21.

1K 42 5
                                    

"Jai, kita clash."

Megat Irman mengangkat wajahnya memandang gadis yang berdiri di hadapannya. Gadis itu tampak berseri-seri kerana penuh kegembiraan dalam kedua matanya. Bibirnya usah dikata, terukir senyuman paling lebar dia pernah lihat selama mereka kenal.

"Kau dah settle dengan misi merampas hak orang?" soal Megat Irman pelik.

Baru semalam dia dapat mesej daripada gadis itu supaya menjadi teman lelaki palsunya semata-mata mahu mendapatkan suami orang lain. Walaupun kurang faham akan peranannya, dia bersetuju juga. Alih-alih hari ini, khidmatnya sudah tidak diperlukan.

Gadis itu tersenyum penuh makna lalu menjawab, "isteri dia pulak kena rampas."

"Aku tak faham, Danisha."

"Tak perlu faham. Ini life aku, bukan engkau" kata Danisha bersama senyuman yang menyakitkan hati lalu berlalu pergi dari situ.

Megat Irman hanya diam membisu. Nak melenting pun tiada guna juga, bukannya dia ada apa-apa hak ke atas Danisha. Dalam hatinya pula, masih sakit teringat adegan yang menggemparkan dewan tadi.

Lelaki yang dia kenal sebagai sepupu Hayra menyanyikan sebuah lagu. Awalnya dia mendengar saja kerana merdu bila dinyanyi penuh syahdu. Kemudian, dia tak senang duduk apabila dia nampak lelaki itu menarik Hayra ke tengah. Dan akhir sekali, lelaki itu melamar Hayra di hadapan semua orang.

Nak saja dia pergi mendapatkan lelaki itu dan berikan sedas tumbukan paling padu. Lalu dengan penuh riak, dia mahu berkata, 'she's mine, you dumbass!'

Tapi, apakan daya. Harapan kekal harapan. Niatnya yang sangat yakin itu terpaksa dibatalkan apabila mendengar kata setuju daripada mulut Hayra sendiri. Walaupun pada matanya Hayra seperti tidak rela, dia terima kalau itu keputusan gadis idamannya.

Megat Irman meraup mukanya kasar, menyerabutkan rambutnya lalu menjerit kuat, "ARGH!"

:-$:-$:-$

Megat Irman meraup wajahnya sekali lagi. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah tangga kecemasan yang terletak berdekatan lif. Malas mahu berlama-lama di tempat yang dia telah gunakan untuk melepaskan amarah dan sakit hatinya kerana Hayra.

"Kenapa?" Tempat yang sunyi sepi sejak awal dia berada di situ tiba-tiba saja dipecahkan oleh satu suara garau.

Awalnya dia ingatkan ada orang tanyakan khabarnya, tapi jangkaannya salah apabila dia menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang memandang seorang perempuan di sebelahnya seperti meminta penjelasan.

"Tuan Syed ke tu?" gumam Megat Irman perlahan apabila dia dapat tangkap muka Ivan dalam cahaya samar-samar di situ.

Perkara yang mengelirukannya sekarang ialah siapa perempuan di sebelah lelaki itu?

Kalau Ilya, dia tidak bertudung, tidak memakai pakaian yang longgar dan labuh. Kalau Danisha, dia baru saja bertemu gadis itu 15 minit lepas. Dia masih ingat gadis itu memakai baju warna oren keemasan hari ini.

"I kesian dekat diri sendiri sebab tak boleh nak dapatkan hidup yang I nak."

Suara lembut itu.. Dia pernah dengar berkali-kali, nescaya dia tak tahu. Itu suara yang suka membidas dan suka menjawab. Suara yang membacakan jadualnya setiap hari.

Itu suara Hayra!

Gadis itu berpaling menghadap sang jejaka di sebelahnya. Mukanya penuh dengan kesan tangisan, malah masih ada butir jernih yang mengalir di pipi gebunya. Namun, bibirnya tersenyum nipis, sesekali sengaja ketawa kecil.

"Kesian dekat diri sendiri sebab tak boleh nak tolak lamaran Aniq dan terima you sebagai suami I."

'Terima you sebagai suami I.'

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now