9.

1.3K 67 0
                                    

"Ha, ni gambar dia."

Danial memandang skrin telefon Aniq yang memaparkan seorang perempuan dengan perasaan takut-takut. Seorang perempuan bertudung litup dan nampak sangat ayu.

"Dungu!" Danial laju meluku kepala Aniq apabila menyedari itu gambar Dato' Siti Nurhaliza. Wujudkah manusia di dunia ini yang tidak suka pada Dato' Siti yang cantik dan elegan itu?

Aniq ketawa terbahak-bahak, "kau tu yang dungu! Cuak betul bila aku kata nak tunjuk gambar girlfriend."

Danial mendengus kasar. Sia-sia dia takut selama ini, sedangkan keputusan yang dia dapat bukan apa yang dia takutkan. Patutkah dia bersyukur?

Aniq yang masih ketawa tidak cukup nafas itu dipandang sejenak sebelum menyoal, "kau serius ada girlfriend ke tak ada?"

"Kenapa? Takut aku rembat kau punya ke?" usik Aniq. Nak juga dia tengok muka Danial yang macho bertukar kalut untuk menyelamatkan kekasihnya. Eh, Danial ada pasangan ke tidak?

Danial tersenyum tawar. Matanya memandang tanah sebelum menjawab, "tak mungkin."

"Asal kau yakin sangat ni?"

"Sebab dia dah meninggal."

Aniq terdiam. Tiada sebarang balasan.

"Nah, encik." Suasana sunyi itu dipecahkan oleh pekerja resort yang bertanggungjawab ke atas kereta Danial tadi kembali membawa kunci. Nasib baik ada yang menyelamatkan keadaan.

Tepat ketika itu juga Aniq teringatkan sesuatu, "weh, mana sepupu aku?"

Danial terkedu. Apa dia nak jawab sekarang ni? Ivan dah pesan supaya jaga rakannya ini baik-baik. Kata-kata itu bermaksud jangan membenarkan Aniq menceroboh masanya bersama Medina.

"Danial, kau nampak Medina?" soal Aniq cuak. Bahana sembang tak ingat dunia, habis buat fikirannya celaru.

Danial cuba mengekalkan wajah tenangnya seperti selalu Ivan buat walau dalam keadaan yang memecahkan kepala. Dia menjongket bahu lalu menjawab, "dah masuk bilik kot."

"Cik Medina ada bersama Tuan Syed." Itu kata penyambut tetamu apabila disoal siasat oleh Aniq. Danial habis terbuntang mata di belakangnya. Habislah dia!

"Diorang pergi mana?"

"Taman dekat bassment. Encik nak pergi?"

Aniq mengangguk laju sebagai balasan.

"Kau kenal Tuan Syed tu?" soal Aniq terus pada Danial. Memang patut pun dia tak kenal kerana dia tak tahu nama penuh Ivan.

"Eh dengan member aku, mesti sepupu kau selamat. Kau jangan risaulah, gi balik bilik kau." Danial cuba mengusir perasaan cuak Aniq supaya dia tidak mengganggu Ivan.

"Aku nak gi check."

Danial mengeluh, "kalau macam tu, aku masuk bilik dulu, bro."

Memang habis dia akan dikerjakan oleh Ivan nanti. Paling kuat pun kena pecat. Memang dia patut redha menerima.

:-$:-$:-$

"Thanks teman I petang ni" kata Ivan ketika mereka sama-sama turun ke aras bawah menggunakan kemudahan lif. Cadangan Ivan untuk ke taman pada petang itu diterima baik oleh Hayra. Ada jugalah masa untuk dia lepaskan rindu pada si isteri.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now