44.

1.1K 40 0
                                    

Kucar-kacir yang berlaku di antara dua gadis itu diperhati dari jauh. Agaknya itu satu masalah besar kerana wajah Hayra kelihatan merah seperti menahan marah. Sekali-sekala mata itu menjuling ke atas.

Beberapa langkah diambil untuk menegur mereka berdua. Sedaya-upaya cara itu mungkin dapat kurangkan ketegangan antara mereka berdua.

"Perampas macam kau ni--" Langkah Megat Irman turut terhenti di situ apabila kata-kata Danisha dihentikan dengan satu tamparan dari tangan mulus Hayra.

"You're too much, Danisha," kata Hayra geram. Suaranya sedikit bergetar. Barangkali kerana menahan amarah daripada terlepas. Teruk padahnya kalau gunung berapi itu meletus.

"Aku perampas!? Sedar tak aku ni isteri dia, jodoh dia!" Jerkah Hayra tepat pada wajah Danisha. Amarahnya yang naik ke kepala tidak mengehadkan nada suaranya daripada turut menjulang naik.

Megat Irman tersentak. Isteri? Isteri siapa?

"Kesian dekat diri sendiri sebab tak boleh nak tolak lamaran Aniq dan terima you sebagai suami I."

Perbualan antara Ivan dan Hayra beberapa bulan lepas ketoka berada di Johor dulu menjentik minda. Satu ayat yang meluncur keluar dari bibir mungil itu telah mencabut sebahagian nyawanya.

Gadis pujaannya sebagai seorang pesakit amnesia, melupakan tempat Ivan sebagai suaminya dan terpaksa menerima lamaran sepupunya sendiri.

Jadi, isteri yang Hayra maksudkan ialah isteri kepada Ivan?

Hari ini Megat Irman datang ke sini kerana masih ingat pengumuman Encik Iskandar tentang majlis pertunangan anak angkatnya, Aniq dan anak gadisnya Hayra. Tetapi, nampaknya ada sesuatu yang dia tidak tahu telah berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini.

Semua tanggapan negatif ditolak ke tepi. Wajarlah dipanggil negatif kalau itu membawa mudarat kepada dirinya dan sakit kepada hatinya. Telinga dipasang untuk mendengar lagi dengan teliti.

"Jodoh aku dengan dia dah ditetapkan sebelum dia lahir lagi. Bila umur dia empat bulan dalam rahim mama dia. Nama aku yang tertulis dalam Luh Mahfuz dia, bukan kau!" Kata Hayra dengan suara yang terkawal.

Megat Irman sedikit terkejut. Baru dia tahu jodoh setiap orang ditetapkan ketika berada dalam kandungan ibu. Jadi, jodoh Megat Irman juga sudah tertulis? Kenapa bukan Hayra jodohnya? Kenapa gadis itu jatuh ke tangan lelaki lain?

"Kalau kau masih persoalkan tempat aku sebagai isteri dia, itu maknanya kau tak percaya pada Qada' dan Qadar Allah. Jangan terpedaya dengan iblis, Danisha."

Megat Irman tersentak. Umpama baru tersedar dari mimpi. Baru saja dia persoalkan takdir yang kejam terhadapnya. Baru saja dia persoalkan sebab gadis pujaannya berkahwin dengan lelaki lain.
Cepat-cepat dia beristighfar di dalam hati. Kedua tangannya dibawa ke wajah lalu diraup di situ. Memohon kemaafan daripada Tuhan yang Maha Esa terhadap kekhilafan yang baru saja dia lakukan. Barangkali terpedaya dengan bisikan halus daripada iblis.

Nampaknya Danisha masih tidak mengalah. Tidak langsung terdetik perasaan bersalah dalam hatinya kerana cuba melawan kehendak Tuhan.

Megat Irman menggeleng, rasanya tidak usah dia berlama-lama di sini. Hanya wajah Ivan yang kelihatan di sebelah Hayra, bukan Aniq. Mungkin ini bukan lagi majlis yang ditetapkan.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now