14.

1.2K 57 0
                                    

"Megat Jai?"

Megat Irman menoleh sedikit untuk mengenal pasti gerangan yang memanggilnya. Setelah pasti, dia memusingkan badannya 180 darjah untuk menghadap pemilik suara lembut itu.

"Yes?"

Hayra tersenyum janggal. Sebenarnya dia datang berjumpa dengan Megat Irman untuk menanyakan satu soalan. Keningnya digaru perlahan.

"Ada apa nak tanya ni, Hayra?" soal Megat Irman bersama tawa kecil. Kenal sangat dengan telatah spontan Hayra apabila teragak-agak untuk menyoal.

"Awak buat bisnes?" soal Hayra terus-terang. Tiada kata-kata kiasan atau mukadimah.

"Tuan Syed dah bagitahu eh." Megat Irman menggosok belakang tengkuknya pula. Gusar kerana Hayra sudah tahu tentang bisnes sampingannya yang melibatkan perempuan. Nampaknya, peluangnya untuk menambat hati si gadis akan berkurang daripada 50 peratus ke 25 peratus.

"Siapa yang recently mintak servis awak?"

Megat Irman sedikit terkejut. Tak sangka pula, soalan berkaitan bisnesnya yang akan ditanya. Sangkanya, soalan seperti 'kenapa awak buat bisnes ni?' ataupun kata bidasan seperti 'awak dah takde kerja lain ke buat bisnes macam ni?' yang akan keluar.

Hayra mengangkat keningnya apabila wajah Megat Irman yang berkerut-kerut memandangnya curiga. Megat Irman menggeleng perlahan dan tersenyum lega. Telefonnya dikeluarkan untuk periksa laman Twitter-nya.

"Ish mamat borokoli ni aku block karang baru tahu. Kalau nak judge, baik kau pergi mampus. Beruk uli betul" omel Megat Irman perlahan apabila membaca salah satu komen daripada pengikutnya.

 Beruk uli betul" omel Megat Irman perlahan apabila membaca salah satu komen daripada pengikutnya

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Ha, setakat ni paling recent Suhaila dengan Nisha."

"Suhaila?" Sengaja Hayra menyoal nama itu supaya tidak nampak curiga di mata Megat Irman kalau terus mula dengan nama Nisha.

"Client sejak azali."

"Nisha tu, client jugak?"

Megat Irman membelek telefonnya sejenak. Skrin telefon ditekan-tekan, sebelum skrin itu ditunjukkan kepada Hayra. Gambar terbaru seorang perempuan di akaun Instagram.

 Gambar terbaru seorang perempuan di akaun Instagram

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Percaturan Paling Sempurna | ✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora