B E F O R E

4.3K 102 0
                                    

"Hayra!"

Aduhai, manusia yang mahu dielak secukup-cukupnya juga menjadi orang pertama yang menyapa dirinya.

"Hay-ra~!"

Hayra mengeluh kasar. Tidak dinafikan Megat Irman Huzairi seorang yang kacak, digilai ramai gadis. Tapi, kalau sepatah dia bercakap dengan lelaki ini, habis kabinnya akan menjadi tempat pelempias amarah 'peminatnya' nanti.

"HAYRA!" Sekali lagi lelaki itu menaikkan oktaf suaranya apabila gadis pujaannya buat tak layan.

Hayra menarik nafas panjang. Dia berhenti, menghadap Megat Irman yang mengejarnya dari tadi. Hayra menjongket kening, tanda menyoal. Malas mahu berbual sebenarnya.

"Elina bagitahu, ada orang nak jumpa dengan awak."

"Kenapa bukan Elina yang bagitahu?"

"Alah, biarlah saya nak bagitahu pun." Megat Irman acah manja dan tergelak bila reaksi Hayra sangat memuaskan.

"Whatever, Megat Jai. Siapa--"

"Just Jai." Megat Irman membetulkan panggilannya.

Hayra menjulingkan mata menyampah lalu menyambung, "siapa yang nak jumpa saya tu?"

Jika dilayan perangai Megat Irman Huzairi yang semacam mahu bergayat ini memang sampai ke sudah pun belum tentu akan habis.

"Tak tahu lah pulak. Cuba pergi check dengan Elina kat depan sana" unjuk Megat Irman ke arah ruang kaunter pertanyaan syarikat. Hayra hanya mengiyakan lalu membuka langkah, namun terhenti kerana suara itu lagi.

"Nak saya teman tak?"

Tak habis-habis lah mamat ni!

Hayra buat-buat tak dengar dan terus melangkah. Dapat didengarinya suara itu tergelak sakan di belakang.

Puas sangat lah tu buat aku macam ni! Entah apa nak jadi bila ada yang tahu pasal perbualan mereka berdua ini nanti.

:-$:-$:-$

Hayra menjengket-jengket mencari kelibat orang yang disebut oleh Megat Irman tadi.

Mana tahu jika ahli keluarganya yang membuat kejutan tetiba. Elina yang menjaga kaunter tidak jauh dari situ terlebih dahulu bersuara supaya menghentikan perbuatannya.

"Hayra, sebab kau lambat aku suruh dia duduk dekat waiting room je."

Hayra mengerutkan dahinya pelik. Lambat? Baru sahaja dia mendapat tahu tentang kehadiran seseorang itu melalui Encik Irman, dikatanya sudah lambat? Atau lelaki itu yang lambat menyampaikan pesanan?

"Hayra, he's damn hot." Suara Elina yang mulai menggatal menyentakkannya daripada terus berfikir. Lelaki? Siapa pula lelaki yang dinyatakan Elina ni?

Dengan persoalan di kepala, Hayra tidak sedar dia sudah sampai di belakang seorang lelaki. Sebaik berpaling, lelaki itu membuat isyarat supaya Hayra tunggu sebentar sehingga dia menghabiskan panggilan. Dia hanya diam memerhati wajah lelaki itu yang nampak sedikit tegang berbual dalam telefonnya.

Aura lelaki itu seperti pernah dikenalinya, namun untuk mengingati lelaki itu dia tidak mampu. Kenal ke tak kenal pun tidak pasti.

Masa ini diambil untuk meneliti lelaki itu secukupnya kalau-kalau dapat mengimbas kembali adegan terjumpa di mana-mana. Dia berkemeja putih dan memakai kot biru gelap, seluar sama warna dan kasut kulit bertutup warna coklat gelap. Nampak sangat orang kerja ofis tetapi cara penampilan yang moden menunjukkan dia orang atasan.

Bila diteliti wajahnya pula, menawan hanya kerana kulit kuning langsat. Mata saiz sederhana yang ditemani sepasang kening lebat bergerak-gerak mengikut ekpresi muka tuannya. Matanya bertambah cantik dengan bulu mata yang panjang dan lentik. Hidungnya mancung dan ada tahi lalat di tepinya. Seulas bibir itu nampak kering kerana banyak berceloteh sejak tadi. Kacak, sangat kacak.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now