi, kau yakin ke Zafriel?! Zafriel sudah mulai berbelah bahagi..

Tak.. takkan mungkin Qaliesya tergamak buat benda terkutuk itu. Dia baik sebenarnya namun kerana terlalu bersosial sangat sampai gadis itu terjebak ke kancah liar sebegitu. Mungkin.. ya. Qaliesya mungkin pernah tertidur dengan mana-mana lelaki sampai.. Arghhhh!!! Zafriel sudah mendengus geram.

Kalau itu bukan anaknya, apa yang patut dia rasa sekarang ni? Marah, sedih, kecewa? Namun yang pasti jauh sekali dengan rasa gembira. Tiga bulan usia kandungan itu menandakan Qaliesya sudahpun mengandung sejak mereka masih berstatus suami isteri lagi. Kalau betullah Qaliesya melakukan perkara itu dengan lelaki lain selama mereka berkahwin.. Zafriel takkan diam.

Yang salah tetap salah. Jika betullah Qaliesya berzina dengan lelaki lain semasa menjadi isterinya, Zafriel takkan maafkan gadis itu. Takkan sesekali.

Telefon pintarnya yang bergetar atas meja kerjanya membuatkan lamunan Zafriel mati. Pantas dia membelek telefon pintarnya. Panggilan daripada Kartini membuatkan satu keluhan kecil dilepaskan.. Lambat-lambat, dia menjawab.

"Abang, abang free tak hari ni?"tanpa salam, Kartini terus menghamburkan pertanyaannya.

"Kalau free kenapa?"soalan berbalas soalan. Kalau ajak keluar, Zafriel malas. Hari ni bukannya mood untuk dia keluar berhura hoorey dengan gadis itu.

Semakin dekat tarikh perkahwinan nya dengan Kartini, makin murung Zafriel jadinya. Makin lama dia kenali gadis itu, dia sudah mulai kenal taring gadis itu. Depan nenda, Kartini ibarat gadis solehah yang suci luar dalam namun bila belakang nenda, gadis itu ibarat muslimah bertopeng sahaja.

Tanpa segan silu, Zafriel dipeluknya malah pernah sekali dia hampir mengucup pipi Zafriel. Huh! Rimas. Yurp, itulah apa yang Zafriel rasakan bila bersama gadis itu. Suka? Jauh sekali.. apakan lagi cinta.

"Tini ingat nak ajak abang teman Tini makan. Tini cuti hari ni. Nak tak, abang?"soal Kartini dengan suara lunak manjanya.

"Abang busy."dua patah perkataan meluncur laju dari mulut lelaki itu. Memang taklah dia nak keluar..

"Abang Pudin kata abang tak busy. Customer pun tak banyak lagi kan? Jomlah, teman Tini. Abang nak biarkan bakal isteri abang ni makan seorang ke?"Kartini sudah acah-acah merajuk.

Zafriel mencebik. Kisah? Perlu ke dia peduli perempuan itu nak makan seorang pun? Makin menyampah pula Zafriel dibuatnya. Mana taknya, perangai Kartini ni dua kali lima saja dengan gadis-gadis gedik yang mahu menggodanya semasa di zaman universiti dulu. Sakit kepala Zafriel dibuatnya.

"Suruhlah kawan teman." Zafriel sudah mulai naik rimas.

"Nak abang yang teman."

"Abang sibuklah. Erm, kejap.. Pudin panggil abang. Nanti kita call balik eiyh?" cepat-cepat Zafriel menamat kan panggilan.

Satu keluhan lega dilepaskannya. Makin melayan, makin menjadi pula gedik Kartini itu nanti. Zafriel terus meraup wajah. Bukan ini apa yang diinginkannya. Bukan ini yang kebahagiaan yang dia mahukan. Dia tak mahu bahagia bersama perempuan yang dia tak cinta. Dia mahu bahagia bersama gadis yang dia cinta.

Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)Where stories live. Discover now