48.

1.4K 47 7
                                    

Selesai solat Isyak' berjemaah, Hayra meminta diri ke kafe hospital untuk membeli makan malam. Makanan Ivan sudah sampai sebentar tadi, tetapi tidak mahu dijamahnya kerana isterinya belum makan.

"Assalamualaikum, I dah balik," kata Hayra girang. Ivan yang sibuk menatap telefonnya sedari tadi, melemparkan senyuman kepada isterinya. 10 hari tidak mencelikkan mata, berbagai-bagai bunyi keluar sebaik dia membuka telefon yang sudah retak skrinnya.

"Waalaikumussalam, beli apa tuuu?" Soal Ivan teruja. Badannya ditegakkan untuk melihat isi dalam plastik hijau bersaiz kecil yang dijinjit oleh isterinya. Nampak seperti ada sesuatu berbentuk segi tiga di dalamnya.

Hayra mengangkat plastik itu tinggi separas dengan mata Ivan, "Nasi lemak goreng!"

Ivan bertepuk tangan. Lama tidak menjamah apa-apa dan disajikan dengan sebungkus nasi lemak goreng adalah nikmat. Tangan laju mencapai bungkus itu namun terhenti apabila ditampar oleh tangan mulus milik Hayra.

"You makan dulu makanan hospital tu."

Ivan memonyokkan wajah, tidak mampu untuk menelan makanan itu lagi. Dari pagi tadi dia sudah menjamah semua jenis makanan yang disediakan oleh pihak hospital. Sekurang-kurangnya makan malam dia harapkan sesuatu yang lain.

Ivan kembali mengambil telefonnya yang berfungsi sekadar ingin melihatnya. Menunjukkan protes.

"I suapkan, boleh?"

Wajah Ivan kembali berseri. Bukan mudah untuk dia dimanjakan begitu oleh Hayra. Alang-alang sudah ada peluang, ambil sajalah! Dan terima jugalah peritnya apabila tidak mampu menelan makanan itu. Hospital tiada garamkah?

Bukan dia tidak bersyukur, cuma tekaknya tidak biasa memakan sesuatu yang tiada garam. Datin Ariana pernah cakap, orang yang tidak sertakan garam secubit dalam makanannya ialah orang yang tiada perasaan.

Entah teori apa yang dipakai ibunya entah. Tetapi, dia setuju bahawa seorang manusia sepertinya tidak mampu menelan makanan tanpa garam.

Hayra nampaknya seronok menyuap sehingga licin bekas itu dibuatnya. Cuba kalau dia yang perlu makan, mesti tiada senyum di wajah itu. Bukan dia tidak tahu gadis itu hampir menangis kalau disajikan dengan makanan hospital.

Diri sendiri tidak mahu, orang lain dipaksanya pula!

Sup yang berbaki sesudu dalam bekas itu dicedoknya lalu disuakan ke mulut Ivan, "Last one."

"That's the seventh time, you cakap macam tu."

Hayra ketawa kecil, "Janji yang ini last."

"Sudahlah, you makan pulak," kata Ivan setelah menelan suapan terakhir sup tidak berperisa itu. Akhirnya, tekaknya bebas daripada terus menelan makanan yang memeritkan itu.

Hayra ketawa lagi. Faham benar dengan kelegaan suaminya yang tidak lagi perlu menelan makanan hospital itu. Dia pun pernah merasa makanan itu. Jadi, dia tahu betapa peritnya untuk menelan setiap satu suapan itu.

"You tak nak makan nasi ni?" Soal Hayra ragu-ragu. Rasanya tadi Ivan yang paling bersemangat hendak makan nasi lemak goreng, alih-alih seperti tidak berminat pula.

Ivan menggeleng saja. Terasa penuh perutnya menghabiskan sup yang disediakan oleh pihak hospital itu. Mungkin kemudian saja dia akan makan nasi lemak itu. Barangkali tengah malam nanti.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now