41.

1.2K 44 2
                                    

Kaki dan kepalanya yang sudah dibuka balutan membuatkan pergerakannya sedikit bebas. Setelah seminggu berada di rumah Encik Iskandar dan Puan Hanie, Ivan mengajaknya untuk pulang ke rumahnya. Rumah mereka.

Memandangkan hari ini dia perlu ke hospital untuk membuka balutan itu, dia menyarankan untuk pulang ke rumah seusai itu. Ivan bersetuju tanpa banyak bicara.

"I was thinking, perlu ke majlis tu?" Soal Ivan memecahkan kesunyian yang terbentuk sejak tadi. Si isteri yang sedang leka bermain aplikasi Instagram, diperhati.

"Majlis apa?" Sengaja Hayra menyoal begitu. Bukan dia tidak tahu majlis apa yang lelaki itu katakan. Saja, mahu lengahkan dan panjangkan perbualan.

"Majlis anniversary tu lah," kata Ivan menahan sabar. Isterinya ini memang suka cari fasal dalam hal-hal begini.

"Memang tak perlu. But as that was the day yang ayah ajak untuk majlis tunang, we need to change," kata Hayra jujur. Dalam pendapat dia sendiri pun, dia tidak rasakan majlis itu perlu diadakan. Namun, mengenangkan sudah dijemput ramai orang, dia tidak sanggup menyuruh ayahnya membatalkan saja.

Ivan sekadar mengangguk. Dia faham jika itu pemikiran isterinya. Biarlah majlis itu berlangsung. Biar semua orang tahu bahawa Hayra ialah gadis yang bertakhta di hatinya, suri hati yang halal untuknya.

"Kita jumpa mama hari ni," kata Ivan sekali lagi memecahkan kesunyian. Stereng diputar ke arah kanan menyebabkan kereta turut membelok ke kanan. Masuk ke dalam sebuah taman perumahan mewah.

"I was about to ask you that, tapi bila tengok jalan ke sini macam dah tahu."

"Baguslah kalau you ingat," usik Ivan sambil tangan naik mencuit hidung gadis itu. Hayra memonyokkan wajah sambil menepis kasar tangan sasa itu. Habis memerah hidungnya, ada hingus yang sudah terbentuk. Sakit!

"We're home!" Jerit Ivan girang setelah sampai di perkarangan rumah milik ibunya. Kereta diparkirkan di dalam garaj lalu enjin dimatikan. Dia meloloskan diri keluar dari kereta terlebih dahulu sebelum membuka pintu bahagian penumpang yang diduduki isterinya.

Dia membantu Hayra berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu utama. Tadi doktor ada sarankan untuk membawa pulang sebuah tongkat siku, namun Ivan menegah. Katanya, Hayra hanya terseliuh kaki bukannya ada masalah pada tulang. Jadi dengan senang hatinya, Ivan menawarkan diri untuk menjadi tongkat Hayra.

"Auch," rintih Hayra sakit apabila kakinya tergelincir. Tangannya kuat berpaut pada bahu Ivan. Nasib lelaki itu juga sempat menahan pinggangnya, kalau tidak memang punggungnya akan mencium lantai.

"Orang dah cakap dah tak nak pakai kasut ni, kan dah nak terjatuh," bebel Hayra geram. Kakinya yang tidak sihat dipakaikan kasut tumit tinggi setebal tiga inci secara terpaksa. Walaupun tidak begitu tinggi, masih tidak sesuai untuk dipakainya.

"I ada nak pegang you, takdenya nak jatuh." Ivan membalas dengan senyuman kecil, menyebabkan kegeraman Hayra entah melayang pergi ke mana.

Sebaik sampai di hadapan pintu, Ivan menekan loceng beberapa kali. Sementara menunggu, dia meminta supaya gadis itu berpaut pada bingkai pintu utama lalu bercangkung untuk membuka kasut isterinya.

"Suka sangat menyusahkan diri. I dah cakap nak pakai selipar tadi," bebel Hayra lagi. Dia tidak suka lelaki itu membuat kerja itu semua sedangkan dia boleh memilih untuk tidak menyusahkannya. Sudah setahun susah yang menemani lelaki itu, biar sekarang dia memberi senang saja buat Ivan.

"Tak susah pun," kata Ivan kembali berdiri dan merangkul erat pinggangnya. Isyarat diberi supaya dia mengangkat kaki agar kasut itu tertanggal dengan mudah.

"Apa mama ni tak bukak pintu." Sambil merungut, sambil dia menekan loceng itu berkali-kali. Selalunya Datin Ariana tidak akan berlengah-lengah begini. Hari minggu begini, Datin Ariana ada saja di rumah. Barangkali pergi ke butik?

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now