11.

1.3K 67 2
                                    

ada jugak yang tanya, apa tu mata ambar? mata ambar ni warna apa? and kenapa Ivan ada mata ambar?

so firstly, mata ambar tu in english is amber eyes. colour dia lebih kurang macam golden sikit. some people nampak shading ambar tu even warna mata dia coklat. and some memang golden colour macam pakai contact lense. and mata ambar sangat-sangat rare.

ini mata ambar milik Syed Ivan Adriyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ini mata ambar milik Syed Ivan Adriyan. mata dia coklat tapi ada shading amber yang sangat jelas dan terang.

okay about the question kenapa Ivan ada mata ambar. I akan jawab dekat sikit sebab there is no chapter yang akan kisahkan pasal ni.

funfact yang malas nak cerita dekat chapter lepas;
masa kecik, Ivan pernah tercucuk apa entah kat mata sampaikan mata dia tak clear sebarang benda. dia boleh tengok benda yang paling dekat sejauh dua kaki saja. benda ni tak boleh nak cure memandang retina dah rosak teruk. so eye transplant adalah perkara terbaik. so akhirnya dia dapat donor yang match sel dia dan dia dapat mata ambar yang rare ni.

jadi, belanja saya votes & comment untuk share funfact ni!
_____________________________

Hayra cepat-cepat lepaskan tangan Ivan sesampainya mereka di hadapan pintu dewan yang tersedia untuk majlis makan malam itu. Ivan menghentikan langkah kerana sedikit terkejut. Isterinya dipandang, meminta penjelasan.

"Tak manis orang pandang kita macam ni." Hayra berura-ura mahu masuk, namun dihalang oleh Ivan. Tangannya kembali ditarik oleh lelaki itu menyebabkan langkahnya terhenti.

"At least, be with me" bisik Ivan perlahan. Dia mahu malam ini, gadis itu ada bersamanya. Rindu yang terasa memang tak dapat dibendung lagi. Tambah pula, isterinya tampak seperti seorang bidadari pada malam ini.

"I won't touch you, I swear" kata Ivan sambil mengalihkan tangannya yang kejap memegang pergelangan tangan Hayra ke dadanya. Betul-betul memaksudkan kata-kata itu dan menunjukkan kesungguhannya untuk berada di samping gadis itu.

Hayra mengangguk. Mengalah dengan pujukan si jejaka. Tak betah melayan hatinya yang berdebar apabila Ivan berbisik sebegitu. Perbuatan Ivan yang nampak sangat ikhlas juga meruntun jiwanya.

Masuk saja dalam dewan terbuka itu, ada beberapa lelaki yang berpakaian formal datang berjabat tangan dan menyapa Ivan. Hayra hanya diam mengikut gerak langkah Ivan yang semakin ke depan.

"Hey Ivan!"

Serta-merta Ivan terhenti apabila seorang perempuan tinggi lampai datang memeluk lengannya. Hayra memandang perempuan itu atas bawah kerana kagum melihat ketinggiannya yang sama tinggi dengan telinga Ivan.

Dalam kesempatan itu, fizikal yang lain turut ditilik. Pakaiannya tidak mencolok mata cuma singkat takat peha sahaja. Wajahnya sangat cantik dengan solekan nipis yang dikenakan. Kulitnya cerah, matanya sedikit bundar dan bibirnya nampak sangat seksi.

Percaturan Paling Sempurna | ✓Where stories live. Discover now