5.

1.6K 68 2
                                    

Suasana sunyi yang menemani mereka berdua akhirnya dipecahkan oleh suara si pemandu kereta, "aku berhenti dekat R&R ni. Aku nak terkencing dah ni."

Cuaca sejuk ditambah dengan hujan lebat yang menyimbah bumi menyebabkan hidupnya tidak senang. Nak ditutup penghawa dingin, rasa sesak nafas akibat karbon dioksida yang terkumpul, nak dibuka pula sejuknya mengigil satu badan dibuatnya!

Ivan tidak membalas sebaliknya hanya memerhati suasana di luar tingkap. Dia sudah sah bergelar bisu sejak apa yang berlaku di rumahnya tadi.

Sementara Danial terangkan apa yang patut, dia terus meluru keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta Danial di bahagian penumpang. Beberapa minit selepas itu, Danial datang dan terus memandu kereta menuju ke destinasi.

Dua jam telah berlalu, masing-masing tidak berani bersuara. Lagi-lagi Danial, takut jika kata-katanya bakal menganggu perasaan Ivan yang sedia koyak-rabak.

Ivan mengelamun jauh mengimbas semula tentang apa yang berlaku baru-baru ini. Bermula dari dua hari lepas ketika dia berjumpa dengan Medina sehinggalah pagi tadi ketika Danial mewakilinya untuk membongkarkan kebenaran yang disimpan selama setahun kepada Datin Ariana.

Lamunan Ivan terhenti apabila tingkap yang kepalanya tersandar elok diketuk dari luar. Muka Danial yang kabur dipandang kosong. Danial membuat isyarat supaya turunkan tingkap tapi Ivan hanya membuat tidak peduli. Nafas ditarik dan dihembus kasar. Posisi duduknya dibetulkan, tangan terlipat ke dada dan mata terkatup.

Danial mendengus kasar sebelum mengetuk tingkap lebih kuat. Lagaknya dah sebijik macam ketuk pintu bilik adiknya yang selalu membuka lagu sehingga biliknya di sebelah pun boleh dengar.

Sudah puas mengetuk dan Ivan masih pada posisinya. Langsung tiada tanda-tanda dia terganggu dek ketukan yang bertalu-talu pada tingkap kereta. Danial pasrah lalu mengorak langkah ke pintu kereta bahagian pemandu dan masuk ke dalam.

"Dah nak masuk lunch ni, jom aa makan" pelawa Danial perlahan. Dalam cuaca hujan rintik-rintik pun, dia sanggup berdiri di luar semata nak tanya soalan itu. Sampai ke sudah, Ivan tak turunkan tingkap!

Tiada respon.

"Weh, dah masuk pukul sa--" Belum sempat dia habiskan ayatnya, hidungnya terasa gatal lalu dia bersin sekuat hati. Hidungnya yang mula menitiskan cecair, dikesat dengan tisu. Bahana berdiri bawah hujan rintik lama-lama tanpa memegang payung.

"Masa-masa ni baru awok nak keluar ye, hingus? Kan titew dah bagitahu, jangan suka-suki je datang. Dah lah macam air terjun, apa lah awok ni."

Ivan memerhati rakannya yang ligat mengesat hingus yang tak henti-henti keluar dari hidungnya itu. Lucu sungguh apabila lelaki paling macho dalam dunia, berperangai macam anak kecil. Bercakap dengan hingus? Lucu!

"Sejak bila kau pandang aku?" soal Danial setelah selesai mengesat hingusnya sehingga betul-betul pasti cecair itu takkan keluar. Sampai merah menyala, hidungnya dikerjakan.

"Dah habis bersembang dengan hingus kau?" balas Ivan dengan soalan. Suaranya jelas kedengaran serak basah. Dah lah menangis tak henti, lepas tu diam tak bersuara hampir tiga jam. Memang patut pun, suara tak berapa merdu!

Danial menjeling tak puas hati sambil membidas kembali, "sekarang baru tahu nak bercakap? Ingatkan tertinggal suara kat rumah."

Ivan kembali ke posisinya tanda malas mahu berbalah. Matanya kembali terkatup.

"Sekarang lunch time, jom makan." Kali ini suara Danial mula menegas. Taktik berlembut memang takkan berkesan kalau hatinya keras semacam. Api sama api takkan berkesan? Danial guna konsep tanah dan batu, boleh berdamai.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now