7.

1.5K 66 0
                                    

Lebih kurang dua jam selepas perjalanan yang agak panjang, Danial menghentikan kereta di hadapan sebuah resort. Pemandangan di sekitarnya sangat cantik, mesti kena bayar mahal-mahal.

Setelah semua barang dikeluarkan dari bonet kereta oleh pembantu resort, kunci kereta diberikan kepada pekerja yang berdiri di situ. Dia akan tolong parkirkan kereta dan kembalikan kunci kepadanya semula.

"Aku masuk dulu."

"Hoi! Siapa nak teman aku sementara kunci nak datang balik?" sergah Danial menghentikan sepasang kaki Ivan daripada terus melangkah.

"Penatlah."

"Habistu, aku yang drive ni tak penat?"

Penat-penat dia memandu kereta dari Kuala Lumpur menghadap jalan yang penuh dengan kereta tak bergerak. Tambah lagi dengan Ivan yang melayan perasaan tak sudah. Rasa macam terlalu keseorangan kerana sunyi menemaninya tiga jam yang terawal.

Sekarang dengan selamba Ivan bercadang mahu tinggalkannya seorang di situ? Banyak cantik kau!

"Ha yelah yelah!" Ivan mengalah.

Malas betul nak berbalah dengan Danial. Otaknya terlalu genius sampaikan Ivan yang bijak ni pun tak mampu nak menandingi. Kalau dalam ofis, bolehlah guna kuasa veto.

Danial tersenyum puas. Tak lama selepas itu, dia sedar sebuah kereta meluncur laju masuk ke kawasan parkir melintasi tempat mereka berdiri.

Dua-dua jejaka itu saling berpandangan apabila seorang lelaki keluar dari kereta itu. Senyuman menghiasi kedua wajah itu.

Danial cepat-cepat menyapa gerangan itu apabila dua beg bagasi milik lelaki itu selamat diberi kepada pembantu resort, "bro!"

Lelaki itu menoleh. Kaca mata hitam yang masih dipakainya, ditanggal lalu dia menyapa rakannya dengan senyuman lebar.

"Eh bro, tak sangka jumpa kau kat sini."

Ivan di sebelah tidak mengambil endah perbualan mereka. Tangannya dimasukkan dalam poket dan matanya menatap penuh minat pada kereta Mazda RX-7 merah berkilat tidak jauh dari situ.

Matanya terpaku kemas di situ sehinggalah satu lagi gerangan yang dikenali turun dari kereta.

Senyuman Ivan melebar, "really unexpected."

:-$:-$:-$

"Puas tidur?"

Hayra yang terkial-kial bangun membuat regangan kecil bagi menyelesakan badannya lalu menguap besar tanpa menutup mulut.

"Eii, tak senonoh! Tutup mulut tu! Anak dara macam ni ke nak jadi isteri orang?"

Sindiran Aniq itu membuatkannya teringat akan mimpi pelik yang dia alami ketika tidur tadi.

Aniq, si sepupunya melamar Hayra untuk menjadi peneman sepanjang hayat. Tetapi, Hayra menyatakan dia sudah ada pilihan hati dan jejaka pilihannya ialah Ivan! Aduh, minda dah termanipulasi teruk sampaikan terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Sebuah sengihan dilemparkan buat si sepupu sebelum botol air yang tinggal suku dicapai lalu diteguk rakus. Tidur pun haus, bahana penghawa dingin yang menyerap air dalam badan.

"Kita kat mana ni?" soal Hayra apabila menyedari kereta yang masih statik. Pemandangan di luar dipandang sejenak. Lagaknya seperti resort, R&R kawasan mana ni?

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now